Thursday, March 19, 2009

Parti PAS hari ini yang kita kenali!!!!!

Hari ini PAS TIDAK BOLEH LAGI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG ISLAMIK, PARTI YANG NAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, ATAU PARTI YANG NAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM di Bumi Malaysia. Pada hari ini SIAPA dalam PAS BERANI BERCAKAP DALAM PARLIMEN ATAU DEWAN UNDANGAN NEGERI, nak tubuhkan Negara Islam? Siapakah dalam PAS berani bercakap hendak melaksanakan Hukum Hudud dalam Parlimen? Cuba minta sesiapa di dalam PAS membentangkan CITA-CITA NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Ada berani? Kata pejuang Islam? Pejuang Islamkah atau Pejuang nak Glamour? Hari ini PAS ada Ahli Bukan Muslim dan mereka sudah menuntut supaya kumpulan mereka diiktiraf sebaris dengan Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama PAS. Maknanya mereka juga mahu mejadi Pembuat Dasar parti! Inilah Agenda Yahudi Timur yang PAS tak nampak. Hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat seperti Diikat tangannya, Disumbat Mulutnya, hanya boleh mengangguk-angguk sahaja apa yang DAP dan PKR putuskan. Geng Husam Erdogan yang selalu bersetuju dengan DAP dan PKR. Perhatikanlah, bagaimana mereka berjaya mendesak perletakkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, semua akibat desakan DAP dan PKR Selangor yang lebih kuat berbanding Datuk Hassan Ali yang takut nak tegur MB Guthrie dan Kumpulan Teresa Kok/Ronnie Liu dalam Kerajaan Selangor. Paling jauh pun tindakan berani Datuk Hassan Ali ialah menyendirikan dirinya jauh-jauh dari MB Guthrie. Itulah kemampuan PAS sekarang ini. Diberitahu oleh beberapa rakan di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Penasihat PAS...
Kesimpulannya mudah, PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM dan menuju kearah pembentukan PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS) yang diolah oleh ANWAR, DAP melalui Husam Musa dan beberapa team Erdogan. Kerana ANWAR tahu jika apa-apa yang berlaku kepada PAS (selepas Nik Aziz dikhatamkan), Anwar melalui PKR akan mempunyai sokongan dikiri dan kanan. Kiri, DAP dan Kanan, PAS bagi menguasai pemerintahan MALAYSIA untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM. Lambat-laun PAS akan tewas juga dengan percaturan mereka walaupun sekuat mana Nik Aziz mempertahankannya dan bakal pengantinya. Anwar sedang menunggu dengan senyuman dengan apa yang berlaku kepada PAS hari ini untuk keuntungan politik masa depannya dan PKR. Wallahuallam.
Petikan dari: Suara Politik Taminsari

FATWA PAS TERHADAP UMNO!!!!!

Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat):
1.
Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.
Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.
Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."
Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.
Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,
Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.
Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."
Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."
Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."
Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.
Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.
Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.
Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.
Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.
Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.
Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10. Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:
a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN.
d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Saturday, March 14, 2009

UMNO harus fikir kerjasama dengan Pas


KUALA LUMPUR 13 Mac - UMNO perlu memberi perhatian terhadap hasrat Pas untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) kerana ia diperlukan bagi mengembalikan perpaduan orang Melayu.
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika harapan Pas itu direalisasikan oleh UMNO, ia akan membantu mengembalikan kestabilan dan ketenangan politik negara.
Menurutnya, penubuhan kerajaan campuran BN dan Pas itu harus diusahakan bersungguh-sungguh berikutan orang Melayu kini telah terbahagi kepada tiga kumpulan.
"Jika 35 tahun dahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Pas boleh bersatu dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN), mengapa tidak hari ini ?
"Mungkin dengan format dan pendekatan baru ia boleh direalisasikan kembali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pas mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.
Muhyiddin juga berkata, cadangan itu harus datang secara rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas sama ada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohamed Mustafa menambah, perbincangan di kalangan pemimpin peringkat tertinggi dari kedua-dua parti perlu dilakukan secara tertutup buat permulaan.
Menurutnya, semua pihak perlu memberi sokongan tanpa prejudis kerana perpaduan dituntut oleh Islam dan ia penting untuk kesejahteraan umat, bangsa dan negara.
Adalah lebih mudah katanya, bagi Pas bergerak bersama UMNO kerana wawasan BN lebih jelas berbanding parti pembangkang lain.
Sementara itu, Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad meminta UMNO lebih berhati-hati dengan agenda Pas.
Menurutnya, kadang kala seseorang pemimpin itu gagal untuk mempengaruhi orang-orang kanan dalam parti dan sebagai jalan keluar membuat isu bagi mendapat perhatian media.
"UMNO memang terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertainya bagi membuktikan ia kukuh dan mendapat sokongan rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, jika Pas benar-benar ingin membantu orang Melayu, mereka sepatutnya tidak keluar daripada BN setelah menyertainya pada 1974.
Menurutnya, cadangan Pas membentuk kerajaan campuran dengan BN itu hanya sebagai retorik, tidak serius dan hanya timbul mengikut keadaan politik semasa.

Sumber: Utusan Malaysia 14 Mac 2009

Friday, March 6, 2009

KALIMAH 'ALLAH': AHLI PARLIMEN PAS TIDAK SEPENDAPAT?

Ustaz Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara menjelaskan di Dewan Rakyat hari ini bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Menteri di JPM Zahid Hamidi, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr. Dzulkefly
dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid
pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Pada 2 Mac 2009, Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan telah menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. TG Nik Aziz dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi. "Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," kata Nik Aziz.
Komen:
Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.
Manakala Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) mengatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam.
Jelas di sini bahawa ada perselisihan pendapat tentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di Malaysia di kalangan pemimpin dan ulama PAS sendiri.
Sebaliknya pula, pandangan Ustad Taib Azamudden pula selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"