Monday, August 3, 2009

DSAI PENGKHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Dialah pemimpin yang menjadikan rakyat kuda tunggangan untuk mencapai cita-citanya sebagai PM. DS Najib, semasa menjadi Menteri Dalam Negeri lagi telah minta ISA disemak dan semasa beliau menjadi PM telah berjanji akan menyemak ISA dan serentak dengan itu beliau telah membebaskan beberapa tahanan ISA membuktikan kejujurannya itu. Dan sekarang ini, sudah beberapa kali pemimpin-pemimpin negara berulang-ulang kali memberitahu kepada Ketua Pemimpin Pembangkang dan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) bahawa kerajaan sedang menyemak ISA dan akan dibentangkan dalam sidang parlimen yang akan datang. Sebaliknya pemimpin-pemimpin ini sengaja memekakkan telinga mereka kerana bukan itu yang mereka mahu dengar tetapi yang mereka mahu adalah demontrasi
besar-besaran mengujudkan suasana huru-hara supaya boleh menjadi isu politik negara disamping mencemar imej negara di persada antarabangsa. Dengan cara ini maka perhatian rakyat mengenai kes liwat Anwar Ibrahim, kes rasuah ADUN Selangor dan isu Kg. Buah Pala akhirnya akan lenyap.
Pemimpin-pemimpin pembangkang sedar bahawa persepsi rakyat terhadap kepimpinan DS
Najib selaku PM amat positif. Rakyat semakin yakin dengan kepimpinan DS Najib melalui konsep "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Mereka juga sedar bahawa pengaruh golongan muda terhadap kepimpinan PR semakin menyusut angkara pelbagai isu berlaku dalam parti-parti PR seperti PAS, PKR dan PAS. PRK Manek Urai telah menyedarkan mereka. Untuk menghadapi PRK Permatang Pasir, mereka terpaksa mencari jalan supaya kerajaan pimpinan DS Najib kejam kepada rakyat. Dan kita percaya tangkapan pemimpin-pemimpin kanan PR dan penyokong-penyokong ISA melalui perhimpunan haram akan menjadi isu ciptaan pembangkang dalam PRK di Permatang Pasir nanti. Begitulah amalan demokrasi yang sering diperkatakan oleh
pemimpin pembangkang sangat gemar menggunakan perhimpunan haram untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Mengapa pemimpin-pemimpin PR yang banyak menduduki kerusi parlimen tidak menggunakan kebebasan untuk bersuara dalam sidang parlimen tetapi mereka memilih untuk berdemontrasi. Apakah wajar kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum dijatuhkan melalui beberapa siri demontrasi jalanan. Sebenarnya demontrasi-demontrasi jalanan adalah budaya politik yang dibawa oleh Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

3 comments:

Anonymous said...

betul ke dia ni pengkhianat bangsa?
tapi aku rase ameno lah pengkhianat bangsa yg sebenar

UMNO Johor Gadai Tanah Pada Singapura

Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz saya-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

http://www.malaysiawaves.com/2009/04/umno-johor-gadai-tanah-pada-singapura.html[url][/url]

Anonymous said...

sokong la haram hajdah nuar tu, apa 16 september konon, cakap x serupa bikin, ley ma ley lu!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

TO SENAPANG PATAH : jgn buang parpukari, tolong nasihat dia ok la... please..........

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"