Friday, April 9, 2010

Luahan hati YB Zul dalam penerbangan ke Washington!

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010
Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!
Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.

Petikan: http://zul4kulim.blogspot.com/

5 comments:

Tok Pawi said...

Baguslah persepsi YB Zul dah berubah sekarang. Kalau dulu dialah yang pertama ambil peluang untuk kondem pemimpin-pemimpin UMNO, contohnya yang ini http://zul4kulim.blogspot.com/2009/05/mahatma-zambry.html

Anonymous said...

Sori...but I still think you're a munafiqin!



Chiselstone

Panglima Perang Cyber said...

alhamdulillah....saya rasa ramai macam dia.

cuma ramai tak berani seperti dia


lepas ni ramai akan kecewa tengok UMNO makin kuat dan PKR makin lemah dan nak jadi hampas.

Panglima Perang Cyber said...

bro, ada masa contact saya.

ada hal penting nak dibagitahu untuk PRK Hulu Selangor tak lama lagi.

guna Yahoo Messenger

tq

Anonymous said...

urmmm...btol tu YB, kite kene bersangke baik dgn org lain...

dengan itu, saye pun trus google name Datin Seri Masnah Rais tadi...

malangnye, sebaik2 mane sangkaan yg boleh sy bagi pun, kalau dah basic dalam islam yaitu pakai tudung pun die x bleh buat, sedih la saye sbg org islam...

xkan nak bersangke yg Allah x kesah langsung die x tutup aurat kat akhrat nnt walaupun die bnyk adekan kuliah agame kat rumah die, ish3...niat x menghalalkan care....

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"