Keputusan Majlis Syura Ulama PAS
"Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 23 April, 2008 mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia."
Kami orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak faham dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 23 April 2008 yang lalu. Apakah keputusan PAS menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dizahirkan oleh Presiden PAS sendiri itu tidak menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia? Bukankah TG Hj Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS dan Ustaz Nasharuddin itu adalah Timbalan Presiden PAS? Kenapa cadangan mereka ditolak oleh TG Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS juga akhirnya bersetuju dengan Nik Aziz. Apakah Majlis Syura Ulama PAS takut kepada TG Nik Aziz?
Dan apakah pula dengan menolak kerjasama dengan UMNO dan sebaliknya bersama dengan DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS yakin boleh menyatupadukan umat Islam? Jawab cukup mudah bang ooiii! Tak mungkin tak tahu jika 1+1 sama dengan apa?
Didapati,
UMNO = 98% Melayu + 2% B/putra + 98% Islam
PKR = 40% Melayu + 30% Cina + 30% India
DAP = 98% Cina + 2% India
PAS = 98% Melayu + Islam + 2% Bukan Melayu
Oleh itu,
UMNO = Majoriti 98% Melayu = Islam
PKR = Majoriti 60% Bukan Melayu
DAP = Majoriti 98% Cina
PAS = Majoriti 98% Melayu/100% Islam
Kesimpulannya;
PAS bersama UMNO = Melayu dan Islam akan bertambah kuat
PAS bersama DAP dan PKR = Melayu dan Islam akan bertambah lemah
Kami orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak faham dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 23 April 2008 yang lalu. Apakah keputusan PAS menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dizahirkan oleh Presiden PAS sendiri itu tidak menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia? Bukankah TG Hj Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS dan Ustaz Nasharuddin itu adalah Timbalan Presiden PAS? Kenapa cadangan mereka ditolak oleh TG Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS juga akhirnya bersetuju dengan Nik Aziz. Apakah Majlis Syura Ulama PAS takut kepada TG Nik Aziz?
Dan apakah pula dengan menolak kerjasama dengan UMNO dan sebaliknya bersama dengan DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS yakin boleh menyatupadukan umat Islam? Jawab cukup mudah bang ooiii! Tak mungkin tak tahu jika 1+1 sama dengan apa?
Didapati,
UMNO = 98% Melayu + 2% B/putra + 98% Islam
PKR = 40% Melayu + 30% Cina + 30% India
DAP = 98% Cina + 2% India
PAS = 98% Melayu + Islam + 2% Bukan Melayu
Oleh itu,
UMNO = Majoriti 98% Melayu = Islam
PKR = Majoriti 60% Bukan Melayu
DAP = Majoriti 98% Cina
PAS = Majoriti 98% Melayu/100% Islam
Kesimpulannya;
PAS bersama UMNO = Melayu dan Islam akan bertambah kuat
PAS bersama DAP dan PKR = Melayu dan Islam akan bertambah lemah
4 comments:
PERPADUAN HENDAKLAH DI USAHA KAN DENGAN BERSUNGGUH2 MULAI SKRG DGN APA CARA SEKALI PUN....DARI PERKARA KECIL HINGGALAH KEPADA PERKARA BESAR....WALAUPUN UMNO SEDANG MEMPUNYAI KUASA SKRG,JGN LAH DISIA2KAN DGN RASA EGO DAN SOMBONG....TIADA APA2 FAEDAH SELAIN DARI ANCAMAN KPD KUASA ITU SENDIRI DIMASA HADAPAN......
Salam kepada tuan rumah dan semua yang beriman.
Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!
Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah liberal yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.
Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.
PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI. Begitu juga UMNO yang memperjuangkan Melayu Islam. Melayu lebih penting atau Islam lebih penting?
Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.
Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100% dan Perjuangan Melayu Islam diperjuangkan UMNO 100%, berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.
Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.
Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.
Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
insya Allah.
Salam kpd sdr Zaidi,
Saya amat tertarik dgn pandangan sdr tetapi saya ingin ketahui dpd sdr apakah syiar Islam tiada berlaku di bawah pemerintahan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO selama ini dan apakah 'tuduhan' TGNA bhw UMNO itu sama spt Ajaran sesat Ayah Pin, Komunis adalah benar. TK.
Salam sdr Busu.
Izinkan saya jawab sedikit sebanyak.
UMNO:
UMNO melalui kerajaan BN memang banyak menyumbang kepada syiar Islam di Malaysia, tetapi secara aplikasinya masih terikut-ikut dengan "acuan British yang menggubah HUKUM TUHAN YANG SATU BERASASKAN AL-QURAN" kepada sekularisasi dan liberalisasi. Sekiranya saudara kaji balik sejarah pembentukan Mahkamah Syariah di Tanah Melayu, saudara akan terjumpa siapa Mat Saleh yang mengarah itu mengarah ini. Sepatutnya acuan-acuan kafir British tersebut telah dibuang jauh ke Laut Cina Selatan semasa kita mencapai kemerdekaan.
Parti UMNO tidak bersalah, siapa yang menerajui parti yang bersalah (amat bersalah kepada Allah SWT) dan kita sebagai rakyat biasa atau pemimpin bawahan UMNO atau orang Melayu atau orang Islam wajib menegur kepemimpinan tertinggi UMNO bahawa HUKUM TUHAN tiada alternatif. Riba tetap riba dan wajib haramkan unsur penyumbang riba. Zina tetap zina dan wajib jalankan hukuman berlandaskan al-Quran.
Perintah Tuhan bermaksud,
"Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: Bersenang-senanglah kamu, karena sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka".(QS Ibrahim 14:30)
"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Dia berfirman: "Panggillah olehmu sekalian sekutu-sekutu-Ku yang kamu katakan itu". Mereka lalu memanggilnya tetapi sekutu-sekutu itu tidak membalas seruan mereka dan Kami adakan untuk mereka tempat kebinasaan (neraka)." (QS. al-Kahfi 18:52)
dan Tuhan akan bertanya di Padang Mahsyar kelak,
"Dan (ingatlah) hari (di waktu) Allah menyeru mereka seraya berkata: "Dimanakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu katakan?" (QS. al-Qashash 28:62)
Saya pun tidak pasti samada kita yang di bawah ini juga akan terima bahana dengan pemimpin tertinggi UMNO bila disoal soalan di atas kerana memperolokkan hukum Tuhan.
Di akhirat kelak bila disoal seperti soalan di atas siapa nak jawab? Queen of England? Sir Tan Cheng Lock? Sir Sultan Abdul Hamid? Sir TAR Putra? TA Razak? Tun Hussein? Tun Lah? Tun Det? DS Najib? Tok Guru? Semuanya geleng kepala, seraya berkata "hang jawab la sendiri, dulu ada otak tak mau pakai!"
Cuba saudara fikir mufti-mufti dan ulamak yang tak tahu menahu berpolitik nak jawab apa? Ketua agama dan sultan kenalah jawab lebih sebab dah jadi tanggungjawab dia!
PAS:
PAS di bawah Nik Aziz dah semakin sesat dari jalan lurus. Cakap tak serupa bikin! Pengaruh dajjal sekular dah menular masuk tetapi PAS masih alpa...Tuan Guru pun semakin nyanyok! Siapa kata orang nyanyok Tuhan tak tanya?
Jihad tak semestinya dengan pedang, dengan lidah pun boleh, dengan hati pun boleh. Sama-sama lah kita menegur DSN. Kiamat dah semakin hampir...ajal pula tak tahu bila.
Tuduhan Nik Aziz tu dipengaruhi iblis (bapa syaitan). Hanya orang jahiliyyah sahaja yang akan tegur membabi buta sebegitu! Sepatutnya tuduhan seorang ketua (Nik Aziz) ditujukan kepada seorang ketua (Najib) dan bukannya cakap ikut kata iblis maki hamun seluruh parti UMNO.
Sekian saya menjawab kemusykilan saudara Busu.
~dari hamba Allah yang serba dhoif.
Post a Comment