Friday, April 25, 2008

DSAI Bakal PM Malaysia Tidak Lama Lagi

Keghairahan DSAI nak jadi PM telah mendapat liputan meluas dalam pelbagai media, akhbar dan laman blog. Wan Azizah turut menyatakan kesediaannya untuk jadi PM. Memang cukup hebat pemimpin-pemimpin PKR. Ketokohan terbilang menjuarai pelbagai kaum melalui PKR. DSAI telah menjelajah ke Sabah dan Sarawak untuk mempromosikan hasrat dan janji jika beliau jadi PM. Beliau nampak berkeyakinan bahawa Pak Lah akan jadi Ketua Pembangkang tidak lama lagi.
Apakah usaha DSAI ini boleh dianggap baik dan wajar bagi mereka yang mendokong demokrasi? Peringkat awalnya Tok Guru Nik Aziz pernah menegur bahawa wakil rakyat tidak bermaruah jika lompat parti. Pemimpin PAS mempercayai bahawa kerja buruk ini tidak dilakukan oleh pembangkang. Ini hanya kerja pemimpin BN.
DAP menyepi ketika ini. Dato Lim Guan Eng sibuk memerintah negeri. Dato' Lee Kah Choon berjaya dipancingnya. Keluarlah Dato Lee dari Gerakan. Karpal Singh sibuk dengan tugas firma guamannya. Peguam terkenal dan disegani, rakyat tak kisah walaupun tak dapat turun ke padang kerana beliau berkerusi roda. Karpal Singh sangat melenting jika PAS bercakap pasal negara Islam dan hukum hudud.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) sahaja yang menyuarakan bantahan terhadap usaha tidak demokratik DSAI. Pakatan Rakyat sebenarnya berpakat dan bersetuju dengan tindakan tidak demokratik dan tidak bermaruah pemimpin de facto pembangkang, DSAI!

2 comments:

Busu said...

Perbuatan DSAI memang tidak demokratik. Tidak gentlement kata orang putih. Tak berjaya melalui PRU12. Dia cuba cara kotor. DSAI memang suka buat perkara yang rakyat tak berkenan. Rakyat mulai nampak agenda politik peribadi telah menguasai diri DSAI. Dia gila nak jadi PM. Dia sudah tak yakin bahawa PRU13 nanti Pakatan Rakyat dapat meneruskan kemenangan dan mencipta kejayaan lebih besar. Dia mulai meninggal dasar PR yang telah sama persetujui. Tindakan dia membelakangi prinsip rakan-rakan dari DAP dan PAS. PR akan musnah akhirnya!

Anonymous said...

lingkop negara malaysia satu hari nati. Habis DSAI jual pada barat. Tali barut barat tak sesuai jadi PM.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"