Ingatkah anda ketika berlakunya tsunami alam pada 26 Disember 2005. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah turun memberi bantuan berterusan. Begitu prihatin pemimpin negara dan negeri malahan pemimpin setempat bersengkang mata menghulurkan bantuan. YAB Dato Seri Najib sempat melawat mangsa-mangsa tsunami bersama dengan Timbalan Ketua Menteri, YB Dato Abd. Rashid serta ADUN Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Pelbagai jenis bantuan diberikan melalui agensi-agensi kerajaan termasuklah barangan makanan, wang tunai dan ganti rugi memperbaiki enjin dan sebagainya. Itulah tugas dan tanggungjawab pemimpin kerajaan yang memerintah sentiasa menghulurkan bantuan semasa rakyat ditimpa kesusahan tanpa mengira bangsa dan latar belakang politik. Betapa hebatnya rakyat kita pada hari ini. Melalui pilihanraya umum yang lalu (PRU12), kerajaan yang memerintah telah dibalas jasa mereka dengan tsunami politik. Semua calon Gerakan dikalahkan. Hanya calon UMNO yang masih bertahan. YB Tuan Syed Amerruddin, ADUN Bayan Lepas menang dengan majoriti yang kecil. Majoriti kaum Cina di perkampungan nelayan telah memberi undi kepada calon PAS, seorang pesara guru (wanita) yang tidak pernah dikenali oleh kaum Cina. Tsunami politik melalui PRU12 amat mengejutkan semua pihak. Ada calon yang menjual air tebu mewakili PKR di Selangor telah menang dalam pilihanraya yang lalu. Calon PKR dan juga DAP amat jarang melawat kampung dan menjenguk masalah rakyat juga menang dengan majoriti yang lebih besar. Maaf, bukan nak menghina sesiapa. Ini kenyataan. Oh! Tsunami politik yang cukup hebat. Apakah hebatnya kepimpinan PKR, DAP dan PAS dalam mentadbir negara. Sama-samalah kita lihat!!!
2 comments:
Aku setujulah rakyat PP telah lupa jasa.Depa tak ingat itu semua. Kerja pemimpin PKR dan PAS menghentam pemimpin UMNO habis-habisan dalam ceramah-ceramah depa surau-surau dan di padang. Kutuk pemimpin UMNO. Semua pemimpin UMNO buat tak betul, tak Islamik, munafik, rasuah dan sebagainya. Orang Cina seperti DAP pula lebih baik dan boleh berkawan hingga tertubuhnya kerajaan PP tetapi PKR dan DAP sahaja. Kita nak tengok siapa Islamik kawan-kawan baik PAS seperti DAP dan PKR. Pemimpin PAS pun sama, pun kena tengok. Ceramah maki hamun tidak melambangkan pemimpin Islam. Manjadikan pengikut dan penyokongnya sama.
Melayu begitulah hanya padai bercakap saja. Komplen orang no.1. Suruh pegang jawatan pandai berdalih pulak ini itu..
Post a Comment