Thursday, January 7, 2010

Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan

SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.

Sumber: Sinar Harian 7/1/10

4 comments:

Busu said...

PAS punyai pendirian berbeda2 antara pemimpin utamanya berkaitan isu kalimah Allah. Macamana ni?

Pak Tam said...
This comment has been removed by the author.
Bekas Penyokong PAS said...

PAS nak jadi juara rakyat, mahu undi rakyat bukan Islam dlm PRU13. Pendirian PAS lebih sederhana dan berhasrat mengganti UMNO bersama DAP dan PKR semasa di Putrajaya nanti. Pendirian UMNO pula konsisten apa isu sekali pun. Tapi PAS boleh berubah2 dan ketara bila isu kalimah Allah ini. PAS semakin berserabut..sebenarnya 99% ahli PAS di akar umbi membantah tapi pemimpin utama PAS sebaliknya. Sebab tu tiada lagi bendera parti PAS bersama NGOs Islam yang lain membantah. Jika menentang ISA, PAS sanggup bersama dgn NGOs berdemontrasi di jalanan dan kerana mahukan kembali kuasa politik di Perak, penyokong PAS sanggup tidur atas jalan menghalang pergerakan kereta kerabat Raja Perak. Tapi isu Kalimah Allah, PAS mengambil jalan yang tidak merugikan parti dan tidak mahu memikirkan impikasinya kepada umat Islam bila kalimah Allah senang2 boleh digunakan oleh gereja dalam majalah berbahasa Melayu. Lu fikirlah sendiri!!!

10 BUDAK HITAM said...

Salam sejahtera saudara,

Saya dengan ini secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

http://10sibudakhitam.blogspot.com

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"