Tuesday, April 29, 2008

Kukuhkan Perpaduan Melayu Balik Pulau

Bangsa Melayu telah hilang kuasa politiknya di Pulau Pinang melalui PRU 12 yang baru berlalu. Sedih dan pilu tiada wakil Melayu yang kuat dalam kerajaan negeri yang baru. Kuasa politik orang Melayu di Pulau Pinang semakin hampir lenyap. Akan lenyap jika orang Melayu masih terus bertelagah sesama sendiri. Melalui kerajaan baru DAP dan PKR, exco Melayu telah merosot 100%. Semasa kerajaan BN, sebanyak 4 exco Melayu dan 6 exco Cina dan satu India. Semasa pentadbiran kerajaan baru Pakatan Rakyat, exco Cina telah bertambah 2 menjadi 8 exco manakala Melayu dari 4 kepada 2 exco sahaja. Bukan isu perkauman nak dibincangkan di sini tetapi cuma sebagai satu peringatan kesedaran kepada bangsa Melayu sendiri. Melayu saling tuduh menuduh di antara satu sama lain. Pelbagai strategi dan helah dilakukan untuk memenangi hati pengundi. Tuduhan dan penghinaan kadang-kadang terkeluar dari batasan hukum agama. Yang pernah berjasa, dinafikan malahan kecaman dilemparkan. Matlamat menghalalkan cara? Melayu kafir, zalim dan pelbagai lagi kecaman terdengar di sepanjang kempen pilihanraya yang lalu. Akhirnya Melayu berpecah dan bersengketa sesama sendiri. Bersatulah Melayu di bawah UMNO jika wadah perjuangan UMNO masih relevan dengan bangsa Melayu. Belajarlah dari kebijaksanaan rakan kita berpolitik. Bersatu mereka demi bangsa, bahasa dan negara. Melayu tidak sepatutnya layu dan terus kaku jika agama Islam dijadikan pedoman dan panduan hidup.

1 comment:

Anonymous said...

Industri Ternakan Burung Layang-layang(Walet/walit). GEM dalam usaha untuk melibatkan orang melayu dalam industri yang 95% orang bukan melayu terlibat. ini satu industri yg orang melayu perlu tahu dan harus ambil perhatian.kebanyakannya hanya golongan VIP sahaja.sekarang GEM mewujudkan PAKEJ-PAKEJ yang melibatkan modal yang rendah bagi mengalakkan orang melayu terlibat dalam industri ini. www.goldenswiftlet.blogspot.com

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"