Thursday, March 19, 2009

Parti PAS hari ini yang kita kenali!!!!!

Hari ini PAS TIDAK BOLEH LAGI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG ISLAMIK, PARTI YANG NAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, ATAU PARTI YANG NAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM di Bumi Malaysia. Pada hari ini SIAPA dalam PAS BERANI BERCAKAP DALAM PARLIMEN ATAU DEWAN UNDANGAN NEGERI, nak tubuhkan Negara Islam? Siapakah dalam PAS berani bercakap hendak melaksanakan Hukum Hudud dalam Parlimen? Cuba minta sesiapa di dalam PAS membentangkan CITA-CITA NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Ada berani? Kata pejuang Islam? Pejuang Islamkah atau Pejuang nak Glamour? Hari ini PAS ada Ahli Bukan Muslim dan mereka sudah menuntut supaya kumpulan mereka diiktiraf sebaris dengan Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama PAS. Maknanya mereka juga mahu mejadi Pembuat Dasar parti! Inilah Agenda Yahudi Timur yang PAS tak nampak. Hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat seperti Diikat tangannya, Disumbat Mulutnya, hanya boleh mengangguk-angguk sahaja apa yang DAP dan PKR putuskan. Geng Husam Erdogan yang selalu bersetuju dengan DAP dan PKR. Perhatikanlah, bagaimana mereka berjaya mendesak perletakkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, semua akibat desakan DAP dan PKR Selangor yang lebih kuat berbanding Datuk Hassan Ali yang takut nak tegur MB Guthrie dan Kumpulan Teresa Kok/Ronnie Liu dalam Kerajaan Selangor. Paling jauh pun tindakan berani Datuk Hassan Ali ialah menyendirikan dirinya jauh-jauh dari MB Guthrie. Itulah kemampuan PAS sekarang ini. Diberitahu oleh beberapa rakan di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Penasihat PAS...
Kesimpulannya mudah, PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM dan menuju kearah pembentukan PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS) yang diolah oleh ANWAR, DAP melalui Husam Musa dan beberapa team Erdogan. Kerana ANWAR tahu jika apa-apa yang berlaku kepada PAS (selepas Nik Aziz dikhatamkan), Anwar melalui PKR akan mempunyai sokongan dikiri dan kanan. Kiri, DAP dan Kanan, PAS bagi menguasai pemerintahan MALAYSIA untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM. Lambat-laun PAS akan tewas juga dengan percaturan mereka walaupun sekuat mana Nik Aziz mempertahankannya dan bakal pengantinya. Anwar sedang menunggu dengan senyuman dengan apa yang berlaku kepada PAS hari ini untuk keuntungan politik masa depannya dan PKR. Wallahuallam.
Petikan dari: Suara Politik Taminsari

9 comments:

Sedingin Salju said...

Tapi sayang, orang Pas masih lagi taksub.

Bekas AJK PAS said...

Betul an sah bahawa PAS dulu lain sekarang lain.

Sedingin Salju said...

kenapa Pas sampai jadi begini.

Anonymous said...

PAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html

Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

(Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)

Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan

http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
(Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)

Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?

http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
(dah delete sebab kecut telur)

Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...

PAS dah mula ketakutan...

Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
(baca artikel & komen keji penyokong PR)

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
(baca sekali semua komen makian penyokong PR)

Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.

Bukti dah jelas yg PAS mmg celaka! Hebahkan kepada semua agar kita tak lagi tertipu dgn manusia yang menggunakan agama Islam demi kepentingan politik. Bukti dah menunjukkan siapa yang benar.

Pesara Guru said...

Sdr Anon telah mendedahkan perbuatan jijik macam taik oleh parti pembangkang. PAS mencemarkan kesucian agama Islam. PAS merosakkan imej Islam. PAS hanya indah pada nama dan slogan. Tapi kosong dalamnya. Memperalatkan Islam untuk mencapai kuasa politik. Matlamat menghalalkan cara....kita lihat rakyat Melayu jangan terkeliru dan tidak terus dikelirukan oleh ulamak2 upahan PAS.

Sedingin Salju said...

Pas memanglah. Bertopengkan islam untuk merealisasikan cita-citanya.

zaidi ali said...

Benar saya setuju 100%. PAS telah 100% GAGAL memperjuangkan Islam. UMNO pula telah 100% BERJAYA memperjuangkan Melayu tetapi UMNO juga telah 100% GAGAL memperjuangkan Islam sebab 100% Melayu dalam UMNO dan 100% adalah Islam! Hukum HUDUD hukum TUHAN. Semuanya dalam AL-QURAN. Firman-firman Tuhan yang bermaksud,

"(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami WAJIBKAN (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam) nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
(an-Nuur 24:1)

"Orang-orang Arab Badui itu, lebih sangat kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah 9:97)

Senapang Patah said...

Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.
JOM KITA LANYAK PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Anonymous said...

ups sorry delete plz [url=http://duhum.com].[/url]

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"