Aku dah kata dulu, orang Melayu dan pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP akan kena lelong dengan Lim Guan Eng. Sekali imbas aku perhati air muka dia, wajahnya lembut tapi tak boleh percaya. Dia ulamkan orang Melayu dengan ayat-ayat suci al-quran, seolah-olah dia memahami Islam dan dia mahu negerinya (bukan Melaka tapi Pulau Pinang!!) mengikuti pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Orang Melayu terutama penyokong-penyokong PAS dok cakap itulah siang dan malam di kedai-kedai kopi malahan di surau-surau sebulan tak habis pasal Lim Guan Eng jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz. Penyokong-penyokong PAS puji dia melambung-lambung hingga pucuk nyior. Dia mai melawat kampung, berduyun-duyunlah pasukan bermotor Unit Amal PAS dengan bangga mengiringi Ketua Menteri yang disayangi mereka. Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang juga ahli parlimen telah diterima dengan bangganya oleh orang Melayu di Pulau Pinang. Sekarang apa dah jadi? Bukan orang UMNO yang kata. Bukan pemimpin UMNO yang dakwa. Tapi pemimpin mereka sendiri, pemimpin pakatan mereka, pemimpin kanan Pakatan Rakyat sendiri yang menyerang ketua menteri kesayangan mereka. Dato Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) telah menggambarkan Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis! Dia kata lagi, "Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai agen Barisan Nasional (BN)". Buruk perangai dia rupanya, cilakak! Tengok muka macam budak sekolah menengah Form 6, patutlah macam tu. Zahrain bubuh lagi sama dia, apa dia? " Guan Eng berjanji melaksanakan sistem terbuka, tetapi tidak melaksanakannya sebaliknya lagi teruk dari BN di mana Guan Eng sendiri mempengerusikan Lembaga Tender". Aii yaa, itu maciam ka! Lu cakap tak selupa bikin ooooo! Dulu BN lu olang kutuk habis apa lu olang tidak kata sama pemimpin BN. Lu ada kata pemimpin BN semacam babi, bolo (bodoh) macam lemu (lembu). Nanti baca lagi, Dato Seri Zahrain ada kata bahawa pakatan pembangkang amat malu kerana projek-projek dianugerahkan berdasarkan asas siapa kenal siapa. Lu olang PAS dan PKR ala faham ka itu 'siapa kenal siapa'? Jika lu olang jugak tilak paham, lu juga bolo macam lemu. Tapi Zahrain bukan lemu. Dia olang belani. Kalau tak betoi mana dia belani cakap itu maciam. Gua sokong kuat sama Zahrain. Bekas pemimpin UMNO mesti belani. Dia bukan lagi ahli UMNO tapi cakapnya semaciam pemimpin UMNO. Jika tidak betoi, gua mahu cabar itu ketua menteli Guan Eng supaya buat laporan polis terhadap Datuk Seri Zahrain kerana menggambarkan dia sebagai diktator, cauvanis dan berpemikiran komunis. Persilakan!!!!! Jika Guan Eng Ketua Menteri PP yang berasal dari Melaka tidak buat laporan polis ini bermakna, ini bererti, ini bermaksud bahawa apa yang katakan itu adalah benar belaka.
Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.
DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.
Petikan: HarakahDaily 28 Jan 2010
Komen:
Yang pelik tapi benar. MB Perak bukan Dato' Zambry rupa-rupanya masih Datuk Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengingkari perintah Raja Sultan Perak. Sanggup pula sembah derhaka. Sewajarnya gelaran Datuk Seri sepatutnya dikembalikan kepada yang menganugerahkannya. Jika masih ingat bersama Nizar yang mendahului penerima darjah kebesaran Sultan Perak ialah Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara. Sewajarnya Nizar bersyukur jadi MB Perak setahun jagung dah dapat anugerah kebesaran Sultan Perak. Tapi orang tamak selalunya rugi. Sekarang apa dah jadi. Tiga orang wakil rakyat PR lompat parti jadi wakil rakyat bebas, kerajaan PR Perak rebah sama sekali. Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara yang sangat arif dalam soal perundangan telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Tapi pembangkang khususnya Nizar pemimpin PAS negeri Perak tidak mahu menerima kenyataan bahawa PR telah hilang kuasa untuk mentadbir negeri. Sebaliknya beliau sanggup sembah derhaka, penyokong-penyokong PAS sanggup tidur di atas jalan, bertakbir di sepanjang jalan seperti orang tak siuman. Beginilah rupa perangai yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS kepada penyokong-penyokong PAS. Jika ada blog-blog yang menghina sultan, 99.99% kita boleh menelah bahawa blogger-blogger itu sebenarnya asuhan dari pemimpin PAS yang sanggup sembah derhaka!
Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik.
Beberapa tokoh agama ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia berpendapat, tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana umat Islam tidak boleh berkompromi sekiranya timbul isu yang menggugat kesucian agama ini.
"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, pihaknya tetap mempertahankan kalimah Allah sebagai "hak eksklusif" umat Islam. "Sehubungan itu, tiada siapa pun boleh mempertikaikan soal itu,'' katanya.
Jelas beliau, kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik. Perkara yang sama turut disuarakan oleh bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.
Berikut adalah sebahagian kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad " PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Komen:
Pembaca boleh menilai sendiri, ada kenyataan yang ikhlas dan jujur untuk mempertahankan kalimah Allah dizahirkan oleh tokoh-tokoh agama dan persatuan ulamak. Ada yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian untuk kepentingan politik seperti PKR dan ada kenyataan yang tidak jelas, dibenarkan mengikut kaedah Islam tapi salah jika menyalahgunakan kalimah Allah. Itulah kebijaksanaan dalam politik Islam yang ada pada parti PAS hari ini.
Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin menjadi-jadi dan merebak luas di seluruh negeri hingga Sabah. Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri Pahang semalam. Jika tak ada angin tak akan pokok bergoyang! Ya, nanti ada pula mulut jyang ahat dari kalangan pemimpin PAS dan PKR akan mendakwa bahawa perletakan jawatan itu juga berpunca daripada UMNO. Dengan itu UMNO juga yang jahat! Sebenarnya perbuatan pemimpin keluar parti dan meletak jawatan adalah perkara biasa dalam parti PKR. Mungkin ada tak lama lagi akan ada lagi pemimpin PKR yang akan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan! Walaubagaimana pun kita jangan terperangkap dengan 'lakonan' ini mungkin perletakan jawatan itu sebagai 'publisiti murahan' oleh pemimpin PKR ini untuk tujuan Persidangan Agung PKR dalam bulan Mac nanti. Perletakan jawatan beliau mencerminkan keberanian dan keikhlasan beliau. Undi simpati dari perwakilan akan dapat membantu beliau memenangi jawatan-jawatan yang bakal dipertandingkan kerana beliau meletakkan jawatan tetapi tidak keluar parti. Dalam politik macam-macam boleh berlaku!!!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, trend hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berlaku kerana ramai anggotanya telah menyedari pemimpin mereka berjuang atas landasan sia-sia.
Beliau berkata, berdasarkan pelbagai maklumat yang telah diterimanya, ramai anggota parti itu kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Tidak bagaimana dalam Barisan Nasional, seperti Umno dan rakan-rakan BN lain, mereka tahu bahawa kepimpinan PKR lebih banyak main politik tetapi tidak berupaya untuk memajukan negara atau menunjukkan kesunggguhan untuk majukan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, di sini.
Beliau diminta mengulas peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.
Muhyiddin berkata, bahawa sewaktu PKR ditubuhkan, ramai menganggotainya kerana sebab-sebab tertentu seperti terpengaruh atau terpedaya dengan kepimpinan parti itu.
"Saya jangka ramai lagi akan keluar menjelang pilihan raya akan datang,"katanya.-Bernama
Komen:
TINDAKAN pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan dan keluar parti bukanlah suatu perkara baru kepada parti itu yang ditubuhkan pada April 1999.
Lebih menarik, apabila peletakan jawatan pemimpin PKR itu turut melibatkan nama besar kepada parti tersebut yang ditubuhkan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan.
Malah ada antara nama besar itu yang keluar parti atau menyisihkan diri diri secara senyap merupakan mereka yang terlibat ketika awal penubuhan parti tersebut lagi. Antaranya bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan.
Selain itu pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff dan Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir turut sama meninggalkan kepimpinan parti itu.
Selain itu bekas Bendahari Agung PKR yang pernah mencatatkan kejutan apabila menawarkan diri bertanding Presiden PKR, Abdul Rahman Osman turut bertindak meninggalkan parti itu dengan menyertai Pas.
Tentunya yang paling mengejutkan ialah tindakan Ezam yang keluar daripada PKR pada tahun 2007 kerana beliau diketahui antara mereka yang paling rapat dengan Anwar.
Beliau kemudian memohon memasuki UMNO bersama beberapa pimpinan PKR di peringkat negeri termasuk bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
Selain itu, Nallakarupan yang keluar daripada PKR pada tahun yang sama turut menjadi tumpuan memandangkan beliau dikenali sebagai rakan karib dan rakan tenis kepada Anwar.
Selain mereka antara yang awal bertindak meninggalkan perjuangan PKR ialah Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO.
Turut sama meninggalkan PKR pada tahun 2004 ialah bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
Sementara itu, satu lagi trend baru muncul dalam PKR selepas parti itu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu iaitu meletak jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada untuk memberi laluan kepada pemimpin baru atau keluar parti menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Ia dimulakan sendiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 kononnya untuk membolehkan Anwar merintis jalan ke Putrajaya.
Bagaikan kepimpinan melalui teladan, langkah itu dijejaki oleh ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada Februari lalu.
Bagaimanapun mereka sekadar keluar parti dan memberi sokongan kepada BN yang akhirnya menjadi faktor penyumbang runtuhnya kerajaan negeri pembangkang di Perak. Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral.
Pada April lalu pula, tiba pula giliran ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk mengosongkan kerusinya. Beliau yang disiasat kerana dakwaan rasuah membuat alasan mahu melanjutkan pelajaran.
Sewaktu berlaku 'pesta' meletak jawatan berlaku di kalangan wakil rakyat PKR, lain pula dengan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang tidak berbuat demikian walaupun menerima tekanan akibat penyebaran gambar bogelnya di Internet.
Terkini trend keluar PKR kerana rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan yang diterajui 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Bermula dengan PKR Sabah apabila Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Christina Liew hinggalah yang terbaru ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bertindak meninggalkan PKR.
Pas tidak berhak mempertikaikan jumlah peruntukan yang digunakan UMNO pada majlis pelancaran program Juara Rakyat baru-baru ini dan juga siri kempen program itu pada masa akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak perlu tampil membuat penjelasan kerana keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.
“Saya hendak maklum program pelancaran itu kita guna wang UMNO dan Pas tidak boleh mempertikai berapa banyak kita hendak guna kerana itu semua terpulang pada UMNO.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin sempena program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.
Turut berlangsung pada program itu pertandingan memancing GP Joran Bagus 2010.
Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta UMNO menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor hujung minggu lalu.
Mahfuz berkata, penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti UMNO.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikaikan peruntukan berjumlah RM15.6 juta yang diumumkan Najib pada pelancaran program itu bagi membaiki pangsapuri di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, menjadi hak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan apa jua peruntukan pada bila-bila masa.
“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri ialah Pengerusi BN.
“Perdana Menteri tidak boleh memisahkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN walau di mana beliau berada ketika membuat apa jua pengumuman,” katanya.
Komen:
Mahfuz Omar cuba bangkitkan kerana nak bagi tahu kepada rakyat bahawa UMNO telah gunakan duit rakyat untuk mengadakan program Juara Rakyat. Jawab pun salah tak jawab lagi salah. Jawab betul pun salah jawab tak betul lagi salah. Kenapa jadi begitu? Penceramah-penceramah PAS khususnya Mahfuz dan Mat Sabu pandai putar belit cerita. Ceramah depa ni kadang-kadang jadi lawak, gelak ketawa kerana Mat Sabu dan Mahfuz pandai buat cerita lawak. Pemimpin-pemimpin UMNO dihina macam tak ada otak, duduk bawah tempurung, bengap, bahlul dan sebagainya. Sedangkan dalam PAS sendiri pun, sudah ada ahli PAS sendiri berani mengkritik tok guru dan kerajaan PAS di Kelantan. Banyak perkara yang boleh dipersoalkan oleh rakyat kepada Mat Sabu sendiri. Siapa yang tak tahu cerita Mat Sabu dengan bini orang. Biarkan UMNO buktikan kemampuannya untuk menjuarai rakyat. Dan PAS juga boleh pada masa yang sama buktikan bahawa PAS tidak kurang hebatnya. Biarlah rakyat yang menilainya. Belum pun sempat sebulan program Juara Rakyat dilaksanakan, sudah ada usaha PAS melancarkan perang dengan program UMNO "Pengkhianat Rakyat". Begitulah buruknya politik PAS yang dikatakan parti yang memperjuangkan Islam. Islam tidak lagi dihormati oleh penganut agama lain. Sikap buruk pemimpin PAS ini akan diwarisi oleh pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong fanatik mereka. Lihatlah bagaimana puteri dan pemimpin UMNO dikutuk, dikecam, dimaki hamun, dibaling botol air, dicabar dengan pelbagai isyarat tangan, muka dan badan yang amat memalukan Islam agama yang dianuti. Tapi pengikut dan penyokong UMNO sebaliknya tidak begitu. Fahamilah bahawa perjuangan PAS semakin tersasar sejak berada bersama Pakatan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tuduhan pembangkang bahawa UMNO telah mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah sebaliknya pembangkang sebenarnya memulakan isu itu. Beliau berkata, kerajaan sangat memahami keadaan yang berlaku sekarang kerana telah melalui tempoh panjang mentadbir negara. "Kalau kita membaca kenyataan pemimpin pembangkang, sebenarnya merekalah yang mempolitikkan, ini bukan isu politik sebaliknya isu berkaitan umat Islam yang ada kaitan dengan akidah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas tuduhan Pas bahawa UMNO cuba mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah. Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataannya di laman web Harakahdaily dipetik sebagai berkata, parti itu kesal dengan sikap UMNO yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu kalimah Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara fast track. Idris juga mendakwa UMNO bertanggungjawab mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, antara lainnya mengandungi klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan itu tiada dalam hukum Islam. Muhyiddin menegaskan, UMNO sejak dulu menjadikan usaha membela agama, bangsa dan negara sebagai asas perjuangan sehingga membolehkan rakyat negara ini hidup dengan aman.
Komen: Pendirian UMNO kelihatan konsisten dalam mempertahankan hak sama ada hak sebagai bumiputera/Melayu dan kedudukan agama Islam serta Raja-Raja Melayu. Masa UMNO kuat atau ketika UMNO agak lemah bersama BN ketika ini, didapati suara pemimpin-pemimpin UMNO senada dan seirama serta sehaluan terhadap sesuatu isu. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak bercanggah dalam isu penubuhan Kerajaan Perpaduan, Dasar Ekonomi Baru, ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan akhir sekali isu penggunaan kalimah Allah. Cuma isu pelaksanaan PPSMI didapati pemimpin-pemimpin UMNO berbelah bahagi. Sebaliknya PAS sebagai sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam dengan slogan "Membangun Bersama Islam", "Kami Sokong Hudud", " Bersama Pemimpin Ulama", "Islam Perjuangan Kami" dan pelbagai lagi slogan yang dapat kita lihat dan baca. Tetapi dasar perjuangan Islam PAS semakin tipis sejak pemimpin PAS ingin menjaga hati pengundi-pengundi bukan Islam, sejak bersahabat dengan rakan-rakan DAP dan PKR. Pemimpin PAS sangat arif dengan dasar perjuangan parti DAP dan PKR. yang tidak akan menyokong penubuhan negara Islam. Tapi kerana memerlukan undi dari orang-orang bukan Islam, kenyataan-kenyataan pemimpin PAS mulai dipertikaikan oleh penyokong-penyokong PAS sendiri. Malahan berlaku percanggahan yang amat ketara antara pemimpin-pemimpin utama PAS sendiri berkaitan dengan isu kalimah Allah. Isu menentang ISA dan PPSMI, pemimpin utama PAS sanggup menyertai demontrasi jalanan kerana apa? Oleh kerana isu-isu itu mendapat bantahan oleh semua kaum termasuk orang-orang bukan Melayu. Isu DEB, pemimpin PAS diam sepi. Isu Karpal Singh nak saman Raja Perak, pemimpin PAS senyap sunyi, kenapa? Kenapa pula isu kalimah Allah, PAS boleh bersuara dan mengeluarkan Kenyataan Penuh Presiden PAS yang bercanggah sesama pemimpin-pemimpin utama PAS sendiri. Bila puluhan NGOs Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)dll. membantah bersama UMNO, maka pemimpin PAS menggelabah dan mulai menjarum rakyat bahawa UMNO mempolitikkan isu kalimah Allah. Khalid Samad (MP Shah Alam- PAS) tanpa rasa bersalah segera menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah. Tapi SU Agung PAS, Nasaruddin Mat Isa membantah keputusan tersebut. Manakala Dato' Harun Din, Naib Presiden PAS menasihatkan agar tidak menyokong keputusan mahkamah kerana boleh membawa kepada kekufuran. Ramai lagi tokoh-tokoh agama (bukan ahli politik) membantah dengan keputusan mahkamah. Sebenarnya siapakah yang mempolitikkan isu kalimah Allah? PAS atau UMNO? PASlah jawabnya.
SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.
Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.
Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.
“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.
Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Ketika umat Islam negara ini tanpa mengira perbezaan politik bersatu hati menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil dengan pendirian berbeza apabila menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya, Dr. Muhd. Nur Manuty berkata, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka serta berlapang dada.
"Kami berpendirian fenomena ini sebagai manifestasi fitrah insani sejak dari azali lagi, iaitu semua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT.
"Penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai tuhan, adalah hak asasi setiap insan.
"Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua (Rabbul Aalamiin atau Lord of the Universe)?," katanya dalam blognya http://muhdnurmanuty.blogspot.com/.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Geraja Katolik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Keputusan mahkamah itu bagaimanapun mengundang kemarahan umat Islam di seluruh negara yang mahukan kerajaan dan Majlis Raja- Raja segera campur tangan dalam menangani isu tersebut.
Menurutnya, keinginan penganut Kristian untuk 'mengiktiraf' penggunaan kalimah Allah adalah bertepatan serta serasi dengan wadah PKR.
Tambahnya, perjuangan untuk mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah apabila penganut agama lain mula 'menerima' kalimah Allah.
Muhd. Nur mendakwa, penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam berlaku sejak zaman dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama Samawi.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.
Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.
Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.
“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.
“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.
Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.
Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.
Sumber: Harakahdaily
Komen: Terima kasih kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana mengakui adanya pandangan yang tidak seragam di kalangan pemimpin-pemimpin PAS sendiri mengenai isu kalimah 'Allah' . Perbedaan pandangan ini wujud kerana ada ulama politik. Oleh sebab itu tidak ramai penyokong-penyokong PAS keluar berdemontrasi kali ini kerana bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), YB Khalid Abdul Samad dan Tok Guru Nik Aziz yang sebelum ini juga bersetuju. Oleh itu usaha Datuk Mustafa Ali perlu disokong supaya perjuangan PAS tidak tersasar. Sepertimana kata Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim sungguhpun beliau dari PKR tetapi beliau tetap tegas dengan isu ini. Beliau mengutamakan Islam, bukan politik. Sebaliknya Khalid mengutamakan politik, bukan agama. Hanya pandangan peribadi, maaf jika tidak tepat.
Kira-kira 400 orang Islam dari pelbagai pertubuhan politik dan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama (Badai) berhimpun secara aman selama sejam di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula pukul 10 pagi.t Mereka berkumpul secara aman menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah The Herald Tribune menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin pertubuhan telah berucap dengan begitu semangat dan memberi amaran agar KDN dan JPM mengemukakan rayuan supaya hati umat Islam tidak terguris. Majlis Raja-Raja juga diminta campur tangan bagi menangani isu ini kerana hal ehwal agama Islam menjadi kuasa mutlak Raja-Raja Melayu yang memerintah negara dan negeri ini. Sungguhpun perhimpunan ini tidak begitu ramai, semangat yang ditunjukkan oleh orang ramai mungkin suatu perhimpunan yang lebih besar diadakan jika isu ini tidak ditangani segera. Tiada kejadian buruk yang berlaku dan penunjuk-penunjuk perasaan telah beredar secara aman.
Manakala Pemuda UMNO Negeri telah meneruskan usaha menyampaikan memorandum kepada TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang meminta campurtangan Majlis Raja-Raja Melayu di atas isu kebenaran Mahkamah Tinggi kepada Majalah Herald Tribune menggunakan nama Allah. Menurut memorandum itu, Pemuda UMNO Negeri juga mewakili umat Islam di Pulau Pinang dengan tegas tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membolehkan nama Allah di dalam The Herald Tribune edisi Bahasa Melayu. Perkataan 'Allah' adalah spesifik untuk umat Islam sahaja manakala Tuhan atau God (dalam bahasa Inggeris) untuk penganut agama lain. Isu ini menunjukkan bahawa pihak gereja Katolik tidak prihatin kepada perasaan majoriti rakyat Malaysia yang merupakan penganut agama Islam. Inilah harapan Pemuda UMNO Negeri dan harapan semua NGOs di Pulau Pinang agar isu ini ditangani dengan segera. Inilah akibatnya bila umat Islam berpecah sesama sendiri.
Saya Muhammad Abdullah calon PKR P150 Batu Pahat ketua Penaja Bahagian Batu Pahat,Bekas Ketua Penerangan Negeri,Ketua Penerangan Angkatan Muda,Setelah berkerja keras dalam pilihanraya ke 12 dan tidak ada seorang pun ahli PKR lama yang membantu saya.
Berpuluh ribu saya habiskan untuk perjuangan parti akhirnya ,segala perjuangan sia sia PKR memang pembohong,mana ada keadilan dalam parti,saya hantar surat bantahan kepada PKR Pusat kenapa Timbalan Presiden Syed Husin melantik adik beliau menjadi Ketua bahagian.Sedangkan saya ketika itu sudah ada jawatankuasa penyelaras, dan lebih menyedihkan mereka tidak menjemput ke mesyuarat bahagian.Apabila saya ke PKR Pusat ,pihak PKR telah memperdayakan saya,difahamkan bahawa setiausaha agung membuat semakan keahlian saya baru didaftarkan bulan 6 2008,sedangkan saya telah hantar borang 2005,bermakna saya bertanding tidak sebagai ahli PKR.
Katanya Parti Keadilan tetapi kalau keadilan dalaman parti untuk ahli tidak dapat dilaksanakan. Bagaimana nak adil dengan rakyat,Dasar yang dibawa oleh PKR tidak betul,pentadbiran lemah,bagaimana nak takbir Negara ?sedangkan didalam parti sendiri tiada keadilan.
Kalau parti berhaluan kiri,yang mengamalkan sosialis DAP,yang menentang Islam,bolehkah Dato Seri Anwar katakan berjuang untuk islam,sedangkan PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat kesilapan besar bergabung didalam PR yang ada golongan yang menentang Islam.
Dalam PKR sendiri mengamalkan perkauman,Orang India dan Cina ditipu,Saya tahu apa yang berlaku dalam pemilihan MPT di Kongress Nasional di Seramban,kenapa Xavier dan Sivarasa tidak dipilih,sehingga mereka dilantik.
PKR hanya memperkudakan rakyat untuk kepentingan DS Anwar,tapi DS Anwar cakap ibarat tin kosong menipu rakyat Malaysia mengenai 16 Sept akan menduduki kerajaan pada bulan puasa pun nak menipu ,taubatlah Dato Seri.
Dato Seri hanya mengejar jawatan PM,tetapi Datuk Seri tidak nampak di bawah sana ramai ahli yang menghabiskan wang ringgit demi perjuangan,Ada yang hidup merempat, ada yang dahulunya mempunyai 6 kedai tetapi kini hanya tinggal 2 kedai,ada yang bangkrap terus.
Dato Seri mengatakan mahu membela orang orang melayu,hari ini ramai orang melayu merempat dalam parti.Beginikah Perjuangan Parti Keadilan?
Saya begitu sedih melihat Pakatan rakyat sering mengadakan demonstrasi jalanan sehingga mengaku Islam tetapi tidak berakhlak sehingga menderhaka kepada Sultan,baring atas jalan,maki hamun sultan,Apakah Islam mengajar begini? Wahai saudara saudara Islam belajarlah Kisah nabi nabi,jadikan tauladan,Islam itu cantik,jangan tunjukkan Islam itu ganas.
Kepada orang melayu,saya mengingatkan jangan pisang berbuah 2 kali , kerajaan Melaka jatuh kerana Tengku Bendahara,hari ini jangan bangsa melayu terpinggir dan merempat di negara sendiri akibat manusia rakus yang berlumba mengejar nak jadi PM,termasuk orang orang cina dan india saya merasakan demokrasi negara hampir dimusnahkan.kembalilah bersatu untuk negara tercinta.Bukan berpecah belah jadikanlah Malaysia harmoni dan dihormati kembali.