Sangat terkejut bila UMNO bersama BN buat keputusan menolak Perkasa. Perkasa dikatakan punca UMNO kehilangan sokongan daripada orang-orang bukan Melayu. UMNO perlu sedar setakat ini bukan Melayu masih memihak kepada pembangkang terutama DAP. Jika haramkan Perkasa sekalipun bukan Melayu belum tentu akan menyokong UMNO/BN. Di kalangan pemimpin UMNO pun tahu bahawa ramai orang Melayu menyokong Perkasa setelah melihat Perkasa benar-benar menjuarai dalam isu mempertahankan kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu. UMNO tak begitu lantang dalam mempertahankan hak ketuanan orang Melayu kerana bimbang akan terguris hati rakan-rakan dalam komponen BN. Memang tak salah pun jika Perkasa lantang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Jika kaum bukan Melayu ada Suqui dan Hindraf, apakah orang Melayu tak boleh ada Perkasa? Orang Melayu terlalu banyak bertolak ansur hingga bukan Melayu termasuk pemimpin-pemimpin bukan Melayu sudah 'naik tocang' berani menghapuskan DEB dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Malahan sudah ada pemimpin Melayu sendiri mulai mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Sepatutnya UMNO mendekati NGOs Melayu dan NGOs Islam dan bukan menjauhi mereka. UMNO perlu mendapat sokongan padu dari kalangan NGOs Melayu/Islam menjelang PRU yang akan datang. UMNO akan rugi. MCA, MIC, Gerakan dan DAP tidak akan rugi. Kebanyakan pemimpin UMNO menduduki Jawatankuasa Perkasa malahan mengetuai Perkasa di peringkat Negeri dan Parlimen. Amat rugi jika UMNO sendiri menolak pertubuhan Perkasa. Keputusan menolak Perkasa akan memberi kekuatan kepada pembangkang. Manakala UMNO akan kehilangan sokongan dan pengaruh manakala pembangkang sedang membina kekuatan. Oleh itu keputusan menolak Perkasa perlu dikaji semula jangan nanti ibarat kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran". Tindakan menolak Perkasa sebenarnya sesuatu yang amat merugikan UMNO sendiri dan tidak sebesar manapun sokongan bakal diperolehi oleh BN dari pengundi-pengundi bukan Melayu dalam PRU yang akan datang.
No comments:
Post a Comment