Saturday, April 26, 2008

Kurangkan Berceramah, Laksanakan Amanah Rakyat

Saya dah dengar cakap-cakap politik di kalangan penyokong-penyokong PAS dan PKR mengenai rasa tak puas hati mereka kepada kepimpinan parti dan kerajaan yang diperintah. Masalah dalaman parti baik PAS mahu pun PKR usah diperkatakan lagi. Dan bukan masa untuk meneruskan ceramah-ceramah di sana sini. Ingatlah PKR dan PAS bukan lagi parti-parti pembangkang di negeri-negeri yang diperintah. Bertindak dan berbicaralah secara profesional. Hal pentadbiran negeri jika susah macam mana pun bukanlah tempatnya di surau/masjid, dewan dan padang meluahkan penyelewengan kerajaan terdahulu. Ingatlah rakyat telah memberi kepercayaan kepada PKR dan PAS bersama DAP untuk memerintah negeri. Jika ada penyelewengan dalam pentadbiran terdahulu, bukan kepada rakyat kita mengadu. Buatlah laporan polis dan seterusnya kepada BPR untuk dijalankan siasatan. Janganlah nanti, rakyat jadi bosan. Sekarang ini pun dah bosan. Ramai dah orang bercakap. Di sana sini ceramah dan majlis kesyukuran. Sudah ada yang kata, pemimpin PKR dan PAS pandai berceramah, mentadbir tak reti. Betullah, bercakap dan mengkritik sewaktu pihak lain memerintah memang senang. Buat baik pun tidak betul. Kalau tidak betul, bertambah lagilah. Isu babi memang ketara kontroversi. PAS pernah menyindir Pak Lah sebagai Badawi di Malaysia bela babi. Bila kerajaan Selangor (PKR) bercadang nak buka ladang ternak babi RM100 juta, pemimpin utama PAS sokong pula. Beginilah pakatan rakyat yang ditonjolkan selepas beberapa minggu memerintah negeri. Bercakap dan bertindak biarlah berprinsip. Berceramah hendaklah berhemah. Rakyat sekarang tidak boleh diperbodohkan lagi. Sekarang masa rakyat serta pemimpin dan penyokong BN menilai kemampuan Pakatan Rakyat memerintah negeri. Kemampuan PR menunaikan janji pilihanraya yang lalu.

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat mesti tunaikan janji pilihanraya dulu. Janji itu mesti ditunaikan. Rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana janji-janji itu. Kami sedang menunggu janji-janji itu. Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Lim Guan Eng jangan berhelah.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"