Saturday, January 10, 2009

BELI TOYOTA CAMRY, APA KATA ORANG LAIN?


Kita sangkakan Perak je yang dapat kereta baru. Rupa-rupanya Selangor pun kemaruk nak pakai Toyota Camry. Pastinya dibeli daripada ejen yang sama dengan kerajaan negeri Perak.

Lepas ni makin bergayalah para exco negeri Selangor, setanding dengan exco negeri Perak. Agaknya bila mereka bertemu nanti, pasti topik keselesaan menaiki Toyota Camry akan dibualkan. Seronok tak terhingga!!!

Jadi sebenarnya apakah menjadi kesalahan jika kerajaan Negeri Terengganu mahu menggunakan Mercedes Benz? Oh tidak! Jika kerejaan negeri yang dipimpin oleh BN mahu menggunakan kereta selain Proton Perdana, pasti disalak oleh orang-orang PR (aku tidak terlibat). Pemimpin PR dah ajar para penyokongnya (pun tak termasuk aku) untuk membantah dan tohmah pemimpin-pemimpin BN yang berbelanja lebih, tapi diam bila pemimpin PR kumpul kekayaan dan boroskan duit negeri.

Kepala otak para penyokong PR (aku tak sokong PR, aku ahli PAS) perlu diperbetulkan. Hantar bengkel untuk overhaul. Mungkin jelaga atau karbon monoksida dah penuh dalam otak kosong tu.

Bermula dari sekarang, bersedialah mendengar berita kerajaan negeri lain mahu menukar kereta rasmi kepada kereta import. Lebih selesa dan bergaya. Apa yang mereka tahu, mereka mahukan keselesaan. Kalau tak selesa, tak boleh buat kerja. "Peduli apa dengan kebajikan rakyat," kata para pemimpin PR yang lupa daratan.


SUMBER: http://pasmuda.blogspot.com/2009/01/selangor-pun-dapat-camry-juga.html
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"