Saturday, November 28, 2009

Kerajaan Selangor takut pada BTN?????

Semalam Kerajaan Selangor mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri ini daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta merta kerana menganggap kursus itu sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan serta merta daripada menyertai BTN.

Saya ada ramai kenalan yang menjadi penceramah dan fasilitator di BTN. Bukan semua penceramah dan fasilitator itu adalah penyokong kepada kerajaan BN. Ada sesetengahnya mengatakannya BTN tidak ada kaitan dengan parti UMNO ataupun BN tetapi lebih menjurus kepada penerangan dan pemahaman dasar-dasar kerajaan. Jika kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah maka dasar kerajaan PR pulalah yang dibawa. Suka atau tidak suka kepada dasar itu, mereka sebagai penceramah dan fasilitator terpaksalah laksanakan tanggungjawab itu.

Ada di kalangan penceramah dan fasilitator itu adalah pro pembangkang. Oleh kerana gemarkan elaun penceramah ratusan ringgit setiap minggu terpaksalah mereka 'berpura-pura' pro kerajaan pusat/BN. Mereka turut menafikan dakwaan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali bahawa kononnya kursus tersebut sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman. Jika BTN bertujuan untuk mendoktorin pengaruh BN di kalangan peserta, eloklah BTN kaji semula latar belakang penceramah dan fasilitator BTN kerana ada yang berpura-pura pro kerajaan pusat takut 'harap pagar, pagar makan padi' atau 'api dalam sekam'.

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Selangor memang takut kepada bayang2nya sendiri. Macam2 isu berbangkit tak pernah senyap! Ada saja yang tak kena! Penyokong PKR dan PAS khususnya orang Melayu patut sedar. Jangan nanti nasi dah jadi bubur, tak guna lagi biarpun menangis air mata darah sekalipun..insaflah.

Anonymous said...

Apakah kerajaan Pakatan Rakyat baik-baik belaka. Sebaliknya penuh dengan tipu muslihat. Janji pilihanraya satu pun tak tunai. Mengarut!!!

Anonymous said...

BTN memang wajib diharamkan. aku pernah hadiri kurus btn. pernah ketika aktiviit kembara, fasilatator telah bertindak mencabul perserta (seorg pelajar ipta)

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"