Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Malah beliau sanggup bersumpah atas nama Allah dan Rasulullah bahawa sekularisme dalam erti Barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang dakwaan yang menyatakan sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali. ‘‘Pemisahan agama, adat dan raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran.
‘‘Pokok pangkal sekular adalah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain. ‘‘Sedangkan kita lihat di dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh tetapi ia sedang mengalami perubahan,’’ katanya.
Muhammad Uthman berkata, sudah tiba masanya umat Islam di negara ini menghentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme sebaliknya kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam. ‘‘Islam mengajar kita menyayangi agama dan bangsa. Ini yang diajar oleh Islam dan sehubungan itu jangan sesekali kita melanggar kerangka asal berkenaan. ‘‘Sewajarnya ia dipatuhi dan dalam masa sama diperkemaskan lagi supaya ia boleh menjadi contoh kepada kaum minoriti yang lain,’’ katanya.
Dalam pada itu Muhammad Uthman berkata, mereka yang melanggar kerangka asal tersebut boleh dipanggil sebagai ‘orang gasar’ atau tidak bertamadun.
‘‘Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh dibiarkan atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat,’’ katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tuduhan kafir kepada pihak tertentu adalah satu budaya yang amat ditegah oleh Islam.
Komen:
Apakah nanti Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady akan dikritik oleh ulamak-ulamak PAS kerana masuk campur urusan politik. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.
Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu. Idris Ahmad seperti pemimpin yang hilang punca, tidak berilmu atau sengaja mahu perbodohkan kelompok umat Islam tertentu. Walaupun Mufti Perak menyentuh tentang penyatuan orang Melayu, maksudnya samalah juga dengan penyatuan orang Islam. Kenapalah isu bangsa dan agama diperbesarkan oleh pemimpin PAS. Dalam perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa orang Melayu itu adalah Islam di Malaysia. UMNO ditolak pula kerana tak lawan rasuah sedangkan DAP dan PKR tolak rasuah. Beginilah cakap ulamak politik yang sengaja mengaburkan pemikiran umat Islam. Seolah-olah dulu dan kini pemimpin UMNO masih mengaamalkan rasuah dan pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR tidak rasuah. SPRM ditubuhkan dan menggantikan BPR itu apa pulak? Bukankah usaha-usaha kerajaan Malaysia yang ditunjangi UMNO untuk memerangi rasuah? Pemimpin-pemimpin PAS seperti hilang punca setelah semakin ramai tokoh-tokoh agama, ulamak dan pemimpin NGOs Islam mulai mengkritik pandangan ulamak politik PAS yang bercelaru tentang perpaduan Islam. Majoriti Melayu ataupun umat Islam di Malaysia sebenarnya mahukan PAS dan UMNO bersatu.
9 comments:
kalau sekadar tgk ade bank islam, ade msjid besar2, ade surau merate2....
ape gunenye kalau rasuah tetap berleluasa? masjid tu solat 5 waktunya setengah saff je?surau x diimarahkan?
tu lah sebab org kate malaysia pemerintahan nya sekarang ni sekular...
pentadbiran nya adalah berdasarkan sistem demokrasi sedangkan islam yg sebenar dalam memilih pemimpin adalah melalui sistem syura...
yang pemimpin pulak tidak menutup aurat, x pakai tudung, sape? carilah sendiri....pemimpin pun dah asingkan care hidup nys sendiri drpd islam, boleh lg kite panggil dorang perjuangkan permerintahan islam???
minta saudara tolong jawab untuk menyelamatkan saye drpd menyertai PAS, sy nak sertai UMNO tp kalau tgk mcm ni lah gaye nye,hrmmmmm.....
SDR ANON DI ATAS BOLEH MENYERTAI PAS ATAU LEBIH BAIK SDR MENYERTAI DAP. PAS DAN DAP ADALAH PAKATAN JAHAT. SDR BUTA MATA MUNGKIN OKU DAN BUTA HATI KERANA TIAP MALAM DENGAR CERMAH TG NIK AZIZ.
ELOKLAH SDR BERKAWAN DGN DAP SEBAB DAP JUGA TAK MENGIKTIRAFKAN MSIA SEBUAH NEGARA ISLAM. SAYA NAK TANYA SDR KENAPA DI KELANTAN, SUDAH LEBIH 20 TAHUN TGNA GAGAL MELAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM, PENDUDUK MISKIN, MASALAH SOSIAL LEBIH TERUK LAGI DARI NEGERI2 LAIN...KENAPA? SETAKAT SDR DAN TGNA SERTA BEBERAPA KERAT PEMIMPIN EDROGAN PAS NAK KATA MSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR, TAK HAIRANLAH. SEBAB RAMAI LAGI TOKOH2 AGAMA, CENDEKIAWAN ISLAM DAN PEMIMPIN ngoS mELAYU DAN NGOs ISLAM YANG SOKONG MSIA SBGAI SEBUAH NEGARA ISLAM CONTOH DI DUNIA. BOLEHKAH KELANTAN JADI NEGERI ISLAM CONTOH DI MSIA? HAMPAS!!!!
ape die????
malaysia sebagai contoh negare islam????hrmmm....
buktinye???isteri pemimpin free hair???pm tepikir nak lulus judi???
ape bukti statistik yg kelantan paling teruk masalah sosial nye???
kalau sekadar ckp je, samelah mcm pemimpin kite sekarang, retorik!!!
tunjuk bukti, dan comparekan statistik tu dgn negeri2 lain mcm johor dan selangor....
SDR ANON 7:33
Buta mata dan hati sekali. Sdr tak kenal Msia. Lebih baik sdr tinggal di kepulauan New Guinea shj. Penduduk Thailand, Indonesia malahan negara Arab pun dpt menilai bagaimana pesatnya perkembangan syiar Islam di Msia berbanding dgn negara mereka sendiri. Itulah kau orang asyik membangkang saje.
mengikut islam, negare islam yg syumul ataupun lengkap mestilah ade 4 juzu'....
ibadah, munkahat, muamalat dan jinayah...
mungkin m;sia dah ade ke tiga2 yg terawal ini...ibadah, munakahat, dan muamalat....
tetapi, jinayah tdk diaplikasikan di Malaysia, sistem perundangan masih lagi merujuk kepade barat....
ulama'2 muktabar telah berijtihad bahawe sesiape yg meninggalkan sala satu drpd juzu' ini hukumnya adalah berlaku syirik....cari buku2 agame, bace, jgn dok bace paper je....!!!
cube saudare Busu fikirkan, kalau lah Nabi tgk keadaan umat kite skrg ni, die mengaku ke ni negare islam???pemerintahan islam???kalau hudud sekalipun tdk diamalkan...
mahkamah syariah hanye hebat dlm kes2 nikah cerai kebanyakannye....
adekah itu sudah cukup utk kite claim bahawe syiar islam sedang membangun dgn jaye nye....???
tau maksud sekular???sekular ni, maknenye mengasingkan agame dan politik dlm pentadbiran....
dalam sekularisme, ade satu lg cabang di bawahnye, iaitu hedonisme...
hedonisme ni plak adalah ape2 perkare yg menyeronokkan atau menyenangkan dianggap baik...
contoh, kalau ade sorang tu hobi die membunuh, make membunuh tu pade die adelah tidak salah...
berbeza dgn islam, ape yg salah itu tetap salah, ape yg haram itu ttp haram....
kalau judi dianggap tidak salah, boleh bg lesen, agak2 islam ke sekular????
kalau pemimpin x pakai tudung, sbb die rase selesa dan bebas, agak2 islam ke sekular???
kalau kilang arak me rata2 dibiar operasi sebab fikir ianye menyenangkan ekonomi, agak2 haram ke sekular???
saye ulang, ape yg haram itu tetap haram, yg salah tetap salah....bukan saye kate, tapi Allah yg kate....
sdr ano mmg tbeaek...
hujah2 anda sy sgt sokong...
:)
Nape dng DAP mu tak pemimpin tak cerita sebenarnya apa itu negara Islam. Napa Nizar bekas MB Perak mengatakan dlam perlembagaan PAS ssendiri pun tak ada hasrat menubuh negara Islam...bukan fitnah. Politik tipu helah kerana ndak undi Cina!
terus terdiam...elok berfikir dulu sblum berkata2
Post a Comment