Saturday, January 3, 2009

LEBIH CEPAT MEMANSUHKAN PPSMI LEBIH BAIK

Jika BN dan UMNO mahu memulihkan sokongan rakyat, tindakan meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah satu tindakan yang kurang bijak. Menteri Pelajaran mesti sedar dan memahami kehendak rakyat walaupun kehendaknya tidak begitu. Apatah lagi tindakan meneruskan PPSMI mengikut GAPENA bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Banyak alasan yang boleh rakyat terima kenapa PPSMI perlu dihentikan? Dan mengapa pula kerajaan sampai kini masih cuba mempertahankan isu ini? Tindakan perhimpunan secara besar-besaran seperti BERSIH akan berjaya kerana kebanyakan ahli UMNO dan penyokong UMNO akan turut bersetuju bahawa PPSMI dimansuhkan demi meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lebih cepat keputusan memansuhkan PPSMI lebih baik untuk negara terutama BN dan UMNO.

2 comments:

Che Moq™ said...

salam, saya s/u bpn. saya telah pun memasukkan nama link blog anda di laman senarai blog rasmi blogger pembela negara. Salam perjuangan demi bangsa agama dan negara. satu suara, satu arah, satu akidah. mohon letakkan logo bpn di blog anda demi sokongan. jemput datang ke sidang perbincangan di chatroll bpn (terdapat di laman utama@ahli2) atau add email ydp blog panglima perang cyber.

Pak Tam said...

Terima kasih saya masukkan logo BPN di blog saya.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"