Wednesday, July 1, 2009

LIM GUAN ENG MENGHILANGKAN DIRI!!!!

Lebih 200 penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor telah berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang semalam. Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini. Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.
Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan' sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun berjumpa dengan mereka.
Yang turun bukan Ketua Menteri tetapi Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik yang memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.
Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung. "Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung". Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?
"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka. Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.
Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

سلام.

كالاو ده چينا تو چيناله جوڬ. كالاو چينا ليم ڬوان اڠ ايت جادي ڤردان منتري مليسيا، معنىڽ ڤارا ڤمڬڠ سيڤندوق تو بوكنڽ اورڠ اينديا تتاڤي اورڠ ملايو له!

مچ دان دڤ ڤون سام سهاج له. چينا تتڤ چينا. ڤموسنه بڠسا ملايو. چينا اسلام لاين له.

الله سبحان وتعالى برفرمان يڠ برمقصود،

"دان ﴿ايڠتله﴾ هاري ﴿كتيك﴾ لاڠيت ڤچه بله مڠلواركن كابوت ڤوتيه دان دتورونكنله ملائكة برڬلومبڠ-ڬلومبڠ. كراجأن يڠ حق ڤد هاري ايت اداله كڤوڽان توهن يڠ مها ڤموره. دان اداله ﴿هاري ايت﴾، ساتو هاري يڠ ڤنوه كسوكرن باڬي اورڠ-اورڠ كافير." ﴿ق.س.25:25-26

"مك مڠاڤ كامو ﴿ترڤچه﴾ منجادي دوا ڬولوڠن دالم ﴿مڠهادڤي﴾ اورڠ-اورڠ منافق، ڤدحال الله تله ممباليككن مريك كڤد ككافيرن، دسببكن اوسها مريك سنديري؟ اڤاكه كامو برمقصود ممبري ڤتونجوق كڤد اورڠ-اورڠ يڠ تله دسستكن الله؟ بارڠ سياڤا يڠ دسستكن الله، سكالي-كالي كامو تيدق منداڤتكن جالن ﴿اونتوق ممبري ڤتونجوق﴾ كڤداڽ. مريك ايڠين سوڤاي كامو منجادي كافير سباڬايمان مريك تله منجادي كافير، لالو كامو منجادي سام ﴿دڠن مريك﴾. مك جاڠنله كامو جاديكن د انتارا مريك ڤنولوڠ-ڤنولوڠ ﴿مو﴾، هيڠڬ مريك برهجرة ڤد جالن الله. مك جك مريك برڤاليڠ، تاون دان بونوهله مريك د مان ساج كامو منموءيڽ، دان جاڠنله كامو امبيل سأورڠ ڤون د انتارا مريك ڤليندوڠ، دان جاڠن ﴿ڤولا﴾ منجادي ڤنولوڠ،" ﴿ق.س.4:88-89

Pesara Guru said...

SALAM SDR ZAIDI,
BENAR KATA AWAK CA TETAP CA KECUALI IANYA MUSLIM. KERANA MIM DAN ISLAM LEMAH DI MALAYSIA INI MAKA BUKAN MIM MELAMPAU. PERMINTAAN DAN DESAKAN MELAMPAU-LAMPAU TERGURIS HATI ORG2 MIM SENDIRI. APAKAH MIM TAK ADA HAK UNTUK DIBERI KEISTIMEWAAN TERTENTU SUPAYA MIM DGN BUKAN MIM DUDUK SAMA RENDAH DAN BERDIRI SAMA TINGGI!
YAHUDI SERONOK BILA NEGERA2 ARAB/ISLAM TIDAK BERSATU, APAKAH MELAYU PAS DAN MELAYU UMNO BEGITU?

Anonymous said...

Salam Pesara Guru.

Apa-apa perjuangan mesti istiqamah dan penuh taqwa ke jalan Nya. Lari dari istiqamah dan taqwa , bengkoklah jalannya dan musnahlah sesuatu kaum. Berapa banyak kaum dan kota-kota yang telah dimusnahkan Allah SWT? Kenapa? Kita orang Melayu Islam perlu bertaubat sebelum terlewat dan dimusnahkan.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"