Monday, January 18, 2010

PAS suka jaga tepi kain UMNO, kenapa?

Pas tidak berhak mempertikaikan jumlah peruntukan yang digunakan UMNO pada majlis pelancaran program Juara Rakyat baru-baru ini dan juga siri kempen program itu pada masa akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak perlu tampil membuat penjelasan kerana keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

“Saya hendak maklum program pelancaran itu kita guna wang UMNO dan Pas tidak boleh mempertikai berapa banyak kita hendak guna kerana itu semua terpulang pada UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin sempena program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.

Turut berlangsung pada program itu pertandingan memancing GP Joran Bagus 2010.

Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta UMNO menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor hujung minggu lalu.

Mahfuz berkata, penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti UMNO.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikaikan peruntukan berjumlah RM15.6 juta yang diumumkan Najib pada pelancaran program itu bagi membaiki pangsapuri di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, menjadi hak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan apa jua peruntukan pada bila-bila masa.

“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri ialah Pengerusi BN.

“Perdana Menteri tidak boleh memisahkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN walau di mana beliau berada ketika membuat apa jua pengumuman,” katanya.

Komen:

Mahfuz Omar cuba bangkitkan kerana nak bagi tahu kepada rakyat bahawa UMNO telah gunakan duit rakyat untuk mengadakan program Juara Rakyat. Jawab pun salah tak jawab lagi salah. Jawab betul pun salah jawab tak betul lagi salah. Kenapa jadi begitu? Penceramah-penceramah PAS khususnya Mahfuz dan Mat Sabu pandai putar belit cerita. Ceramah depa ni kadang-kadang jadi lawak, gelak ketawa kerana Mat Sabu dan Mahfuz pandai buat cerita lawak. Pemimpin-pemimpin UMNO dihina macam tak ada otak, duduk bawah tempurung, bengap, bahlul dan sebagainya. Sedangkan dalam PAS sendiri pun, sudah ada ahli PAS sendiri berani mengkritik tok guru dan kerajaan PAS di Kelantan. Banyak perkara yang boleh dipersoalkan oleh rakyat kepada Mat Sabu sendiri. Siapa yang tak tahu cerita Mat Sabu dengan bini orang.
Biarkan UMNO buktikan kemampuannya untuk menjuarai rakyat. Dan PAS juga boleh pada masa yang sama buktikan bahawa PAS tidak kurang hebatnya. Biarlah rakyat yang menilainya. Belum pun sempat sebulan program Juara Rakyat dilaksanakan, sudah ada usaha PAS melancarkan perang dengan program UMNO "Pengkhianat Rakyat". Begitulah buruknya politik PAS yang dikatakan parti yang memperjuangkan Islam. Islam tidak lagi dihormati oleh penganut agama lain. Sikap buruk pemimpin PAS ini akan diwarisi oleh pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong fanatik mereka. Lihatlah bagaimana puteri dan pemimpin UMNO dikutuk, dikecam, dimaki hamun, dibaling botol air, dicabar dengan pelbagai isyarat tangan, muka dan badan yang amat memalukan Islam agama yang dianuti. Tapi pengikut dan penyokong UMNO sebaliknya tidak begitu. Fahamilah bahawa perjuangan PAS semakin tersasar sejak berada bersama Pakatan Rakyat.


3 comments:

Anti hipokrit said...

Itu tandanya akhir zaman bila PAS merestui kalimah Allah digunakan oleh gereja!!!!!!!!! pemimpin PAS sendiri menyokong Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan oleh The Herald Tribune. Apa dah nak jadi ni!!!!!

Anonymous said...

slm,itu sbb ada org cakap..ada pemimpin PAS yg sebenarnya bukan ulamak tapi.....P...MAK!!!!serius...ada yg menyampah sampai tahap tu.....!!!!

Anonymous said...

Mahpuz Omar + Mat Sabu (Sapu) sapa tak kenal, itulah kerja depa, buat duit haram melalui ceramah Fitnah yang mereka lakukan, duit itu beli beras bagi anak bini makan.

Anak Mahpuz kePusat Serenti nak kadaq perbuatan bapaknya, Mat sapu pula, selain Fitnah orang jadi tukang sapu, sapu duit orang ramai dan sapu bini orang...dua2nya jadi Pak Sebok!!!jaga tepi kain orang.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"