Friday, April 25, 2008

Keputusan PRU12 Parlimen Balik Pulau Bercelaru!!

Hari penamaan calon Parlimen Balik Pulau telah menampilkan muka baru dan lama sebagai calon BN dan pembangkang. Semua calon yang bertanding baik di sebelah BN mahu pun pembangkang adalah calon-calon Melayu belaka. Calon-calon PKR menentang calon BN di Parlimen Balik Pulau, DUN Pulau Betong dan Telok Bahang. Calon tunggal PAS seorang guru bersara menentang calon BN di DUN Bayan Lepas.
Keputusan PRU12 telah memberi kemenangan kepada semua calon BN di peringkat DUN tetapi dengan majoriti yang merosot. Sebaliknya calon BN di Parlimen Balik Pulau ditewaskan oleh calon muda PKR. Rakyat telah memberi mandat kepada parti-parti yang bertanding. Rakyat telah membuat keputusan sama ada dirancang atau secara kebetulan iaitu wakil rakyat yang dipilih baik dari BN ataupun pembangkang sebenarnya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Parlimen.
Sudah pasti rakyat di Balik Pulau menghadapi dilema kerana membuat keputusan yang bercelaru. Wakil rakyat BN di DUN Bayan Lepas, DUN Pulau Betong dan DUN Pulau Betong adalah sebagai wakil rakyat pembangkang dalam pentadbiran kerajaan baru DAP dan PKR (Pakatan Rakyat). Sudah pastilah kerajaan baru ini tidak akan menurunkan peruntukan kepada rakyat di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh wakil rakyat pembangkang. Begitu juga situasi di Parlimen Balik Pulau. Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR menjadi pembangkang di peringkat kerajaan persekutuan. Sudah pastilah kerajaan persekutuan tidak akan menurunkan peruntukan kerajaan persekutuan melalui ahli parlimen dari PKR. Salah siapa? Rakyat telah membuat keputusan melalui PRU12.
Walaubagaimana pun saya yakin kerajaan persekutuan tetap akan menurunkan peruntukan walaupun Pulau Pinang telah dikuasai kerajaan baru Pakatan Rakyat. Dan saya masih menaruh harapan yang tinggi sebagai rakyat Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sudah tentu kerajaan baru ini lebih berjiwa rakyat, membela nasib semua rakyat, menunaikan janji-janji kepada rakyat, tidak menyusahkan rakyat, memenuhi semua permintaan rakyat dan memahami masalah rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Nak tau ka kami kontraktor Melayu Pulau Pinang mula mengeluh. Tak ada kerja cuma harap projek dari kerajaan persekutuan. Kalau ada pun sekarang ini adalah kerja-kerja yang belum siap dari kerajaan BN dulu. Kerajaan baru negeri PP banyak bercakap dan mencari kesilapan kerajaan dulu. Banyak tunjuk baik, telus, bertimbang rasa...tapi apa pun tarak.

Pemerhati PR said...

Lim Guan Eng dah pening. Tak sangka dapat memerintah negeri. Rakyat PP pun nak kata apa lagi. Nasi dah jadi bubur. Melayu PAS dan PKR dapat rasa semangkuk. Melayu tetap rugi. Tapi kalau Melayu UMNO memerintah pun kenyang kat depa saja nooo! Biar Cina memerintah puas hati. Melayu selalu rugi kerana sikap Melayu. Cina PP tak kisah siapa yang jadi KM asalkan sama warna kulit dan bahasa...tunggu dan lihat mana janji-janji pilihanraya dulu DAP dan PKR setelah memerintah PP jangan pandai berdalih!!!!!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"