Saturday, August 29, 2009

APAKAH MAKNA KEMENANGAN CALON PAS DI PRK PTG.PASIR?

Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.

1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.

2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.

3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.

Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh".

4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.

Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.

5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.

6) Taksub.

Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.


7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.

Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.


Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah.

UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO.


Apakah PAS teras dalam PR ?


Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada Sekolah Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.

Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.


[SEK_23_SA.jpg]

Gambar Blog Mysrimuara


Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.


Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.



sumber : blog Azli Shukri ( http://azlishukri.blogspot.com )

Sunday, August 23, 2009

KEMPEN PAS MENCEMARKAN BULAN RAMADAN!

Kempen pilihanraya adalah masa yang diberi kepada parti dan calon untuk menjelaskan dasar perjuangan parti yang bertanding kepada pengundi-pengundi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sedangkan tempoh berkempen yang diperuntukkan adalah bagi memberi peluang kepada calon dan parti mengetengahkan misi dan idea mereka bagi membantu penduduk setempat dan bukannya untuk menjatuhkan maruah atau mengaibkan sesiapa. ''Kempen fitnah, aib adalah perkara yang tak mendatangkan faedah kepada penduduk DUN ini. Pihak terlibat patut sedar isunya adalah isu membangunkan Permatang Pasir. Isu ini yang patut ketengahkan, ditumpukan. ''Isu bercorak menjatuhkan maruah adalah isu peribadi yang tidak ada kepentingan kepada pengundi di sini. Kempen yang menjurus kepada serangan individu adalah tidak sihat, buat pengundi keliru dan amat tak berhemah apatah lagi kita di bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Apakah maknanya kemenangan calon PAS kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir jika kemenangan itu kerana fitnah dan isu peribadi yang bijak dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Untuk kemenangan, pemimpin-pemimpin PAS dan parti yang didakwa memperjuangan Islam sanggup mencemarkan kemuliaan bulan Ramadan. Jika ditakdirkan calon PAS menang dalam PRK nanti, maka rakyat kawasan DUN Permatang Pasir boleh berbangga dengan parti PAS yang berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pasir. Calon PAS dan parti PAS tidak menjanjikan sebarang bentuk pembangunan dan perubahan kepada rakyat Permatang Pasir. Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun berjumpa dengan rakyat Cina tanpa menjanji apa-apa. Calon PAS tidak dijanjikan sebarang jawatan dalam kerajaan negeri. Tidak seperti Dr. Mansor Osman dari PKR yang dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Apakah pengundi-pengundi di DUN Permatang Pasir masih tidak celik dengan kekalutan dan pergolakan yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang? Dan apakah pengundi-pengundi di DUN Manek Urai di Kelantan lebih celik dalam menilai isu politik yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding? Dan mungkin juga kemenangan calon PAS disebabkan jentera pilihanraya BN tidak bergerak secara agresif dan efektif untuk menawan hati pengundi-pengundi Permatang Pasir? Pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir cuma mempunyai masa 24 jam lagi untuk memikirkan masa depan mereka. Pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir perlu memilih calon BN yang telah terbukti banyak membantu rakyat tanpa mengira warna kulit.

Wednesday, August 19, 2009

JANGAN GANGGU TOK GURU, KASIHANKAN DIA!

Sudah lumrah menjelang pilihanraya Tok Guru Nik Aziz (TGNA) akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat. Bagi orang politik amat faham, kenapa TGNA jadi begitu?Apa yang TGNA tak kata kepada UMNO, ahli UMNO dan penyokong UMNO? Baru-baru ini dia menafikan yang dia tak kata kepada ahli UMNO tapi dia kata kepada penyokong-penyokong UMNO. Memang ada beza tapi isunya apakah penyokong UMNO tak boleh masuk syurga, dan apakah pula penyokong PAS boleh masuk syurga? Dalam PRU Manek Urai pun begitu juga. TGNA dakwa UMNO seperti ajaran sesat ayah Pin, komunis dan sebagainya kerana untuk merayu supaya orang-orang Islam tidak undi calon BN dan sebaliknya mengundi calon PAS. Berbagai pihak termasuk ahli akademik dan ulama berpendapat bahawa TGNA tidak wajar bercakap begitu. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib juga tidak bersetuju dengan pandangan TGNA itu. Harun
yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. Jelasnya lagi, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir. "Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.
Sepatutnya pihak media tidak mengambil peluang menemuramah TGNA berkaitan dengan politik semasa. TGNA seorang ulama yang dihormati oleh ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan juga sahabat-sahabat dari DAP dan PKR. Pandangan TGNA yang mengelirukan itu dan menyanggahi pandangan ulama-ulama lain (termasuk ulama PAS) akan menjatuhkan imej Islam apatah lagi maruah TGNA sebagai ulama yang disegani dan dihormati. Sepatutnya TG Haji Hadi, selaku Presiden PAS adalah individu paling layak untuk mengulas tentang isu politik semasa, bukan TGNA. Kadang-kadang orang ramai dan pemerhati-pemerhati politik bertanya, siapa sebenarnya Presiden PAS sama ada TGNA atau TG Haji Hadi? Begitulah hormatnya pemimpin PAS terhadap TGNA. Tiada siapa yang berani mahu menegurnya. Jika TGNA sentiasa dibiarkan begitu, yang rugi adalah PAS dan yang salah adalah pemimpin PAS sendiri. Wallahu alam.


Tuesday, August 18, 2009

Pembangkang banyak melakukan penyelewengan: Kata KJ

Pemuda Umno yang dalam siri pertama ceramahnya di Seksyen 6, Shah Alam yang turut disertai Ketua Umno bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam mendakwa berlaku pelbagai penyelewengan membabitkan pemimpin pembangkang, antaranya membuat tiga invois tuntutan pembayaran yang sama.

Dalam ceramah bertajuk Pentas Pemuda 'Pakatan: Retak Menanti Belah' itu, Pemuda Umno juga mendedahkan kontrak Alam Flora diagihkan terus kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Selangor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, berkata semua penyelewengan seperti itu akan didedahkan kepada rakyat supaya masyarakat sedar apa yang dilakukan pembangkang.

Komen:
Hari ini aku dah tahu selepas beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang, pelbagai berita dan cerita aku dah dengar dan aku dah baca. Tak sangka aku, "Buah cempedak jadi nangka". Tak diduga aku, "Harapkan pagar, pagar yang makan padi". Rupa-rupanya pembangkang hanya pandai menyalak membuat tuduhan dan fitnah terhadap pemimpin BN/UMNO hingga berjaya merampas beberapa buah negeri. Janji pilihanraya hanya tinggal janji sahaja. "Kami akan kembalikan tanah kepada rakyat/penduduk Kg. Buah Pala", janji semasa kempen pilihanraya yang lalu. Tapi kini apa dah jadi? Kerajaan PR diketuai Tuan Lim Guan Eng gagal melaksanakan janjinya. Wakil rakyat pembangkang didakwa ada yang terlibat dengan kes moral, kongsi gelap, menghalang tugas penjawat awam, menghina Islam dan Raja Melayu dan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri. Bila pegawai SPRM nak menjalankan siasatan, pembantu khas exco mengamuk macam orang gila. Kenapa begitu? Jika tidak bersalah kenapa kita takutkan? MB Selangor pula mengeluarkan peraturan menghadkan waktu siasatan SPRM hanya waktu pejabat sahaja. Kes kematian Teoh dipolitikkan dan SPRM dipersalahkan! Pembantu Khas cuba meronta-ronta nak melepaskan diri dari pegawai-pegawai SPRM, mungkin terjatuh maka Lim Kit Siang mendakwa pegawai SPRM telah bertindak kasar kepadanya? Hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pasir hampir mencatat rekod suatu suasana pencalonan PRK yang terbaik tapi tercemar dengan tindakan provokasi oleh ahli parlimen Balakrishnan,seorang pemimpin tertinggi PKR. Punca dari siapa semua ini? Apakah pemimpin UMNO/BN yang melakukannya? Apakah rakyat Malaysia masih buta sebaliknya masih mempercayai ceramah-ceramah fitnah yang dibawa oleh penceramah-penceramah pembangkang di sana sini. Seluruh pelusuk negara wakil-wakil rakyat asyik berceramah. Musim berpolitik bagi mereka tidak ada. Walaupun PR memerintah di beberapa negeri tetapi partinya, PAS, DAP dan PKR masih meneruskan ceramah menghentam UMNO/BN seolah-olah kerajaan negeri itu BN yang punya. Sebenarnya tidak halal, gaji dan elaun wakil rakyat yang makan dan anak bini mereka makan. Berkhidmatlah untuk rakyat sebaik-baiknya setelah rakyat mengundi kita. Tunaikan janji-janji yang ditaburkan semasa pilihanraya dulu. Janganlah asyik menyalahkan orang lain. Ibarat kata pepatah Melayu, "Kuman di seberang nampak, gajah di sbelah tak nampak". Inilah yang sebenarnya berlaku! Aku tak sangka rupa-rupanya pemimpin PR lebih teruk lagi daripada pemimpin BN/UMNO. Bukan 2 x 5 atau 5 x 2 ni. Memang sejak PRU12 aku lihat negara kita semacam tidak aman seperti dahulu lagi. Demontrasi jalanan sana sini. Pilihanraya kecil tak henti-henti. Perhimpunan haram merata-rata. SPRM dan PDRM dipersalahkan. Majlis Peguam seperti parti politik. Ahli Parlimen macam orang tak siuman lagi. Perlembagaan negara tidak dipatuhi. DEB hendak dihapuskan. Hak orang Melayu dipertikaikan. Malahan Raja Melayu nak disaman dan dihina. Banyak lagi tak larat nak aku sebut lagi! Banyak lagi! Angkara siapa semua ini?
Semua ini menunjukkan pemimpin PR sebenarnya ibarat kata " Bercakap tak serupa bikin". BPR dikatakan dibawah pengaruh kerajaan BN. Tapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan dan berilah kerjasama kepada mereka. Lihatlah pemimpin UMNO dan exco BN juga pernah disiasat dan didakwa, apakah mereka buat kecoh macam orang gila? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat itu terlalu 'bersih' dan 'suci' dari kesalahan? Baru hari ini aku tahu rupa-rupanya selama ini mereka menipu rakyat! Lebih teruk lagi daripada pemimpin UMNO/BN. Baru setahun lebih sudah pelbagai angkara dan hura hara dicipta dan direka pemimpin PR, jika bertahun-tahun hancurlah negara kita dan sengsaralah kita rakyat jelata!

Monday, August 17, 2009

ANGGOTA UMNO TIDAK AKAN MASUK SYURGA: KATA NIK AZIZ

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Komen:

Begitulah senjata tajam yang selalu digunakan oleh Nik Aziz yang sewenang-wenang menghukum orang Islam lain yang tidak menyokong PAS sebagai kafir, ahli neraka, tidak masuk syurga, ajaran sesat, komunis, yahudi dan sebagainya. Apakah benar fatwa Tok Guru Nik Aziz tepuk dada tanya minda? Saudara-saudara kalian pemimpin-pemimpin besar UMNO, ulama-ulama yang menyokong UMNO dan veteran-veteran UMNO, apakah respon saudara tentang dakwaan Tok Guru Nik Aziz ini?

Saturday, August 15, 2009

DIALOG PERPADUAN UMMAH: USAHA GGMM WAJIB DISOKONG!

Pada malam ini, sejarah baru umat Islam di Malaysia akan bermula dengan adanya Dialog Perpaduan Ummah: UMNO dan PAS. Syabas kepada Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang akan menemukan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS di atas pentas perpaduan ummah.
Tiga wakil UMNO adalah YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, YB Ahmad Maslan dan YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman dan manakala wakil PAS akan diwakili oleh B Ustaz Hj. Nasharuddin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub dan YB Tuan Ibrahim Tuan Man. Y. Bhg Sahibus Samahah Tan sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak akan menjadi moderator dialog tersebut. Wakil bagi kedua-dua parti utama orang Islam tu didapati layak untuk berdialog berdasarkan latar belakang dan kemampuan berhujah dan keilmuan yang dimiliki oleh wakil masing-masing. Pemilihan TS Harussani Zakaria sebagai moderator oleh GGMM amat tepat sekali memandangkan ketegasan dn keberanian beliau menegur tanpa mengira siapa jika sesuatu didapati menyanggahi ajaran Islam. Marilah kita semua umat Melayu/islam memberi sokongan usaha GGMM ke arah mewujudkan perpaduan Islam di kalangan pemimpin/ahli UMNO dan PAS. Mengapa tak boleh kita bersatu sedangkan kita dari satu satu bangsa, satu bahasa dan satu agama?

Friday, August 14, 2009

DUA CENDIAKAWAN ISLAM TEGUR NIK AZIZ

Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.

“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.

Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharusnya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.

“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Sumber: Utusan Malaysia 14 Ogos 2009

Thursday, August 13, 2009

PENDIRIAN PAS MENGELIRUKAN UMAT ISLAM!!

Pas Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membanteras penjualan arak kepada orang Islam dan bawah umur. Ini bermakna parti Islam itu menyokong tindakan kerajaan negeri untuk tidak mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas tidak pernah berbeza pendapat dengan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan, malah keputusan yang dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepati kehendak Pas.

Kenyataan Halimah itu bagaimanapun bercanggah dengan Ketua Penerangan Pas, Roslan Mohd. Shahir yang dilaporkan berkata, Pas Selangor tetap dengan pendirian meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Manakala Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tidak membantah segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana mereka tidak faham tentang agama Islam. Tan Sri Muhyiddin, TPM mengatakan bahawa tindakan Datuk Nik Aziz itu boleh mencetuskan berlakunya huru-hara di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, situasi negara ini yang stabil dan aman sejak hampir 52 tahun Merdeka adalah atas sikap menghormati budaya dan agama kaum lain yang ada di negara ini.

``Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik. ``Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham. Tak kan tak faham. ``Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah.


"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"