Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara. Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.
Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.
“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya. Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat. Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Komen:
Itulah wajah sebenarnya PAS yang kita kenali hari ini. PAS yang banyak berubah, pusingan 360 darjah. PAS dulu bermatian-matian menentang UMNO kerana UMNO menolak hukum hudud. Dicanang seluruh pelusuk negara, UMNO merupakan sebuah parti kafir kerana menolak hukum Allah. (Hukum Hudud PAS). Tapi kenapa pula PAS boleh bertolak ansur dengan DAP dan PKR? PAS akan laksanakan setelah pemimpin DAP bersetuju melaksanakan hukum hudud? Atau kerana Haji Hadi pernah memberitahu bahawa hukum hudud cuma 0.0001% dalam hukum Islam? Atau kerana MB Kedah, YAB Azizan pernah berkata Kedah belum bersedia melaksanakan hukum hudud? Atau kerana Nizar, bekas MB Perak pernah berkata "Tiada dalam perlembagaan Pas untuk membentuk negara Islam". Tapi kenapa PAS memusuhi UMNO hinggap sanggup memaki hamun dan mengkafirkan pemimpin UMNO kerana gagal melaksanakan hukum Allah Taala (hukum hudud)?
Jika PAS bersama PKR dan DAP hari ini masih tidak dapat menegakkan perjuangan Islam dengan hukum hududnya atau negara Islamnya. Jangan haraplah PAS dapat melaksanakannya nanti setelah menang PRU yang akan datang. Persoalannya yang perlu penyokong PAS faham, apakah wakil rakyat PAS akan memperolehi majoriti dalam barisan Pakatan Rakyat selepas PRU yang akan datang? Sebelum itu, eloklah kita lihat apa yang sedang dan telah berlaku di hadapan mata kita di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang PAS dapat lakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat itu? Melayu dan Islam dicabar dan semakin dihina. Kilang arak tidak ditutup pun malahan dianugerah kawasan lebih besar oleh Khalid Samad di Selangor. Kenapa pusat-pusat hiburan, judi dan kilang arak tidak ditutup?
Jika begitulah PAS hari ini yang kita kenali. Ertinya pendirian dan perjuangan PAS lebih teruk daripada UMNO. Bercakap tak serupa bikin. Berpakat dalam PR bukan untuk menafaatkan kepada perjuangan Islam malahan memberi ruang kepada bukan Islam menindas lagi orang Melayu/Islam di Malaysia ini. Itu taktik politik kononnya (tangguh hudud). Tapi apakah Karpal Singh, Kit Siang dan anaknya Guan Eng itu pemimpin politik yang boleh diperbodohkan oleh PAS? UMNO tidak sama sekali akan menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara walaupun bersama dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen. Perjuangan UMNO lebih konsisten, rasional dan berkesan. Jika ditakdirkan UMNO gagal meneruskan perjuangan memperkasakan orang Melayu dan menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini sudah pasti antara faktor Melayu hancur dan Islam tertekan disebabkan oleh karenah pemimpin PAS itu sendiri. Jangan sampai nasi dah jadi bubur. Lihatlah apakah yang telah terjadi di negeri Pulau Pinang dan Selangor? Cuba ubah kononnya maka terima akibahnya. Jika Melayu hancur, apakah Islam boleh subur di Malaysia ini dengan kaum Cina dan India menguasai politik dan ekonomi negara? Tepuk dada tanya minda anda.

4 comments:
Tak ada siapa yg sebenarnya menolak hukum hudud. UMNO dan pemimpin nya pun tak pernah menolak hukum hudud. Cuma pelaksanaannya aje yg belum disebabkan byk perkara-perkara yg rumit terutamanya berkaitan dgn perlembagaan dan rakyat yg berbilang agama.
Yg PAS ni memang faham sangat ke dgn hukum hudud?? Cakap berbelit-belit.
Dulu kata hudud wajib dilaksanakan. kalau tidak, jatuh kafir. Tapi, sekarang ulamak PAS sendiri kata, hukum hudud hanyalah 0.001 % dari hukum islam. Hukum Islam yg lain telah berjalan lama dinegara ini.
Lepas tu keluar pulak kenyataan dari pemimpin PAS, kata hudud tak semestinya perlu dilaksanakan...
Lepas tu ada pulak ulamak PAS kata yang hudud hanya untuk orang islam sahaja...
Kalau ada orang berzina yg dah berkahwin, perempuan islam , lelaki cina, maka yg perempuan akan kena hukum rejam sampai mati manakala lelaki akan kena penjara atau denda aje...(Siapa yg sebenarya tak faham hukum hudud)
Apa ni????
Cakap berbelit...inilah akibat berkawan dgn DAP sehinggakan matlamat perjuangan pun dah jadi tunggang langgang dan tak tahu kemana..
Insaflah...byk yg UMNO telah buat selama ni untuk menegakkan syiar islam dan hukum islam. Cuma hudud sahaja yg belum dilaksanakan...
Aku berdoa supaya UMNO dan PAS bersatu dan berpadu. Ini tuntutan ajaran islam. kenapa nak tolak. Tak faham aku kenapa Nik Aziz menolak perpaduan dlm islam.. Dgn DAP bukan main baik sekali..Pelik!!
memang betul apa ustaz aku beritahu, hidayat ditangan allah, kalau allah cabut hidayat dari sesorang (tak kira orang biasa atau ulamak) maka sesatlah dia..Semoga allah sentiasa memberi hidayat kepada aku dan semua orang islam. Amin...
SELAGI NIK AJIS DAN PUAK ERDOGAN WUJUD, JGN MIMPI UMNO PAS AKAN BERSATU..MEMBAZIR AIR LIUR AJE!
Jangan kata tanguh lagi pas tidak akan laksankan hukum hudud sampai kiamat pun pas tidak akan laksanakan jangan tipu umat islam yg tidak berpengaruh dengan pas hanya org pas saja yg termakan dengan penipuan demi penipuan olih pemimpin pas yg gila kuasa dan harta perang tinggallah puak puak yg tidak terbela lagi olih pas.
Kasihan nasib bangsa Melayu beragama Islam. Kumpulan majoriti akhirnya jadi minoriti di negara sendiri. Ada kuasa sudah hampir hilang angka perpecahan yg terjadi. Ekonomi sudah jadi milik orang lain mungkin satu hari nanti tidak mustahil negara ini juga milik mereka bangsa yang bersatu. Bersatulah kita kerana Allah swt. Buang yang keruh ambil yg jernih. Nasi sudah hampir jadi bubur, menang sorak kampung akan tergadai!!
Post a Comment