Jika dibaca dan dihalusi setiap keluaran Harakah kira-kira 80% berita yang dimuatkan mengenai dengan UMNO dan BN. Cerita yang memburuk-burukkan pimpinan UMNO dan BN. Pada hal sebagai lidah rasmi PAS, Harakah sewajarnyalah banyak memuatkan berita-berita berkaitan Mesyuarat Tahunan PAS yang sedang berlangsung sekarang ini. Utusan Malaysia yang dianggap sebagai akhbar UMNO tidak pula demikian. Semasa persidangan agung UMNO berita rasuah politik kerap ditonjolkan hinggalah UMNO dibenci dipaparkan oleh Utusan Malaysia. Harakah tidak seperti Utusan Malaysia. Harakah jauh lebih baik dalam memperburukkan pemimpin UMNO dan BN. Lihat dan bacalah setiap keluaran akhbar Harakah. Hanya 10 - 20% berita yang memuatkan hal kepimpinan PAS dan 80 - 90% pula memuatkan cerita memperburukkan kepimpinan UMNO dan BN. Harakah adalah media utama PAS yang mampu menggugatkan pengaruh UMNO dan BN. Lidah rasmi PAS yang tiada pantang larang dan tidak ambil kisah dengan dosa pahala. Atas dasar kebebasan media dan demokrasi, Harakah dan juga akhbar Keadilan akan terus menemui orang ramai tanpa takut digantung bagi kali yang berikutnya. Sunday, April 26, 2009
HARAKAH! HARAKAH! HARAKAH!
Jika dibaca dan dihalusi setiap keluaran Harakah kira-kira 80% berita yang dimuatkan mengenai dengan UMNO dan BN. Cerita yang memburuk-burukkan pimpinan UMNO dan BN. Pada hal sebagai lidah rasmi PAS, Harakah sewajarnyalah banyak memuatkan berita-berita berkaitan Mesyuarat Tahunan PAS yang sedang berlangsung sekarang ini. Utusan Malaysia yang dianggap sebagai akhbar UMNO tidak pula demikian. Semasa persidangan agung UMNO berita rasuah politik kerap ditonjolkan hinggalah UMNO dibenci dipaparkan oleh Utusan Malaysia. Harakah tidak seperti Utusan Malaysia. Harakah jauh lebih baik dalam memperburukkan pemimpin UMNO dan BN. Lihat dan bacalah setiap keluaran akhbar Harakah. Hanya 10 - 20% berita yang memuatkan hal kepimpinan PAS dan 80 - 90% pula memuatkan cerita memperburukkan kepimpinan UMNO dan BN. Harakah adalah media utama PAS yang mampu menggugatkan pengaruh UMNO dan BN. Lidah rasmi PAS yang tiada pantang larang dan tidak ambil kisah dengan dosa pahala. Atas dasar kebebasan media dan demokrasi, Harakah dan juga akhbar Keadilan akan terus menemui orang ramai tanpa takut digantung bagi kali yang berikutnya. Sunday, April 12, 2009
BILANGAN UNDI MELAYU KEPADA BN SEMAKIN BERTAMBAH
Pemimpin kanan PAS telah mengakui bahawa sokongan orang Melayu kepada calon PAS, YB Nizar di PRK Bukit Gantang telah merosot dan sebaliknya sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina telah bertambah. Ini menunjukkan bahawa orang-orang Melayu mulai sedar bahawa pemimpin PAS hari ini mengutamakan 'kuasa politik' hingga sanggup melihat ketuanan Melayu dicabar dan Islam dipersendakan oleh rakan-rakan Pakatan mereka. Pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di Perak telah memberi bukti yang jelas kepada orang ramai hinggalah diterjemahkan dalam bentuk undian dalam PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Kenapa pengundi-pengundi Cina memberi sokongan kepada calon PAS dan tidak kepada calon BN? Dan kenapa pula jumlah pengundi Melayu memberi sokongan kepada calon BN diwakili oleh pemimpin UMNO telah bertambah?
Perjuangan UMNO amat konsisten sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. UMNO menjuarai dalam hal mempertahankan memertabatkan ketuanan Melayu dan agama Islam. Akhir-akhir ini, kenapa pihak lain berani menyentuh hak ketuanan Melayu, kenapa hari ini kaum lain berani mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru, kenapa sekarang ada pemimpin-pemimpin parti lain bukan Melayu dengan berani mencadangkan penggunaan pelbagai bahasa di papan-papan tanda, mereka mempersoalkan krebiliti PDRM dan berani menyaman Raja Melayu dan membaca dan menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka. Mengapasemua ini berlaku?
Punca utamanya adalah kesatuan Melayu sudah amat longgar akibat perpecahan orang Melayu sendiri melalui ideologi politik kepartian yang berbeza. Orang Melayu UMNO dan orang Melayu PAS tidak mampu bersatu kembali buat ketika ini. Situasi perpecahan Melayu menjadi lebih parah bila DS Anwar Ibrahim, pemimpin idola kepada penyokong taksub Melayu dan bukan Melayu. Walaupun asas perjuangan parti Keadilan tidak jelas tetapi misi memburukkan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO telah berjaya dilakukan oleh DS Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Islam PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO dianggap musuh no.1 yang perlu diperangi dan dihapuskan oleh mereka. Pemimpin UMNO dianggap pengganas dan zalim umpama Yahudi di bumi Palestin. Rakan-rakan Pakatan mereka, pemimpin besar DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo manakala Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng disanjung tinggi dan dipeluk cium umpama perjuangan mereka ini mendasari perjuangan PAS. Tetapi apakah pemimpin UMNO yang cerca dan dihina melalui fitnah dan tuduhan yang keterlaluan oleh pemimpin Islam sendiri itu tidak mencintai Islam dan bangsanya Melayu. Apakah semenjak 50 tahun merdeka, Melayu dan Islam di Malaysia tidak berkembang maju. Angkara politik untuk berkuasa, ayat al-Quran diperalatkan, Mufti dihina, Raja Melayu dicerca, bahasa Melayu dinoda dan DEB dihapuskan kerana pemimpin Melayu dan Islam sendiri. Siapakah mereka ini, fikirlah wahai orang muda Melayu dan rakyat Malaysia umumnya.

Thursday, March 19, 2009
Parti PAS hari ini yang kita kenali!!!!!
Hari ini PAS TIDAK BOLEH LAGI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG ISLAMIK, PARTI YANG NAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, ATAU PARTI YANG NAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM di Bumi Malaysia. Pada hari ini SIAPA dalam PAS BERANI BERCAKAP DALAM PARLIMEN ATAU DEWAN UNDANGAN NEGERI, nak tubuhkan Negara Islam? Siapakah dalam PAS berani bercakap hendak melaksanakan Hukum Hudud dalam Parlimen? Cuba minta sesiapa di dalam PAS membentangkan CITA-CITA NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Ada berani? Kata pejuang Islam? Pejuang Islamkah atau Pejuang nak Glamour? Hari ini PAS ada Ahli Bukan Muslim dan mereka sudah menuntut supaya kumpulan mereka diiktiraf sebaris dengan Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama PAS. Maknanya mereka juga mahu mejadi Pembuat Dasar parti! Inilah Agenda Yahudi Timur yang PAS tak nampak. Hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat seperti Diikat tangannya, Disumbat Mulutnya, hanya boleh mengangguk-angguk sahaja apa yang DAP dan PKR putuskan. Geng Husam Erdogan yang selalu bersetuju dengan DAP dan PKR. Perhatikanlah, bagaimana mereka berjaya mendesak perletakkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, semua akibat desakan DAP dan PKR Selangor yang lebih kuat berbanding Datuk Hassan Ali yang takut nak tegur MB Guthrie dan Kumpulan Teresa Kok/Ronnie Liu dalam Kerajaan Selangor. Paling jauh pun tindakan berani Datuk Hassan Ali ialah menyendirikan dirinya jauh-jauh dari MB Guthrie. Itulah kemampuan PAS sekarang ini. Diberitahu oleh beberapa rakan di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Penasihat PAS...
Kesimpulannya mudah, PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM dan menuju kearah pembentukan PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS) yang diolah oleh ANWAR, DAP melalui Husam Musa dan beberapa team Erdogan. Kerana ANWAR tahu jika apa-apa yang berlaku kepada PAS (selepas Nik Aziz dikhatamkan), Anwar melalui PKR akan mempunyai sokongan dikiri dan kanan. Kiri, DAP dan Kanan, PAS bagi menguasai pemerintahan MALAYSIA untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM. Lambat-laun PAS akan tewas juga dengan percaturan mereka walaupun sekuat mana Nik Aziz mempertahankannya dan bakal pengantinya. Anwar sedang menunggu dengan senyuman dengan apa yang berlaku kepada PAS hari ini untuk keuntungan politik masa depannya dan PKR. Wallahuallam.
Petikan dari: Suara Politik Taminsari
FATWA PAS TERHADAP UMNO!!!!!
Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat):
1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.
2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.
Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.
Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."
Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.
Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,
Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.
Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).
3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."
Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."
Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.
4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."
Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.
5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.
6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.
Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.
7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.
Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.
8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.
9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.
Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.
Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.
Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.
Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.
10. Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:
a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN.
d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Saturday, March 14, 2009
UMNO harus fikir kerjasama dengan Pas
KUALA LUMPUR 13 Mac - UMNO perlu memberi perhatian terhadap hasrat Pas untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) kerana ia diperlukan bagi mengembalikan perpaduan orang Melayu.Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika harapan Pas itu direalisasikan oleh UMNO, ia akan membantu mengembalikan kestabilan dan ketenangan politik negara.
Menurutnya, penubuhan kerajaan campuran BN dan Pas itu harus diusahakan bersungguh-sungguh berikutan orang Melayu kini telah terbahagi kepada tiga kumpulan.
"Jika 35 tahun dahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Pas boleh bersatu dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN), mengapa tidak hari ini ?
"Mungkin dengan format dan pendekatan baru ia boleh direalisasikan kembali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pas mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.
Muhyiddin juga berkata, cadangan itu harus datang secara rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas sama ada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohamed Mustafa menambah, perbincangan di kalangan pemimpin peringkat tertinggi dari kedua-dua parti perlu dilakukan secara tertutup buat permulaan.
Menurutnya, semua pihak perlu memberi sokongan tanpa prejudis kerana perpaduan dituntut oleh Islam dan ia penting untuk kesejahteraan umat, bangsa dan negara.
Adalah lebih mudah katanya, bagi Pas bergerak bersama UMNO kerana wawasan BN lebih jelas berbanding parti pembangkang lain.
Sementara itu, Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad meminta UMNO lebih berhati-hati dengan agenda Pas.
Menurutnya, kadang kala seseorang pemimpin itu gagal untuk mempengaruhi orang-orang kanan dalam parti dan sebagai jalan keluar membuat isu bagi mendapat perhatian media.
"UMNO memang terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertainya bagi membuktikan ia kukuh dan mendapat sokongan rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, jika Pas benar-benar ingin membantu orang Melayu, mereka sepatutnya tidak keluar daripada BN setelah menyertainya pada 1974.
Menurutnya, cadangan Pas membentuk kerajaan campuran dengan BN itu hanya sebagai retorik, tidak serius dan hanya timbul mengikut keadaan politik semasa.
Sumber: Utusan Malaysia 14 Mac 2009
Friday, March 6, 2009
KALIMAH 'ALLAH': AHLI PARLIMEN PAS TIDAK SEPENDAPAT?
Ustaz Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) yang juga bekas 
Imam Besar Masjid Negara menjelaskan di Dewan Rakyat hari ini bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Menteri di JPM Zahid Hamidi, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen
Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Pada 2 Mac 2009, Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan telah menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. TG Nik Aziz dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman
berzaman lagi. "Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," kata Nik Aziz.

Imam Besar Masjid Negara menjelaskan di Dewan Rakyat hari ini bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.Menteri di JPM Zahid Hamidi, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen
Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Pada 2 Mac 2009, Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan telah menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. TG Nik Aziz dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman
berzaman lagi. "Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," kata Nik Aziz.Komen:
Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.
Manakala Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) mengatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam.
Jelas di sini bahawa ada perselisihan pendapat tentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di Malaysia di kalangan pemimpin dan ulama PAS sendiri.
Sebaliknya pula, pandangan Ustad Taib Azamudden pula selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Saturday, February 21, 2009
WAKIL RAKYAT BERTELANJANG BERSENDIRIAN TAK SALAH????
Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat kerana pilihan raya kecil melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku. Tok Guru Nik Aziz berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Elizabert yang tegas mahu meletakkan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.Malahan Tok Guru Nik Aziz berpendapat bahawa Elizabert tidak bersalah sebaliknya yang bersalah orang yang menceroboh rumah dia. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth
berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri. "Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal, Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja". Kata Tok Guru Nik Aziz.Komen:
1. Apakah Tok Guru berpendapat yang mengambil gambar Elizabert itu adalah orang UMNO/BN? Sebenarnya pemuda yang didakwa mengambil gambar Elizabert yang bertelanjang itu sedang dicari polis sebagai suspek dalam kes ini adalah ahli PKR merupakan rakan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.
2. Kos mengadakan pilihanraya memang sangat tinggi. Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi, sepatutnya ramai pemimpin PKR dan PAS dapat berfikir seperti Tok Guru Nik Aziz. Tapi apa boleh buat hanya Elizabert sahaja yang tahu kenapa dia terpaksa meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
3. Bagi kes negeri Perak, Tok Guru Nik Aziz minta diadakan semula pilihanraya kecil di negeri Perak, minta dikembalikan kepada kuasa rakyat. Di sini Tok Guru tak nampak pula betapa membazirnya wang rakyat jika pilihanraya kecil diadakan di seluruh DUN negeri Perak.
4. Oleh kerana BN memperolehi majoriti dalam DUN negeri Perak telah mendorong baginda Sultan Perak memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah. Baginda Sultan Perak dah pun berfikir pasal pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil. Betullah kata Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Bebas semalam, " Jika untung untuk parti mereka, mereka akan sokong tapi jika rugi untuk parti mereka, mereka tidak akan sokong". Dan Datuk Ibrahim Ali mungkin tak kata kepada Tok Guru tapi mungkin kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang jelas hipokrit dan munafik.
5. Kalau nak bersekongkol dengan DAP dan PKR pun, janganlah pemimpin tidur berbogel pun dibela malahan dikatakan tak bersalah. Mestilah tak elok, buruk dipandang rakyat jika pemimpin tidur dan juga mandinya bertelanjang bulat. Apa sukakah anak-anak dara pemimpin-pemimpin PAS semuanya tidur bertelanjang bersendirian kerana Tok Guru kata perbuatan itu tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri?
Jika akhbar yang melaporkan ulasan To Guru Nik Aziz telah memutar-belitkan fakta, saya yang mengulas dalam ruangan ini memohon maaf kepada Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain yang turut terkena. Saya yakin Tok Guru Nik Aziz adalah seorang pemaaf.
Sumber: Busu 21 Feb 2009
Saturday, February 14, 2009
KENYATAAN AKHBAR KHAS DYMM SULTAN SELANGOR
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak,
Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009
Saturday, February 7, 2009
ISU SAMAN SULTAN PERAK: KARPAL VS ANWAR
Sebahagian kandungan sidang akhbar Pengerusi DAP, Karpal Singh di Kuala Lumpur semalam. "Itu bukan kuasa Sultan Perak. Itu kuasa kerajaan negeri yang sah. Kerajaan negeri yang akan diisytiharkan pada 3.30 petang ini tidak sah.
Jika itu dibuat kami akan merujuk perkara ini ke Mahkamah Tinggi di Ipoh pada Selasa depan.
Satu kes akan difailkan. Dengan kes itu Sultan Perak akan jadi penentang atau responden, akan dinamakan sebagai defendan pertama.
Dan kerajaan negeri baru yang akan diisytiharkan pada 3.30 petang ini sebagai defendan yang kedua.
Dan plaintif adalah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Dia akan memfailkan
kes itu sebagai Menteri Besar yang sah - untuk mendapat satu pengisytiharan daripada mahkamah bagi memutuskan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah".
Jika itu dibuat kami akan merujuk perkara ini ke Mahkamah Tinggi di Ipoh pada Selasa depan.
Satu kes akan difailkan. Dengan kes itu Sultan Perak akan jadi penentang atau responden, akan dinamakan sebagai defendan pertama.
Dan kerajaan negeri baru yang akan diisytiharkan pada 3.30 petang ini sebagai defendan yang kedua.
Dan plaintif adalah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Dia akan memfailkan
kes itu sebagai Menteri Besar yang sah - untuk mendapat satu pengisytiharan daripada mahkamah bagi memutuskan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah".Dalam sidang Media oleh Ketua Pembangkang PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam:
"Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh. Ini semua laporan media yang cakap kita nak saman Sultan Perak. Keputusan kita adalah untuk meminta Paduka Sultan Perak melihat semula peruntukan perlembagaan" kata DSAI.
DSAI jadi serba salah nak saman Sultan Perak kerana dia orang Melayu. Manakala mantan MB Perak, Nizar juga menafikan nak saman Sultan Perak. Dia tuduh UMNO dan media buat fitnah. Tapi Karpal tak kira sapa. Dia tak pernah hormat Raja Melayu dan Islam. Tapi dia jadi orang kuat kepada Pakatan Rakyat untuk menyaman Sultan Perak. Kenyataan media di atas dari sidang media/akhbar dari kedua-dua pemimpin, Anwar dan Karpal sebenarnya bertelagah pandangan atau tindakan antara mereka.Friday, February 6, 2009
SIKAP MANTAN MB PERAK YANG LUAR BIASA!!!
Wahai mantan MB Perak 11 bulan, Nizar Jamaludin;Awak berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa perangai awak luar biasa? Kenapakah awak lupa? Bila ADUN Bota dari UMNO melompat ke PKR, awak kata demokratik! Tapi bila ahli PKR keluar parti PKR dan DAP jadi ahli bebas tapi sokong BN, awak kata tak demokratik! Awak derhaka kepada Raja Negeri, Sultan Perak diibaratkan payung kepada bangsa Melayu dan agama Islam! Sanggup awak mahu menyaman Sultan Perak? Awak patut dihalau keluar dari negeri Perak, gelaran Dato Seri awak patut dilucutkan. Bila pemimpin PAS seperti awak tunjuk sikap kurang ajar dan derhaka terhadap Sultan Perak, penyokong-
penyokong pembangkang akan jadi 10 kali kurang ajar. Awak jadi gila talak! Bukan semua pemimpin Melayu dan Islam seperti awak yang macam tak siuman. Perangai buruk awak selaku pemimpin PAS telah merosakkan imej Islam. Awak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap huru-hara yang berlaku di Perak. Awak gagal menjadi MB di Perak. Awak telah melakukan banyak kesilapan maka Allah swt memendekkan usia awak hanya 11 bulan sebagai MB. Terimalah apa yang berlaku sebagai qada dan qadar dari Allah swt. Awak pandai berceramah, bijak berhujah, berbicara, berkata-kata, berkuliah tapi awak tak lakukan ibarat kata 'cakap tak serupa bikin'. Kini Allah swt telah menghukum awak di atas kesilapan awak sendiri. K
edua-dua ahli PKR dan DAP menjadi ahli bebas bukan kerana UMNO dan BN tetapi kesilapan pihak awak sendiri selaku MB dan Ketua kerajaan negeri Perak. Bukan awak tak tahu, bagaimana telitinya DYMM Sultan Perak membuat keputusan. DYMM Sultan Perak bukan insan seperti awak. DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara, bukan awak tak tahu, semua rakyat tahu. Tapi tindakan awak nak saman Sultan Perak seolah-olah awak yang betul. Sama juga tindakan awak sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pemberian tanah kepada penduduk-penduduk kampung baru pajakan selama 999 tahun, juga betul?. Tindakan kerajaan negeri membeli kereta Camry 2.4 menggantikan kereta nasional, tindakan yang betul? Awak dititah oleh Sultan Perak untuk meletak jawatan tapi awak berdegil dan mohon untuk menderhaka kepada Sultan Perak, juga perbuatan awak ini masih betul? Rakyat majoriti berbangsa Melayu dan Islam mulai benci dengan sikap awak dan pemimpin PR terutama DSAI dan Karpal Singh yang boleh dianggapkan kurang ajar! Pandai awak berdalih (menipu rakyat!), demontrasi dan rusuhan yang berlaku semasa majlis angkat sumpah MB yang baru awak kata
kebangkitan rakyat Perak dan tiada kaitan dengan tindakan awak! Pemimpin-pemimpin besar kepala seperti Anwar Ibrahim, Hj. Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tak tahu rasa malu! Seluruh rakyat Perak rasa cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Perbuatan merusuh di hadapan jalan masuk ke Istana Iskandariah dilakukan oleh orang luar. Perbuatan demontrasi jalanan itu berlaku kerana ada dalangnya. Jika tidak berpuas hati, silalah ke mahkamah kerana barisan peguam terkenal bersama dengan anda. Tapi bukan dengan cara mengadakan perhimpunan haram. Jangan mengapi-apikan perasaan rakyat. Apakah cara berdemontrasi itu dikatakan demokratik? Rakyat bangun merusuh dan merosakkan harta awam dikatakan demokratik? Awak telah gagal pada 16 Sept. 2008 menumbangkan kerajaan persekutuan secara 'lompat parti' tapi awak tak boleh terima kenyataan bila kes kerajaan PR tumbang di Perak dengan kaedah yang sama. Wahai Anwar Ibrahim, bapa demontrasi negara, awak telah menyeru rakyat berhimpun melalui blog awak untuk mengadakan perhimpunan 100,000
rakyat di kediaman rasmi MB Perak. Anwar Ibrahim sejak keluar penjara, negara Malaysia tidak begitu aman dengan demontrasi. NGOs dan rakyat yang mahukan keamanan juga perlu mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan persekutuan. Dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, semua rakyat perlu bersatu dengan kerajaan membantu mengatasi masalah ekonomi negara. Keadaan negara yang banyak dengan masalah politik, demontrasi di sana-sini boleh memburukkan lagi kelembapan ekonomi negara. Mungkin inilah yang pembangkang mahu? Mungkin boleh mereka menumbangkan kerajaan yang memerintah kerana didakwa tidak mampu mengatasi masalah ekonomi negara. Walau bagaimanapun kita merayu kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak sendiri supaya bertenang dan tidak terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.
penyokong pembangkang akan jadi 10 kali kurang ajar. Awak jadi gila talak! Bukan semua pemimpin Melayu dan Islam seperti awak yang macam tak siuman. Perangai buruk awak selaku pemimpin PAS telah merosakkan imej Islam. Awak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap huru-hara yang berlaku di Perak. Awak gagal menjadi MB di Perak. Awak telah melakukan banyak kesilapan maka Allah swt memendekkan usia awak hanya 11 bulan sebagai MB. Terimalah apa yang berlaku sebagai qada dan qadar dari Allah swt. Awak pandai berceramah, bijak berhujah, berbicara, berkata-kata, berkuliah tapi awak tak lakukan ibarat kata 'cakap tak serupa bikin'. Kini Allah swt telah menghukum awak di atas kesilapan awak sendiri. K
edua-dua ahli PKR dan DAP menjadi ahli bebas bukan kerana UMNO dan BN tetapi kesilapan pihak awak sendiri selaku MB dan Ketua kerajaan negeri Perak. Bukan awak tak tahu, bagaimana telitinya DYMM Sultan Perak membuat keputusan. DYMM Sultan Perak bukan insan seperti awak. DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara, bukan awak tak tahu, semua rakyat tahu. Tapi tindakan awak nak saman Sultan Perak seolah-olah awak yang betul. Sama juga tindakan awak sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pemberian tanah kepada penduduk-penduduk kampung baru pajakan selama 999 tahun, juga betul?. Tindakan kerajaan negeri membeli kereta Camry 2.4 menggantikan kereta nasional, tindakan yang betul? Awak dititah oleh Sultan Perak untuk meletak jawatan tapi awak berdegil dan mohon untuk menderhaka kepada Sultan Perak, juga perbuatan awak ini masih betul? Rakyat majoriti berbangsa Melayu dan Islam mulai benci dengan sikap awak dan pemimpin PR terutama DSAI dan Karpal Singh yang boleh dianggapkan kurang ajar! Pandai awak berdalih (menipu rakyat!), demontrasi dan rusuhan yang berlaku semasa majlis angkat sumpah MB yang baru awak kata
kebangkitan rakyat Perak dan tiada kaitan dengan tindakan awak! Pemimpin-pemimpin besar kepala seperti Anwar Ibrahim, Hj. Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tak tahu rasa malu! Seluruh rakyat Perak rasa cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Perbuatan merusuh di hadapan jalan masuk ke Istana Iskandariah dilakukan oleh orang luar. Perbuatan demontrasi jalanan itu berlaku kerana ada dalangnya. Jika tidak berpuas hati, silalah ke mahkamah kerana barisan peguam terkenal bersama dengan anda. Tapi bukan dengan cara mengadakan perhimpunan haram. Jangan mengapi-apikan perasaan rakyat. Apakah cara berdemontrasi itu dikatakan demokratik? Rakyat bangun merusuh dan merosakkan harta awam dikatakan demokratik? Awak telah gagal pada 16 Sept. 2008 menumbangkan kerajaan persekutuan secara 'lompat parti' tapi awak tak boleh terima kenyataan bila kes kerajaan PR tumbang di Perak dengan kaedah yang sama. Wahai Anwar Ibrahim, bapa demontrasi negara, awak telah menyeru rakyat berhimpun melalui blog awak untuk mengadakan perhimpunan 100,000
Subscribe to:
Posts (Atom)