SAYA tidak bermaksud untuk mencari masalah atau mendedahkan kekurangan mana-mana pihak. Sebagai anak Melayu Pulau Pinang, saya ingin bertanya bagaimana nasib kami jika kami dijemput untuk menghadiri temuduga, tetapi kami ditanya adakah mampu bertutur dalam bahasa Mandarin? Atau sebarang bahasa Cina yang lain? Adakah pasaran kerja sekarang mewajibkan anak Melayu mesti tahu bertutur dan menulis bahasa Cina? Bukankah bahasa yang diwajibkan hanya bahasa Melayu dan Inggeris sahaja?
Ini senario yang terjadi kepada kami anak Melayu di Pulau Pinang. Jika ingin memohon kerja, kami diwajibkan tahu bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, sedangkan di dalam iklan kerja dinyatakan 'Bumiputera Digalakkan Memohon'. Adakah slogan ini hanya satu ayat untuk mengaburi mata mana-mana pihak? Atau sekadar menyedapkan hati anak Melayu?
Saya sendiri berulang kali menghadapi masalah ini. Jika saya memohon pekerjaan, saya akan ditanya adakah saya mahir menulis dan bertutur dalam bahasa Cina? Jika tiada kriteria ini, serta-merta permohonan kerja akan ditolak tanpa mengambil kira kebolehan saya. Jika ditanya apakah perlu pertuturan di dalam bahasa Cina, jawapan mereka, Ya. Kononnya banyak syarikat yang mempunyai pelanggan atau berurusan dengan syarikat-syarikat yang mengutamakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara. Bukankah bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama di dalam bidang pekerjaan selepas bahasa Melayu?
Kenapa bahasa Cina harus diberikan keutamaan? Sedangkan rata-rata kami adalah anak Melayu yang bersekolah dan dibesarkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar? Rata-rata anak Melayu di Pulau Pinang ini saya percaya mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak mempunyai pekerjaan hanya kerana tidak tahu menulis dan bertutur dalam bahasa Cina.
Saya ingin berkongsi pengalaman. Saya pernah menghubungi beberapa syarikat untuk memohon pekerjaan. Di dalam iklan dinyatakan 'Bumiputera Digalakkan Memohon'. Tetapi apabila saya memberitahu saya dari kaum Melayu, orang yang bertanya itu akan berkata jawatan ini hanya terbuka untuk kaum Cina sahaja. Apakah anak Melayu tidak dibenarkan bekerja? Atau syarikat di Pulau Pinang ini hanya mengutamakan kaum Cina sahaja?
Majoriti pengurusan tertinggi sesebuah kilang serta syarikat dimonopoli oleh kaum Cina di Pulau Pinang. Anak Melayu pula hanya bekerja sebagai orang bawahan.
Walaupun ada di antara anak melayu tersebut mempunyai kelulusan tinggi dan setaraf dengan kaum Cina tetapi tidak diberikan peluang hanya kerana tiada kemahiran bahasa Cina. Jika diberikan peluang sekalipun, adakalanya gaji dan layanan yang diberikan tidak sama seperti pekerja lain, terutama kaum Cina.
Pernah terjadi, saya bekerja di dalam sebuah syarikat di Pulau Pinang, bahasa yang dibenarkan untuk bertutur di dalam pejabat saya hanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tetapi bahasa pengantara yang wajib dan harus diutamakan adalah bahasa Cina. Adakah ini wajar?
Adakah kami terpaksa akur dengan keadaan ini? Sampai bila kami ditindas di tanah air sendiri? Bagaimana nasib kami sebagai anak Melayu? Adakah kami seharusnya mengikuti kelas bahasa Cina pula untuk melayakkan kami mendapat pekerjaan? Apakah tindakan pihak berwajib untuk membela kami?

ANAK MELAYU DITINDAS
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Sumber: Forum: Utusan Malaysia 27 Januari 2009
2 comments:
DAH LAMA PEKARA NI BERLAKU...
NAMUN TIADA TINDAKAN YANG TEGAS TERHADAP ISU INI.
BIARLAH MELAYU DITINDAS...
KERANA PAS INGIN LIHAT MELAYU DITINDAS...
ANWAR INGINKAN PUNGGUNG MELAYU DI PANGKAH..
UMNO SEKARANG PULA HANYA BERDIAM...
BANGKITLAH MELAYU!!!!
KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html
Bagaimana Melayu nak maju wahai GOMO? Bila timbul isu begini, dengan mudah terus menuduh musuh anda itu ini, begitu begini. Mengapa tak ambil ia sebagai CABARAN buat orang Melayu agar membuktikan bahawa kita boleh hidup tanpa mereka.
Syarikat dan perniagaan milik mereka. Mereka dah tentu nak utamakan bangsa mereka sendiri. Harus diingat, perkara ini bukan berlaku di Penang sahaja. Boleh dikatakan hampir setiap negeri yang mempunyai kompeni cina mengenakan syarat yang sama. Harus diingat juga wahai GOMO, kini era pentadbiran Pak Lah dan BN, bukan PR yang nak dituduh2 tu.
Apa yang diharapkan ialah, MELAYU kena belajar sesuatu, kena bangkit dan kena sedar bahawa Melayu tiada KUASA yang sebenar kerana EKONOMI bukan Melayu yang pegang. Siapa yang ternak cina dan mudah memberikan kekayaan pada cina? Tanya pemimpin (pak menteri) yang kaki rasuah, ada duit semua jalan.
Apa tindakan kita? Bersatulah, sokong produk buatan orang Islam. Mana bloggers yang pro Melayu, mana sumbangan anda untuk memartabatkan ekonomi orang Islam. Buatlah sesuatu yang ada makna, bila Israel serang Palestin, semua bangkit membela. Tak salah, tetapi, mana perjuangan untuk membantu orang melayu yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana? Kalau geng BPN betul2 nak memartabatkan Melayu, mulakan dengan EKONOMI. Bukan memaki hamun dan menabur fitnah sana sini. Yang dapat nanti, Melayu bertambah parah dan bergaduh sesama sendiri. Ekonomi jangan cerita la.
Post a Comment