TG Nik Aziz merupakan ulama yang disegani. Beliau amat disayangi oleh rakyat Kelantan. Rakyat tetap menyebelahi Tok Guru walaupun sesekali ungkapan Tok Guru terlalu kasar dan tidak wajar didengar. Rakyat tetap menghormatinya sebab TG Nik Aziz bukan sahaja seorang Menteri Besar Kelantan paling lama tetapi juga seorang tok guru.
Akhir-akhir ini selepas pasca PRU12 ini, TGNA kelihatan lebih hebat daripada orang politik profesional. Pendiriannya lebih tegas dan berani daripada pemimpin-pemimpin politik yang lain. TGNA berani mengenepikan usaha perpaduan dan berani pula menyatakan bahawa perpaduan bersama dengan DAP dan PKR lebih baik lagi. Meskipun TGNA tahu bahawa DAP menentang Islam dan dia tahu bahawa UMNO/BN telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan perkembangan syiar Islam di Malaysia, TGNA tetap menolak malahan mengatakan bahawa UMNO tidak ikut Islam. Semasa kempen PRK Manek Urai, apa yang dia tak kata kepada UMNO/BN. UMNO dikatakan ajaran sesat seperti Ayah Pin, komunis dan sebagainya. Keputusan PRK Manek Urai mungkin boleh memberi sedikit keinsafan kepada pemimpin-pemimpin PAS terutama TGNA untuk bermuhasabah. Namun ramalan ini meleset sama sekali. Tuduhan liar terus dibuat dan mengatakan bahawa BN membeli undi. Pengundi-pengundi DUN Manek Urai telah dibeli dengan wang dan janji pembangunan. Mengikut pemerhati politik, PR terutama PAS apa kurangnya. Sogokan wang dalam kempen PRK Manek Urai oleh PAS juga berlaku dan telah dibukti dengan gambarnya sekali.
Pemimpin-pemimpin PR sudah sedar jika BN menggunakan strategi yang sama di DUN Manek Urai maka dalam PRK akan datang, mereka akan kalah. Golongan muda sangat dahagakan pembangunan dan kemajuan. Sejak PR memerintah beberapa negeri pelbagai isu gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri PR. Rupa-rupanya kerajaan PR lebih teruk lagi daripada kerajaan BN. Pelbagai isu telah pun semua orang dengar dan umum tahu, rasuah di kalangan wakil rakyatnya secara berleluasa, skandal seks, salahguna kuasa, penglibatan dengan kongsi gelap dan sebagainya telah berlaku dan ada yang masih dalam siasatan. Pernahkah ini berlaku semasa pemerintahan kerajaan BN? Dan sebaliknya di negeri-negeri di bawah kerajaan BN seperti Johor, Perak, Perlis, Terengganu, Sarawak dan lain-lain didapati keadaan lebih tenang dan aman damai.
Namun begitu TGNA tetap menolak penyatuan Melayu dan Islam melalui kerjasama dengan UMNO. TGNA mahukan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat sahaja dan tegasnya bukan PAS dengan UMNO. Kelantan mundur kerana Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan pembangunan melalui Jabatan Persekutuan sebaliknya tidak disalur terus kepada kerajaan negeri. TGNA tahu bahawa negeri Kelantan telah menerima peruntukan antara yang terbanyak dari kerajaan pusat. Sebenarnya bukan salah kerajaan pusat, jika TGNA jadi MB negeri di bawah kerajaan BN sudah lama disingkirkan. Tapi siapa berani singkirkan TGNA cuma takdir Ilahi yang menentukannya. Mungkin TGNA akan kekal menjadi MB sehingga akhir hayatnya.
Bukan hendak mengkritik TGNA malahan jauh sekali menghina beliau. Cuma kadang-kadang rasa kasihan, TGNA didapati tertekan dengan politik semasa yang semakin mencabar beliau sejak bersahabat dengan DAP dan PKR. Untuk menjaga hati kawan-kawan rapat seperti Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng), Karpal Singh dan anaknya (Govind Deo), Anwar Ibrahim dan anak pinaknya (Wan Azizah dan Izzah) maka beliau terpaksa menolak persahabatan dengan UMNO. Presiden PAS, YB Haji Abdul Hadi Awang tampak lebih tenang menghadapi isu politik dalam dan luar PAS. Kadang-kadang beliau juga melatah misalnya, isu kerajaan perpaduan yang diilhamkannya sendiri dikatakan pula propaganda UMNO. Sedangkan umum mengetahui setiap pemimpin UMNO menerima baik saranan Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Inilah antara sebabnya orang Melayu atas pagar menolak calon PAS di Manek Urai. Golongan muda sudah bosan dengan gelagat pemimpin pembangkang dalam urusan pentadbiran negeri PR. Dan rakyat akan terus menyaksikan isu demi isu ciptaan pemimpin pembangkang sendiri. Mungkin inilah bala yang diturunkan oleh Allah swt kepada mereka yang selalu membuat tuduhan melulu dan fitnah kepada pihak lawan.
4 comments:
Sangat keliru dengan ulamak politik ini. Rakyat pun tak faham dengan politik tok guru ini.
Pendirian TGNA sukar difahami. Ikut keadaan. Selepas pilihanraya nada agak lembut dan semasa pilihanraya dia lawan bermati-matian macam berperang dengan musuh laknatullah. UMNO tak perlu layanlah TGNA, kasihankan dia, dia jadi serba tak kena kerana kawan rakannya dalam DAP dan PKR kelihatan agak relaks dan tenang. TGNA semacam mahu jadi ketua pembangkang kepada PR tapi pendiriannya tidak konsisten. Aku sokong blog ni.
TGNA sudah pening sejak PAS menang tipis di PRK Manek Urai. Sepatutnya MB Kelantan kena letak jawatan.
Thank you for sharing
Post a Comment