Friday, July 2, 2010

Kg. Binjai Bayan Lepas akan lenyap tidak lama lagi.......bantulah mereka?

Difahamkan lebih 50 buah rumah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang akan diroboh oleh pemaju untuk dibina dengan rumah sesebuah 3 tingkat dan rumah berkembar 3 tingkat. Sudah tentu rumah sebesar ini tidak akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Kampung Binjai itu sendiri. Inilah nasib sebuah kampung 99% orang-orang Melayu yang dihalau keluar kerana pembangunan 'pembersihan' orang-orang Melayu secara perlahan-lahan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Semasa pentadbiran BN dulu, kelulusan projek perumahan di kawasan Daerah Barat Daya dibekukan dan diperlahankan sebagai usaha mengatasi kesesakan jalan utama Bayan Lepas-Balik Pulau mengalami kesesakan teruk di waktu puncak. Tapi kerajaan negeri Guan Eng tidak memikirkan tentang masalah itu. Itu masalah rakyat. Rakyat boleh fikir sendiri untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Hanya dalam tempoh dua tahun, kerajaan negeri DAP-PKR-PAS memerintah, pertumbuhan projek perumahan ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukit bukau ditarah dan rumah-rumah kampung ditolak untuk digantikan dengan rumah batu bertingkat-tingkat. Orang Melayu hanya boleh memerhatikannya sahaja. Orang Melayu tidak mampu beli. Kampung orang Melayu kian lama kian lenyap. Masa kempen pilihanraya dulu, pemimpin UMNO/BN dikritik dan dikutuk. Pemimpin UMNO/BN didakwa kejam kerana merampas harta rakyat. Ramai cendiakawan dan pemerhati politik bebas, mengiyakan bahawasanya kemenangan parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana 'fitnah' yang mereka taburkan. Sekarang lihat dan saksi sendiri, bagaimana pentadbiran negeri Guan Eng telah  meluluskan projek-projek perumahan secara rakus sekali.
Difahamkan YB Adun Bayan Lepas sedang berusaha mendapat bantuan Kerajaan Pusat bagi menyelamatkan kampung ini. Mungkin YB Adun Bayan Lepas mempunyai mekanisme tertentu bagi menyelamatkan kampung ini daripada jatuh ke tangan pemaju. Sama-samalah kita beri sokongan dan semangat kepada keluarga-keluarga Melayu yang terbabit supaya bersabar. Menurut maklumat yang boleh dipercayai, ADUN Pakatan Rakyat tidak mahu membantu menangani masalah penduduk di kampung ini kerana penyokong Pakatan Rakyat dikatakan cuma 4-5 keluarga sahaja. Begitulah pendirian wakil rakyat pembangkang yang dipuji dan dipuja oleh orang Melayu selama ini. Begitulah nasib penduduk Kg. Binjai, Bayan Lepas selepas rakyat memilih DAP-PKR-PAS memerintah Pulau Pinang. Sokong lagi! Harap pagar, pagar makan padi.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed @ DAtuk Syed Adun B.Lepas mmg YB yg baik dan bagus dah byk penggal jawat jawatan. Ada JKKK pun susah nak minta bantuan sbb campur tangan org PAS/PKR yg mahakuasa, perut sendiri sahaja yg diisinya.Entahlah apa nak jadi dengan Penang ni. Orang melayu terutama yg muda muda ini lah bakal perosak negara kerana kurang pendidikan, kurang ambil perhatian serta mendalami sesuatu isu, mudah dipengaruhi tanpa berfikir dalam baik buruk di kemudian hari, lebih nak berseronok "berpesta" "merempit", gadai badan, buang bayi, mak bapak tidak "pandai jaga anak" kerana pada mereka anak mereka baik taat tetapi mcm jemuan aka hantu. Terkilan kerana bahagian barat daya penang serta bahgian utara mainland penang aja orang melayu semua berada dan tinggal tetapi orang orang melayu sendiri dah mudah lupa dan alpa bercakaran sesama sendiri, yang berpesta dan berseronok kaum cina, dalam diam diam buat perancangan yg hebat sekali sehingga pemimpin islam melayu pakatan termasuk Aljuburi sendiri boleh terkedu seribu bahasa tak boleh nak buat terlebih laju takut dek kena panahan asmara DAP, layu. Hasmadi dia tu boleh jalanlah, clone Azmin.

anti hipokrit said...

Ya setuju. Nampaknya tuan Syed antara org paling kecewa selain penduduk kampung binjai yg terlibat jika kampung itu tak dpt diselamatkan. Kami turut simpati dan kita sokong hrp2 tuan syed boleh lakukan sesuatu, insyallah

Anonymous said...

salam...

skang kebenaran dah terbuktu.tuan tanah sebenar yang jual tanah tu pada pemaju.nak tuduh pun tgk la dulu.bukan main serbu tak pakai helmet....

haprak tul la kprang ni.janganbagi malu kaum kita ni atas peragai haprak korang tu terutama (YB FARID n the gang)

Anonymous said...

Sebenarnya, projek ini semua telah dirancang dr thn 2006 dah saya ada bukti surat hitam putih. inilah kebenarannya. Saya rasa, Tuan Syed telah dipermainkan oleh pihak lain iaitu Jaafar Mastan. Jaafar Mastan tidak putus2 memuji dirinya sendiri iaitu dia mengungkit dialah hero yang membangunkan Kg. Binjai. Sepanjang dia memegang jawatan di Kg. Binjai, tiada apa2 perubahan yg baik yg dpt kita lihat malahan lebih teruk dimana anak2 muda / pemuda umno tidak suka pada sikap pentingkan diri. Sekiranya ada apa2 peruntukan atau program melancong, dia hanya berkongsi peruntukan itu untuk dirinya dan kroni2 / anak pinaknya sahaja. Saya berharap agar Tuan Syed / Dato' Hilmi dapat membuka mata dan dpt menilai mana yg baik dan buruk sekiranya berjiwa rakyat terutamanya demi org2 Melayu. Sekian.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"