Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tuduhan pembangkang bahawa UMNO telah mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah sebaliknya pembangkang sebenarnya memulakan isu itu. Beliau berkata, kerajaan sangat memahami keadaan yang berlaku sekarang kerana telah melalui tempoh panjang mentadbir negara. "Kalau kita membaca kenyataan pemimpin pembangkang, sebenarnya merekalah yang mempolitikkan, ini bukan isu politik sebaliknya isu berkaitan umat Islam yang ada kaitan dengan akidah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas tuduhan Pas bahawa UMNO cuba mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah. Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataannya di laman web Harakahdaily dipetik sebagai berkata, parti itu kesal dengan sikap UMNO yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu kalimah Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara fast track. Idris juga mendakwa UMNO bertanggungjawab mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, antara lainnya mengandungi klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan itu tiada dalam hukum Islam. Muhyiddin menegaskan, UMNO sejak dulu menjadikan usaha membela agama, bangsa dan negara sebagai asas perjuangan sehingga membolehkan rakyat negara ini hidup dengan aman.
Komen:
Pendirian UMNO kelihatan konsisten dalam mempertahankan hak sama ada hak sebagai bumiputera/Melayu dan kedudukan agama Islam serta Raja-Raja Melayu. Masa UMNO kuat atau ketika UMNO agak lemah bersama BN ketika ini, didapati suara pemimpin-pemimpin UMNO senada dan seirama serta sehaluan terhadap sesuatu isu. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak bercanggah dalam isu penubuhan Kerajaan Perpaduan, Dasar Ekonomi Baru, ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan akhir sekali isu penggunaan kalimah Allah. Cuma isu pelaksanaan PPSMI didapati pemimpin-pemimpin UMNO berbelah bahagi.
Sebaliknya PAS sebagai sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam dengan slogan "Membangun Bersama Islam", "Kami Sokong Hudud", " Bersama Pemimpin Ulama", "Islam Perjuangan Kami" dan pelbagai lagi slogan yang dapat kita lihat dan baca. Tetapi dasar perjuangan Islam PAS semakin tipis sejak pemimpin PAS ingin menjaga hati pengundi-pengundi bukan Islam, sejak bersahabat dengan rakan-rakan DAP dan PKR. Pemimpin PAS sangat arif dengan dasar perjuangan parti DAP dan PKR. yang tidak akan menyokong penubuhan negara Islam. Tapi kerana memerlukan undi dari orang-orang bukan Islam, kenyataan-kenyataan pemimpin PAS mulai dipertikaikan oleh penyokong-penyokong PAS sendiri. Malahan berlaku percanggahan yang amat ketara antara pemimpin-pemimpin utama PAS sendiri berkaitan dengan isu kalimah Allah. Isu menentang ISA dan PPSMI, pemimpin utama PAS sanggup menyertai demontrasi jalanan kerana apa? Oleh kerana isu-isu itu mendapat bantahan oleh semua kaum termasuk orang-orang bukan Melayu. Isu DEB, pemimpin PAS diam sepi. Isu Karpal Singh nak saman Raja Perak, pemimpin PAS senyap sunyi, kenapa? Kenapa pula isu kalimah Allah, PAS boleh bersuara dan mengeluarkan Kenyataan Penuh Presiden PAS yang bercanggah sesama pemimpin-pemimpin utama PAS sendiri. Bila puluhan NGOs Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dll. membantah bersama UMNO, maka pemimpin PAS menggelabah dan mulai menjarum rakyat bahawa UMNO mempolitikkan isu kalimah Allah.
Khalid Samad (MP Shah Alam- PAS) tanpa rasa bersalah segera menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah. Tapi SU Agung PAS, Nasaruddin Mat Isa membantah keputusan tersebut. Manakala Dato' Harun Din, Naib Presiden PAS menasihatkan agar tidak menyokong keputusan mahkamah kerana boleh membawa kepada kekufuran. Ramai lagi tokoh-tokoh agama (bukan ahli politik) membantah dengan keputusan mahkamah. Sebenarnya siapakah yang mempolitikkan isu kalimah Allah? PAS atau UMNO? PASlah jawabnya.

No comments:
Post a Comment