Sunday, September 26, 2010

Sumber judi: Kenapa wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam diam?

Surat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada  Pengurus Besar dan Setiausaha Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bertarikh  9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Faridah Hani M.Yacob mengesahkan bahawa Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang suka membohongi rakyat.
Wang dari sumber haram telah digunakan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS untuk membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Kenapa pemimpin-pemimpin PKR dan PAS dalam kerajaan negeri berdiam diri? Sila beri penjelasan kepada rakyat, kenapa anda membiarkan orang-orang Islam di Pulau Pinang menerima bantuan dari sumber haram? Apakah anda lebih takut kepada Guan Eng daripada Allah swt? YB Malik tidak melatah kali ini, jika tidak YB Malik yang paling cepat mempertahankan tindakan Guan Eng. Sebenarnya aktiviti ekonomi dan perniagaan haram di Pulau Pinang sudah bermaharaja lela. Pusat-pusat karaoke, pusat siber dan pusat urut tumbuh seperti cendawan di Pulau Pinang. Judi-judi haram berleluasa hingga di kawasan-kawasan perumahan yang didiami majoriti penduduk Islam. Pusat-pusat siber haram telah menganjurkan permainan judi tanpa dapat dikesani oleh pihak berkuasa tempatan. Apakah negeri Pulau Pinang akan menjadi salah sebuah negeri di Malaysia yang akan mencontohi model ekonomi Singapura? Rakyat sedang menunggu penjelasan dari pemimpin-pemimpin PKR dan PAS Pulau Pinang.

6 comments:

Anonymous said...

kami sokong lim guan eng..kita olang mahu jadi kaya ..lu olang apasal sakit hati...x suka p duduk johor laa..kasi sama cina ini nageri ..kita boleh kasi maju..itu pulau jerejak kita buat kasino besar maaa...manyak duit dapat maaa...

anti hipokrit said...

lu melayu belagak cina kahh kahh kahhh atao betul2 cina? jika lu itu betol2 cina, lu boleh balik itu hong kong la..

Anonymous said...

apa la...PAS hanya bantah JUDI BOLA je..itu pun tak tau ka..

tungkaran hati said...

pemimpin-pemimpin PKR dan PAS Pulau Pinang sudah jadi DAYUS!
tak percaya tanya sama itu YB Nick Aziz Nick Mad.....!

Anonymous said...

Salam mereka diam kerana duit judi tu halal sebab geng mereka yang buat.kalau kerajaan yang buat haram jadinya

anti hipokrit said...

Itulah parti ajaran sesat kata sesetangah orng, saya tak kata begitu tapi org yg kata, betul tak?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"