Wednesday, August 19, 2009

JANGAN GANGGU TOK GURU, KASIHANKAN DIA!

Sudah lumrah menjelang pilihanraya Tok Guru Nik Aziz (TGNA) akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat. Bagi orang politik amat faham, kenapa TGNA jadi begitu?Apa yang TGNA tak kata kepada UMNO, ahli UMNO dan penyokong UMNO? Baru-baru ini dia menafikan yang dia tak kata kepada ahli UMNO tapi dia kata kepada penyokong-penyokong UMNO. Memang ada beza tapi isunya apakah penyokong UMNO tak boleh masuk syurga, dan apakah pula penyokong PAS boleh masuk syurga? Dalam PRU Manek Urai pun begitu juga. TGNA dakwa UMNO seperti ajaran sesat ayah Pin, komunis dan sebagainya kerana untuk merayu supaya orang-orang Islam tidak undi calon BN dan sebaliknya mengundi calon PAS. Berbagai pihak termasuk ahli akademik dan ulama berpendapat bahawa TGNA tidak wajar bercakap begitu. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib juga tidak bersetuju dengan pandangan TGNA itu. Harun
yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. Jelasnya lagi, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir. "Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.
Sepatutnya pihak media tidak mengambil peluang menemuramah TGNA berkaitan dengan politik semasa. TGNA seorang ulama yang dihormati oleh ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan juga sahabat-sahabat dari DAP dan PKR. Pandangan TGNA yang mengelirukan itu dan menyanggahi pandangan ulama-ulama lain (termasuk ulama PAS) akan menjatuhkan imej Islam apatah lagi maruah TGNA sebagai ulama yang disegani dan dihormati. Sepatutnya TG Haji Hadi, selaku Presiden PAS adalah individu paling layak untuk mengulas tentang isu politik semasa, bukan TGNA. Kadang-kadang orang ramai dan pemerhati-pemerhati politik bertanya, siapa sebenarnya Presiden PAS sama ada TGNA atau TG Haji Hadi? Begitulah hormatnya pemimpin PAS terhadap TGNA. Tiada siapa yang berani mahu menegurnya. Jika TGNA sentiasa dibiarkan begitu, yang rugi adalah PAS dan yang salah adalah pemimpin PAS sendiri. Wallahu alam.


4 comments:

pengundi tertipu said...

ULama politik tentu bercakap politik, salahkah?

Guru Pesara said...

Hai bro.
Ulama pewaris nabi tak ramai dah!! Ulama hari ni bercakap menyakitkan hati ajee. Maaflah bukan semua ulama begitu. Saya hormati ulama yang tidak mempolitikkan agama untuk kepentingan parti tertentu.

Anonymous said...

Salam.

Saya harap sepanjang bulan Ramadan ini, semua ahli parti-parti politik yang beriman dan penulis-penulis blog politik yang beriman pun turut berpuasa dari menyebar fitnah dan maki hamun...jangan dok posa sia-sia!

Martin T said...

Great post thhankyou

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"