Tuesday, July 13, 2010

GOLONGAN ULAMA KOMITED SATUKAN SATUKAN UMNO-PAS


KUALA LUMPUR 12 Julai - Golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.
Penyatuan dua parti orang Melayu itu jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama.
"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
"Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.
Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Harussani menambah, dalam keadaan umat Islam masih berpecah, pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan.
"Ini bukan soal perkauman tetapi ini menyentuh mengenai masa depan Islam. Apabila kita menyentuh tentang Islam ia bersangkut paut dengan orang Melayu kerana Islam di Malaysia didukung oleh orang Melayu.
"Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?" katanya lagi.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.
"Saya tidak akan berhenti melakukan kerja ini. Kerja ini tiada noktahnya kerana ia membabitkan kedudukan Islam serta umat Islam pada masa akan datang.
"Saya tidak rela melihat Islam dipermain-mainkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu melihat kedudukan umat Islam terus menerus berada pada persimpangan jalan yang amat kritikal ekoran wujudnya perpecahan," katanya.
Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.
Dalam pada itu beliau berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.
"Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik," katanya lagi.
Mengulas isu sama, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, penyatuan UMNO dan Pas bukan sahaja menjadi hasrat kepada golongan agama malah bagi semua umat Islam.
Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan percaya jauh di sudut hati umat Islam ingin melihat kedua-dua parti itu bersatu dan bekerjasama khususnya berkaitan dengan Islam dan kepentingan Melayu.
"Saya sendiri sentiasa berdoa agar apa yang dihasratkan ini dimakbulkan oleh Allah," katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia 12/7/2010

4 comments:

Anonymous said...

dalam hati , dalam jantung aku pun cuma nak satu je , nak melayu bersatu !! aku nak melayu tak kira fahaman politik apa , mesti bersatu !

aku tak nak hak keistimewaan melayu hilang ,
aku tak nak harta melayu dirampas ,
aku tak nak tanah melayu tergadai ,
aku tak mahu hak melayu sebagai pemilik tanah melayu dicabar oleh pendatang !

aku mahu melayu jadi tuan ditanah melayu , aku mahu bangsa melayu jadi kata pemutus dalam kerajaan ,

aku mahu islam bersatu , aku mahu melayu bersatu , 1melayu ..1melayu ,1 melayu !!

last minit said...

Selama ini aku masih merasa cemas dan takut melihat bangsa ku bangsa melayu yg mula di hina dan di permainkan olih bangsa lain kerana berlainan politik aku juga cemas kerana mereka mula menghina ugama ku ia itu ISLAM kerana bangsa ku berada 2 puak 1 puak masih bertahan dan 1 puak menyerang bersama sama puak yg tak sepatutnya menyerang org melayu dan raja raja melayu,Puak puak ini sedang meperkuat kaum nya untuk menyerang org melayu dan ugama islam serta raja raja melayu dan aku berseru pada bangsa ku bangun lah dan bersatu lah nescaya kita akan kuat dari semua segi jangan lah kerana berlainan politik kita menikam bangsa kita dari belakang sekira nya UMNO PAS bersatu aku lah orang pertama yg akan menadah tangan tanda keshukuran kepada illahi kita akan kuat melayu itu sendiri akan di geruni olih kaum kaum lain dan tidak berani menyebut lagi pasal melayu.

last minit said...

Selama ini aku masih merasa cemas dan takut melihat bangsa ku bangsa melayu yg mula di hina dan di permainkan olih bangsa lain kerana berlainan politik aku juga cemas kerana mereka mula menghina ugama ku ia itu ISLAM kerana bangsa ku berada 2 puak 1 puak masih bertahan dan 1 puak menyerang bersama sama puak yg tak sepatutnya menyerang org melayu dan raja raja melayu,Puak puak ini sedang meperkuat kaum nya untuk menyerang org melayu dan ugama islam serta raja raja melayu dan aku berseru pada bangsa ku bangun lah dan bersatu lah nescaya kita akan kuat dari semua segi jangan lah kerana berlainan politik kita menikam bangsa kita dari belakang sekira nya UMNO PAS bersatu aku lah orang pertama yg akan menadah tangan tanda keshukuran kepada illahi kita akan kuat melayu itu sendiri akan di geruni olih kaum kaum lain dan tidak berani menyebut lagi pasal melayu.

Anonymous said...

sebelum nak satukan UMNO ngan PAS tu, golongan ulamak yang ade ni kena buat sesuatu dulu, samekan gaya dan fikrah pemimpin2 UMNO ngan PAS tu dulu...
suruh pemimpin2 UMNO tu yang dari x pakai tudung nya pakai tudung...

simplest step first, kalu ni pun x bleh ubah, kene ubah diri sendiri dulu lah....erk...

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"