Friday, January 9, 2009

PERHIMPUNAN BANTAHAN KEKEJAMAN ISRAEL DI PERKARANGAN MASJID KAPITAN KELING





Pada hari ini, 9 Januari 2009 kira-kira 1,000 orang telah menyertai perhimpunan membantah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin yang tidak berdosa di perkarangan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang. Sebelum itu, mimbar di Masjid Kapitan Keling turut menyampaikan khutbah yang mengutuk serangan Israel ke atas Palestin yang tidak berdosa dan menyeru umat Islam di Malaysia tanpa mengira ideologi politik, negeri dan daerah supaya bersatu padu. Risalah-risalah kempen memboikot barangan Amerika seperti KFC, Johnson & Johnson, Coca Cola, Carefore dan sebagainya telah diedarkan kepada orang ramai yang hadir.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"