Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Komen:
Begitulah senjata tajam yang selalu digunakan oleh Nik Aziz yang sewenang-wenang menghukum orang Islam lain yang tidak menyokong PAS sebagai kafir, ahli neraka, tidak masuk syurga, ajaran sesat, komunis, yahudi dan sebagainya. Apakah benar fatwa Tok Guru Nik Aziz tepuk dada tanya minda? Saudara-saudara kalian pemimpin-pemimpin besar UMNO, ulama-ulama yang menyokong UMNO dan veteran-veteran UMNO, apakah respon saudara tentang dakwaan Tok Guru Nik Aziz ini?
1 comment:
nama je tuk guru, tpi skang dier da byk merapu...sebab politik, sanggup mengkafirkan org laen...dier lebih baek turun, klau x abislah negara islam dan pas..
Post a Comment