Orang Melayu hanya boleh berdemontrasi. Mungkin boleh disertai oleh beberapa NGO Melayu dan NGO Islam. Itu saja yang dapat orang Melayu mampu lakukan, kenapa? Inilah angkara Melayu tidak bersatu. Melayu berpecah dua atau tiga kumpulan besar akibat perbezaan ideologi politik. Melayu majoriti di tanah air sendiri tapi jadi lemah kerana bercakaran sesama sendiri. Kumpulan penduduk majoriti akan jadi minoriti. Itulah sebenar yang berlaku kepada orang Melayu hari ini. Tapi orang Melayu masih tak mahu sedar diri. Orang Melayu terlalu taksub kepada pemimpin parti tertentu hingga tidak kisah bangsa dan agama Islam semakin terhimpit dan dihina. Pemimpin-pemimpin Melayu juga sengaja tak mahu sedar kerana ketamakan kepada kuasa politik. Tak kiralah sama ada pemimpin itu datangnya dari UMNO, PAS atau pun PKR. Pemimpin pembangkang sepuluh kali teruk daripada pemimpin UMNO. Sejak memerintah negeri Pulau Pinang, apakah pemimpin Melayu PKR dan PAS boleh lakukan? Hampas! Orang Melayu Pulau Pinang khususnya semakin tertekan, bagaikan pelarian palestin. Akan usir keluar secara terancang oleh KM Pulau Pinang, Tuan Guan Eng, pemimpin yang menjadi idola penyokong PAS dan PKR di Pulau Pinang hingga mendapat gelaran pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Orang Melayu Pulau Pinang telah diperbodohkan oleh seorang pemimpin DAP. Bagaimana kampung tradisional satu demi satu akan lenyap dikerjakan oleh kerajaan negeri atas alasan pembangunan negeri Pulau Pinang. Lihatlah apa yang terjadi kepada penduduk Kg. Buah Pala? Sekarang Kg. jalan Pokok Asam akan menerima nasib yang sama, dan tak lama lagi Kg. Binjai tunggulah!. Demontrasilah pagi, petang, siang ataupun malam. Pasti pembangunan akan naik tanpa belas kasihan. Mana pemimpin PAS dan NGO PAS ketika rakyat ini memerlukan sokongan dan bantuan anda? Pemimpin PAS dan PKR bertanggungjawab atas kemusnahan kampung-kampung tradisional kaum India dan Melayu di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1Mansor Othman yang akan mendapat gelaran Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-72 esok. Tahniah kepada Datuk Mansor Othman tetapi orang-orang Melayu di Pulau Pinang Datuk akan mendapat gelaran 'Pelarian di tanah air sendiri'. Mana janji-janji pilihanraya dulu Datuk? Mana hilangnya YB Tuan Abdul Malik Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna? Tampillah ke hadapan Tuan, bantulah orang Melayu di Kg. Jalan Pokok Asam dan juga Kg. Binjai yang turut akan menerima nasib yang sama. Datuk Abdul Halim Hussain dari PKR, walaupun bukan exco dan bukan ADUN tapi selaku Speaker pun sebenarnya boleh bela nasib orang Melayu Pulau Pinang? Tapi kemana pemimpin-pemimpin Melayu ini menghilang? Apakah hampa takut kepada pemerintah diktator Guan Eng itu? Jika tak cukup dengan pemimpin Melayu PKR, orang Melayu Pulau Pinang ada pemimpin tunggal PAS, YB Tuan Salleh Man. Pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan nak tubuh negara Islam. Tapi jika nasib bangsa Melayu yang beragama Islam di negeri sendiri pun tidak dapat dibela nasib mereka masakan Tuan Salleh Man dan parti PAS boleh tubuh negara Islam PAS? Semua itu retorik belaka. Bekas Exco Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Syed Amerrudddin telah memberi komennya dalam Utusan Malaysia pada 8 Julai 2010, katanya semasa Pulau Pinang di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri akan memastikan pemaju mendirikan rumah untuk menggantikan kediaman setiap penduduk kampung yang terlibat dengan projek pembangunan. Beliau menambah lagi, campur tangan pemimpin kerajaan negeri merupakan salah satu cara penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan kampung-kampung ini seterusnya membela nasib orang Melayu. Itu komen bekas exco kerajaan negeri BN dulu. Tapi Utusan Malaysia satu-satunya akhbar utama orang Melayu telah diboikot oleh kerajaan negeri Guan Eng. Pemimpin diktator Guan Eng benci akhbar Utusan Malaysia maka begitulah bencinya dia kepada orang-orang Melayu. Tapi orang Melayu Pulau Pinang sangat menyanjungi Ketua Menteri PP, Tuan Guan Eng sebaliknya orang Melayu benci DS Najib pasal apa? TG Nik Aziz sendiri lebih rela bekerjasama dengan pemimpin DAP termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh, kenapa? Walaupun TGNA sendiri tahu bahawa Karpal Singh tegas dan keras menentang penubuhan sebuah negara Islam, kenapa TGNA bersikap semacam itu? UMNO didakwa zalim, disamakan dengan Yahudi. Itu kerja pemimpin PAS/pembangkang cuba menimbulkan kebencian sesama umat Islam. Apakah selama ini kerajaan Malaysia di terajui oleh UMNO tidak membela nasib orang Melayu? Apakah syiar Islam tidak subur di bawah pemerintahan UMNO? Sudah beribu-ribu orang Melayu sudah berjaya dalam bidang profesional. Sudah beribu masjid dan surau dapat didirikan di seluruh pelusuk negara. Sistem perbank Islam dan sistem insuran takaful di Malaysia telah menjadi model ikutan oleh negara-negara Islam lain di dunia. Mahkamah Syariah dan perundangan Islam semakin berkembang maju di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa dan kolej-kolej Islam pun ada. Pajak gadai Islam ar-Rahnu telah diperkenalkan dan beroperasi dengan baik di Malaysia. Institusi Pendidikan Islam dibantu oleh kerajaan Malaysia. Sekolah Agama Rakyat turut dibantu dan diambil alih oleh kerajaan. Elaun Guru Kafa, elaun Imam dan elaun hafiz dibayar. Banyak lagi! Apakah semua ini dilakukan dengan baik oleh kerajaan PAS di Kelantan? Kenapakah ada sesetengah orang Melayu yang mengakui beragama Islam tidak mengakui kejayaan UMNO tapi masih berbangga dengan kejayaan kerajaan PAS di Kelantan yang sebuah masjid belum dapat dibina sejak 20 tahun memerintah. Yang banyak dibina ialah markas-markas PAS di merata ceruk kampung dan desa hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian tapi tiada perancangan rapi untuk membela nasib rakyat Kelantan. Pemimpin-pemimpin Melayu khususnya UMNO di Pulau Pinang mesti bersatu. Orang-orang Melayu di Pulau Pinang mesti buat keputusan yang bijak. Sudah terang lagi bersuluh dengan apa yang telah berlaku di hadapan mata kita. Ceramah politik pembangkang hanya umpanan yang beretorik. Setakat ini dulu...harap Melayu Pulau Pinang semakin sedar, bersatulah kita!
No comments:
Post a Comment