Thursday, August 13, 2009

PENDIRIAN PAS MENGELIRUKAN UMAT ISLAM!!

Pas Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membanteras penjualan arak kepada orang Islam dan bawah umur. Ini bermakna parti Islam itu menyokong tindakan kerajaan negeri untuk tidak mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas tidak pernah berbeza pendapat dengan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan, malah keputusan yang dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepati kehendak Pas.

Kenyataan Halimah itu bagaimanapun bercanggah dengan Ketua Penerangan Pas, Roslan Mohd. Shahir yang dilaporkan berkata, Pas Selangor tetap dengan pendirian meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Manakala Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tidak membantah segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana mereka tidak faham tentang agama Islam. Tan Sri Muhyiddin, TPM mengatakan bahawa tindakan Datuk Nik Aziz itu boleh mencetuskan berlakunya huru-hara di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, situasi negara ini yang stabil dan aman sejak hampir 52 tahun Merdeka adalah atas sikap menghormati budaya dan agama kaum lain yang ada di negara ini.

``Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik. ``Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham. Tak kan tak faham. ``Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah.


1 comment:

Anonymous said...

PAS SEKARANG ERA TO GURU NIK AZIZ. KUASA POLITIK LEBIH PENTING DARI HUKUM ISLAM. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. DULU LAIN SEKARANG LAIN. AGAMA ISLAM DIHINA PUN TAK APA KATA TOK GURU. JADI BOLEHLAH ORANG CINA, DAP, HINDRAF, APA SAJA HINA ISLAM...APA DAH NAK JADI TOK GURU!!!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"