Tujuan saya memberi pandangan ini supaya kita saling menasihati kepada kebenaran. Supaya kebenaran tertegak dan yang palsu lenyap. Saya tidak bermaksud menghina dan jauh sekali mencari musuh. Kiranya hujah saya ini diragui dan tidak kuat, saya pohon hujah balas yang lebih mantap, supaya kita dapat melihat kebenaran. Janganlah dihadapi pandangan saya ini dengan permusuhan melulu oleh sentimen fanatik kepada puak. Ilmu mesti dihadapi dengan ilmu. Jangan ilmu dihadapi dengan penghinaan, kemarahan dan dendam. Pemburu kebenaran tidak takut pada kebenaran. Walaupun dia terpukul dengan kebenaran itu.
Sebab kebenaran tidak memecahkan akal dan hati insan. Kecuali yang tidak mahu menerima kebenaran lagi.
Sekarang saya akan senaraikan alasan mengapa saya katakan politik Barat bercanggah dengan Islam. Mengikutinya, ertinya tidak mengikut syariat Islam. Moga-moga Allah restu dan izinkan.
Supaya kebenaran itu dapat dibuktikan benar dan dapat diikuti. Manakala kepalsuan atau kebatilan dengan sendirinya akan hilang, setidak-tidaknya ada tandingan untuk pilihan. Bagi orang yang hendakkan kebenaran maka sudah ada suri teladan.
(Saya pemah menyertai parti politik PAS selama 10 tahun, maka apa yang saya tulis ini bukan satu serkap jarang atau teropong dari jauh).Oleh kerana mempunyai matlamat untuk menang pilihan raya, agar dapat memerintah negara, supaya dari sana baru hendak ditegakkan hukum Islam di semua aspeknya, maka tumpuan kepada mendidik iman dan perlaksanaan Islam di dalam parti kurang diambil berat. Bukan tidak ada tetapi tidak diberi keutamaan.
Kadang-kadang kuliah fardhu ain pun jadi landasan untuk kempen mengundi dan menyerang lawan. Apalagi kalau memang kuliah politik. Mendengar syarahan-syarahan bentuk ini kurang membangkitkan rasa takut pada Allah.
Kadang-kadang sibuk di dalam politik pilihan raya itu, sembahyang diabaikan, padahal ia ibadah yang pokok dalam Islam. Kalau sembahyang sudah diabaikan, syariat-syariat Islam yang lain lebih-lebih lagi dicuaikan. Bahkan masih rasa senang dengan dosa dan redha dengan adat -adat yang bertentangan dengan Islam.

Terhadap individu atau kumpulan yang TIDAK SEPERJUANGAN atau lain gaya perjuangan, dituduh dan mudah dijatuhkan hukuman fasik, zalim, kafir, murtad dan lain-lain. Hukuman semberono dan melulu ini dibuat menggunakan ayat Al Quran dan Hadis tanpa takut dan malu dengan Allah. Hal ini berlaku sejak badan politik yang ingin memperjuangkan Islam melalui pilihan raya ini ditubuhkan. Ia terjadi dimana-mana di dunia ini. Hukuman atau menghukum jadi seperti mainan bibir untuk tujuan menghina dan memalukan orang Islam lain serta menarik orang kepada parti sendiri. Penuh bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya amat menderita bilamana terpaksa menjatuhkan hukuman. Takut kalau-kalau tersilap hingga hukuman itu kembali menimpa muka sendiri dan Allah akan tempelak di Akhirat nanti.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a., kalau dirasakan cakapnya sudah menyakiti hati orang Islam, lantas dia minta qisas atau mengadu pada Rasulullah SAW supaya dia segera dihukum. Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum-hukum Allah; sangat takut dengan Allah.
Kerana itu, mereka berhati-hati dalam menghukum.Sikap mudah menuduh-nuduh dan menghina-hina dengan tidak menggunakan hujah yang benar dan terhormat, akan membuatkan orang benci dan lari dari kita. Hingga terjadilah perpecahan yang dahsyat hasil perjuangan kita itu.
Dalam sebuah masjid, ada dua imam yang mengimami sembahyang dalam satu masa. Pernah terjadi di Terengganu, dua ceramah dengan dua mikrofon dalam satu masjid.
Walhal perjuangan Islam bermaksud meramaikan dan menyatupadukan ahli jemaah di bawah satu imam dalam satu masjid. Tapi politik Barat ala pilihan raya mengecil, menyempit dan memecah-belahkan umat Islam dalam masjid. Juga membuatkan orang Islam tidak makan sembelihan orang Islam lain. Dan nikah kahwin sesama Islam dianggap tidak sah kerana berlainan pandangan politik.
Inikah kebenaran? Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berpecah. Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berkrisis. Kalau begitu, apa bukti Islam yang diperjuangkan itu agama selamat, membawa keamanan sejagat dan keharmonian masyarakat?Politik pilihan raya tidak akan dapat menyelesaikan kemelut ini. Ia hanya akan menambahkan masalah. Bahkan ia adalah punca masalah ini. Harapan sekarang hanya tertumpu kepada politik Islam yang penuh kasih sayang.

Penulis: Abu Nizam
No comments:
Post a Comment