Saturday, July 3, 2010

PAS lebih baik bersama UMNO dari DAP- Mukhriz

MARANG 2 Julai. – Pertelingkahan dua pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS dan Karpal Singh dari DAP, membuktikan betapa rapuhnya ikatan kedua-dua parti yang mempunyai pendirian serta ideologi bertentangan.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata PAS sepatutnya menyedari sejak awal lagi bahawa kerjasama dengan DAP tidak akan berhasil kerana pendirian kedua-dua parti jauh berbeza.
“Satu pihak nak negara Islam, satu pihak lagi kata langkah mayat aku dulu. Jadi, tak mungkin mereka dapat berpakat dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini.
Justeru, Mukhriz berkata, PAS lebih sesuai bekerjasama dengan Umno kerana pada dasarnya, kedua-dua parti tidak banyak berbeza.
“Persamaan PAS dan Umno sebenarnya lebih banyak daripada perbezaan, tetapi sebaliknya, perbezaan itu yang diperbesar-besarkan,” katanya.
Mukhriz berkata perbezaan pendirian kedua-dua pemimpin sepatutnya memberi peluang parti dan penyokong mereka kembali menilai kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang yang turut disertai PKR itu.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika diminta mengulas perkembangan terbaru kedua-dua pemimpin pembangkang itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. – Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Mengalir air mata bila dengar dan hayati lagu "Anak Kecil Main Api". Melayu, Melayu, Melayu....kenapa kita berpecah sesama sendiri. Kenapa PAS sanggup bersama DAP yg sah menentang Islam. Apakah pemimpin UMNO tidak Islam?

Anonymous said...

Sebabnya mudah aja.
1. Pemimpin PAS berjuang untuk kepentingan peribadi.
2. Pemimpin PAS takut kehilangan Jawatan.
3. Pemimpin PAS anggap dia aja Islam, walhal lebih kapir dari kapir kerana tertelan fatwa sendiri.
4. Peduli apa Islam/Melayu yang penting segala Kekayaan tak boleh dipertikaikan oleh akar umbi...Jihat Katakan.
5. Pemimpin PAS senang nak kumpul harta dengan Ceramah tanpa buat keja lain. Bila buat Ceramah boleh kutip tabung..Jihat juga tu.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"