Thursday, January 28, 2010

MB Perak bukan Dato' Zambry, pelik tapi benar!

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

Petikan: HarakahDaily 28 Jan 2010

Komen:

Yang pelik tapi benar. MB Perak bukan Dato' Zambry rupa-rupanya masih Datuk Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengingkari perintah Raja Sultan Perak. Sanggup pula sembah derhaka. Sewajarnya gelaran Datuk Seri sepatutnya dikembalikan kepada yang menganugerahkannya. Jika masih ingat bersama Nizar yang mendahului penerima darjah kebesaran Sultan Perak ialah Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara. Sewajarnya Nizar bersyukur jadi MB Perak setahun jagung dah dapat anugerah kebesaran Sultan Perak. Tapi orang tamak selalunya rugi. Sekarang apa dah jadi. Tiga orang wakil rakyat PR lompat parti jadi wakil rakyat bebas, kerajaan PR Perak rebah sama sekali. Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara yang sangat arif dalam soal perundangan telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Tapi pembangkang khususnya Nizar pemimpin PAS negeri Perak tidak mahu menerima kenyataan bahawa PR telah hilang kuasa untuk mentadbir negeri. Sebaliknya beliau sanggup sembah derhaka, penyokong-penyokong PAS sanggup tidur di atas jalan, bertakbir di sepanjang jalan seperti orang tak siuman. Beginilah rupa perangai yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS kepada penyokong-penyokong PAS. Jika ada blog-blog yang menghina sultan, 99.99% kita boleh menelah bahawa blogger-blogger itu sebenarnya asuhan dari pemimpin PAS yang sanggup sembah derhaka!

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"