Tuesday, June 15, 2010

PAS bukan lagi parti Islam lagi tapi parti pelbagai agama!

Keputusan PAS membuka keahlian PAS untuk bukan Islam dan membenarkan PAS menerima bukan Islam sebagai calon PAS adalah sesuatu yang pelik tapi benar. Mungkin ada sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam politik Malaysia yang semakin canggih dan kompleks ini. Kini PAS bukan parti Islam  tetapi  sebuah parti berbilang agama. Ada perwakilan dalam Muktamar PAS melahirkan perasaan khuatir tentang dasar PAS yang terlalu mementingkan keuntungan politik hingga dasar perjuangan PAS semakin terbabas. Penyokong-penyokong tradisi PAS adalah orang-orang Melayu beragama Islam mulai disisihkan kerana pemimpin PAS hari ini mahu menarik lebih banyak penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam. Orang-orang PAS di bawah sana, di kampung-kampung kena faham dan perlu ingat bahawa tuduhan PAS bahawa orang UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA dan MIC adalah tidak lagi benar . Jika masih didakwa UMNO kafir kerana berpakat dengan parti-parti yang bukan Islam tapi bagaimana pula parti PAS yang bukan sahaja berpakat dengan DAP dan PKR malahan ahli-ahli PAS juga sudah ada bukan Islam? Di samping itu juga PAS telah membenarkan calon bukan Islam mewakil PAS dan menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Ini bukan fitnah dari UMNO kepada PAS. Ini cerita benar yang dicipta oleh pemimpin PAS sendiri. Muktamar PAS baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan dan retorik pemimpin PAS dalam menggapai cita-cita ke Putrajaya bersama DAP dan PKR.
PAS sendiri mengakui gagal melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan alasan halangan dari kerajaan pusat tanpa menjelaskan kepada hadirin muktamar apakah jenis halangan oleh kerajaan pusat. Tapi pemimpin-pemimpin PAS masih menjaja bahawa UMNO tolak hudud atau Tun Mahathir menolak hukum hudud. Tun Mahathir semasa jadi PM pernah beri 'green light' kepada TG Nik Aziz, MB Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Tapi kenapa tidak dilaksanakan dan kenapa pula TG Haji Hadi Awang pula memberi komen bahawa hukum hudud cuma 0.001% dari undang-undang syariah [Ulasan sebenarnya]. Atau pemimpin PAS mulai senyap dan tidak lagi lantang untuk menubuhkan sebuah negara Islam setelah Karpal Singh sergah dengan berkata,"over my dead body".  Mungkin kerana itu pemimpin PAS mulai mengambil pendekatan berbaik-baik dengan pemimpin DAP dan PKR sehinggalah pelbagai isu berkaitan dengan dasar perjuangan PAS mulai dipersoalkan oleh penyokong-penyokong PAS akar umbi. [Baca sini]

3 comments:

Anonymous said...

Satu persatu, apa yang pernah dituduh pas kepada umno, kini telah kembali semula kepada pas. umno dikata kafir kerana berpakat dengan parti bukan Islam, tapi kini pas pula terlebih rapat dengan dap. umno rasuah, kini pas pun sama tapi namanya diubah kepada sedekah dan tajaan. pemimpin pas pun kaya juga tapi pandai disembunyikan. pemimpin umno dikata diktaktor dan firaun, pemimpin pas langsung tidak boleh ditegur, walaupun telah sesat kerana menyamakan kalam Allah al-Quran dengan buku shit. Jahat adab terhadap Nabi saw bila berkata, Nabi saw akan suka kalau datang ke kelantan, sedangkan kelantan penuh dengan patung buddha terbesar di asia.

Anonymous said...

pas,pis,pus tak lama lagi MAMPUS.

Anonymous said...

ermmmm...mohon penjelasan...
yang saye tahu, nabi sendiri pun x perjuangkan bangse, hanye islam semate2....
banyak je kafir yg boleh hidup aman harmoni di bawah pemrerintahan Nabi ki dahulu...saye ulang Nabi!!!
Muhammad S.A.W. yang maksum...
jadi, ape bezanya kalau Pas gunekan pendekatan yang same mcm Nabi gune dulu, berusahe mengajak kaum lain hidup di bawah pemerintahan islam, mmg lah depa x setuju lagi, tp kuase Allah tu amat hebat, mngkin lpas ni mereka akan jatuh cinta dengan islam,...

ni kalau usahe pun langsung xde nak ajak orang join islam, tp dok sebok2 perjuangkan bangse je, bile islam nak tertegak....

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"