Thursday, August 6, 2009

PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN P.PINANG TIDAK BERADAB!!

Satu persatu isu yang timbul menyerlahkan lagi kekalutan kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Memang ada yang tak kena dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR yang tidak menghormati dan sensitiviti dengan hak orang Melayu dan Islam? Di Selangor bermula dengan dakwaan wujudnya jalinan rangkaian samseng dengan Exco kerajaan negeri itu, kemudian Naib Presiden PKR Azmin Ali mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN. Terbaru, sekutu parti yang membentuk kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar kedudukan Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu dipindahkan kepada portfolio lain kerana Ronnie dikatakan sering mencampuri urusan ‘orang lain’. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pada sidang medianya hari Selasa mahu Ronnie ditukarkan portfolio kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.
Di Pulau Pinang pula, kumpulan pemimpin dan penyokong JIM berhimpun dan mendesak Jerry Ooi meletakkan jawatannya. Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau. "Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan. "Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini. Pemimpin UMNO telah lama pun mengenali dan memaham pendirian pemimpin-pemimpin ini. UMNO sudah tentu menyokong bantahan dan desakan oleh kumpulan-kumpulan NGOs pro Islam ini. Islam tidak lagi dihormati kerana orang Melayu sendiri tidak bersatu. Fikirlah!!

6 comments:

Dulu sokong Pakatan said...

Pening dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Nak kata apa ludah ke langit timpa atas batang hidung sendiri.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Baguslah...
mula2 hina UMNO.
kemudian hina Melayu
raja...

lepas tu Islam

cukup pakej penghinaan

Anak Lenggong said...

Dulu bila diingatkan dikata umno dan media perdana sengaja buat fitnah..tetapi melayu pas dan pkr tak pikir pun disebalik kata-kata karpal singh"KALAU NAK TUBUHKAN KERAJAAN BERLANDASKAN ISLAM...LANGKAH MAYAT DIA DULU"...begini lah yang terjadi bila terlalu berkepentingan dan tamakkan kuasa sampai sanggup diperkudakan oleh bangsa kapir..tetapi menuduh bangsa seagama itu kapir...oleh itu berundur lah sebelum terlambat..melayu umno sentiasa menadah tangan untuk menyambut kedatangan melayu pas dan pkr yang telah insaf dan mau berpatah kembali kelandasan yang betul

Unknown said...

Orang Melayu perlu kembali bersatu jika tidak mahu dihina lagi. Bangsa lain tidak takut lagi kepada UMNO dan PAS apatah lagi PKR kerana Melayu tidak bersatu. Tapi Melayu sudah lupa kerana dek kuasa politik. Tok Guru kadang-kadang cakapnya tidak seperti tok guru dek kerana nak memelihara sahabat-sahabat mereka seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh dan Anwar Ibrahim dengan anak pinaknya. Puak-puak ini hentam UMNO, apa saja yang tak kena UMNO, apa yang tak betul UMNO, kakitangan kerajaan rasuah juga salah UMNO maka semua UMNO, UMNO dan UMNO. Niat puak2 ini semata-mata mahu menjatuhkan orang Melayu. Jatuh UMNO maka lemahlah orang Melayu. Di sini maka PAS dan pemimpinnya mesti bertanggungjawab sepenuhnya jika Islam di hina dan orang Melayu dicerca, ditindas dan sebagainya. Nah..sekarangnya ini dah pun terjadi apa yang dipaprkan melalui media massa, dan blog2. Islam tidak lagi dihormati. Jika ISA sanggup ribuan ahli dan penyokong PAS dari jauh utara dan selatan, timur dan barat membanjiri KL tapi kenapa Islam dihina tidak pula sedemikian? Apakah kerana PAS dan DAP sama dalam Pakatan Rakyat. Pakatan ang mahu merosakkan Islam? Ya, rakyat sedang memerhati dan menilai sejauh manakah keikhlasan PAS memperjuangkan hak Melayu dan islam. Jika tidak PRU13 nanti, UMNO/BN akan kembali berkuasa sepenuhnya. Jika PRU13 disegerakan saya percaya BN/UMNO kembali berkuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR termasuk Kelantan.

Anonymous said...

KEPADA MELAYU PR YG TEGAR,

AWAT HANGPA INGAT HANGPA BOLEH AMAN DAMAI, MASUK SYURGA, "SAMARATA".....

APA YG 'samarata' org pr tolong jawab la, nuar bangsat tu dok jaja "SAMARATA" yg mcm haram jadaH!!!

CUBA P MINTAK SEBIDANG TANAH KAT dap KA, ADA DEPA NK BAGI?maki melayu lagi dok ada....
walau UMNO x mampu nk bagi sebidang tanah pon, UMNO masih membela nasib ORANG MELAYU!!!!!
tapi melayu x kenang semua tu.......
MELAYU PR memenang PARIA

kepada 'sesumpah d bawah tempurung' kita jumpa d PERMATANG PASIR..........

PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"