Friday, July 30, 2010

Melayu PAS dan Melayu UMNO banyak persamaan. Tapi bergaduh kenapa?

DAP memang anti Melayu. Jangan dok berselindung lagi. Akhbar Utusan Malaysia telah diharamkan oleh pemerintahan DAP-PKR-PAS di Pulau Pinang. Mereka mahu rakyat Pulau Pinang baca akhbar Roket, Keadilan dan Harakah. Mereka mahu hapuskan apa sahaja perkara yang ada hubung kait dengan kepentingan orang Melayu dan Islam. Perarakan sambutan Maulid Rasul telah cuba dibatalkan pada tahun ini oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Rumah kos rendah pun tidak dibina lagi di Pulau Pinang sebabnya tak mahu bagi orang Melayu lebih ramai di Pulau Pinang. DAP Selangor pula telah pun mencadangkan diskaun harga rumah mewah dan bangunan kormesial kepada orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan. MB Melayu, Dato' Seri Khalid pula bersetuju. Amat sedih sekali ada pemimpin Melayu jadi pak turut. Apakah MB Selangor tidak faham kedudukan orang melayu dan bumiputera dalam perlembagaan persekutuan? Apakah dengan menghapuskan diskaun itu, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera boleh membeli rumah mewah dan bangunan kormersial itu? Mustahil boleh berlaku. Yang pasti keupayaan orang Melayu semakin merosot dan peluang orang Melayu dan bumiputera berkongsi kek ekonomi di Selangor semakin mengecil.  Kaum yang kaya boleh terus beli dengan lebih banyak. Melayu yang jadi majoriti di Selangor akan jadi minoriti seperti di Pulau Pinang dan akhirnya melayu di Pulau Pinang dan Selangor akan jadi Melayu di Singapura. 
Tapi pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP seperti pemimpin PAS dan PKR, kenapa semuanya diam membisu? Apakah dengan beransur hilangnya orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor, PAS masih boleh meneruskan perjuangan Islamnya? PAS sanggup bersahabat dengan parti yang anti Melayu dan anti Islam. PAS sanggup menolak pelawaan untuk bersatu dengan UMNO sedangkan dalam UMNO juga ada pemimpin Melayu dan ulamak, satu agama, satu kalimah, satu kiblat, satu bangsa dan satu bahasa. PAS lebih pentingkan politik dari mementingkan perintah Allah swt. Dalam PAS ada pemimpin yang sombong dan bersifat takabur. Sebab tu usaha menyatukan orang Melayu di Malaysia tidak berjaya. 
Pasal pemimpin PKR jangan dok cakaplah, lagi tak boleh pakai. Cakap pandai, semua BN buat tak betul tapi apakah PKR dah buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Orang Melayu patut sedar. Tak ada apa-apa pun keistimewaan pada parti PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. UMNO dulu, kini dan selamanya tetap konsisten dalam perjuangan membela nasib bangsa, agama dan negara. UMNO telah mengalami perubahan sejak DS Najib memegang tampuk pemerintahan. Wakil rakyat yang bermasalah tidak akan dipilih lagi. Konsep 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" mulai diterima rakyat pelbagai bangsa termasuk Sabah dan Sarawak. Tapi Melayu PAS dan Melayu UMNO masih bergaduh sesama sendiri seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin.  Sedangkan Cina MCA, Cina Gerakan, Cina DAP dan Cina PKR boleh bersatu kerana mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka bersatu dalam hal menjaga kepentingan bangsa mereka di Malaysia. Mereka tak kisah pun apa agama anutan mereka, mereka tak kisah pun apa parti ideologi mereka, mereka tak kisah pun asal usul mereka tapi mereka semuanya bersatu. Mengapa mereka boleh bersatu? Sedangkan agama anutan mereka pelbagai. Ada Cina yang menganuti agama Buddha, Hindu, Kristian dan Islam. Boleh pula mereka bersatu! Apa dah nak jadi dengan orang Melayu? Satu agama, satu bahasa, satu budaya dan ada hubungan persaudaraan atau pertalian darah tapi tak boleh bersatu? Sebenarnya banyak persamaan antara Melayu UMNO dan Melayu PAS tapi kenapa Melayu tak boleh bersatu seperti bangsa Cina?

5 comments:

Anonymous said...

ADA RAKYAT KELANTAN MASIH TINGGAL DALAM REBAN TAK DIHIRAUKAN ANAK MENANTU DAN ANAK TOK NIK DUDUK MAHLIGAI...ENGAKU PERGI HAJI TAK PAYAH KELUAR DUIT SENDIRI TUNGGU DAPAT DUIT SPONSOR RASUAH....INI BUKAN ULAMAK....EO LEBIH TEBAL DARI IMAN....

anti hipokrit said...

Puak tu buat apa pun tak apa....dah tentu masyukkkkk syurga, fatwa TGNA. Yang tak boleh puak Umno...buak baik pun dikata jahat..yg jahat lagi bertambah jahatlah! Jika Umno tolak untuk berdamai, akan dikatakan pemimpin Umno tolak ajaran islam. Tapi jika PAS tolak persaudaraan sesama Islam, hukum dibolehkan. Pening!!!Pening!!! Dengan puak Pas ni.

Anonymous said...

perbezaan PAS dan UMNO...

1. PAS perjuangkan hukum Allah seperti hudud dan sebagainya dgn berpandukan Al-Qur'an...
UMNO perjuangkan bangsa melayu berpandukan perlembagaan Malaysia...

2.Pemimpin PAS semua tutup aurat, pakai tudung...
Pemimpin UMNO segelintir je(tapi bini PM la umpamenye)x tutup aurat, jabat tangan antare lelaki perempuan dihalalkan....

3.TGNA kate mereka boleh bergabung dengan UMNO kalau UMNO ubah dasar parti mereka dari perjuang bangse kepade perjuangkan islam, rujuk al-Qur'an dan sunnah, bukan nye si kapir APCO...
Najib ajak PAS bergabung tapi pemerintahan dan dasar UMNO msti dikekalkan...perjuangkan bangse melayu....

4. TGNA keluarkan kenyataan utk menentang mane2 musuh Allah setelah merujuk dgn al-Qur'an...x pernah sekali2 keluarkan kenyataan tanpa hujah2 yang sahih mengguanakan dalil dan hadis...
Najib pulak mengeluarkan kenyataan menentang musuh kerajaan dgn merujuk APCO, care pemerintahan barat, dan menggunakan ISA tanpe pernah menimbangkan utk gunakan hudud...

5. Nabi Muhammad pulak sebagai pejuang islam teragung x penah pun pejuangkan bangse arab, tapi pejuangkan islam sampai semua kapir boleh hidup bawah pemerintahan islam dengan hudud sekali dilaksanakan...ermmm, gaye nabi ni mcm PAS ke UMNO???

6. Iblis pulak xnak tunduk dengan Adam apabila Allah perintahkan semua makhluk tunduk kpd Adam, sebab iblis dengan bongkak dan sombongnye claim bahawe mereka adalah bangse yang lebih kuat kerane diciptakan dari api, buat ape nak sembah bangse yg dicipta dr tanah...hidup bangse api, hidup bangse iblis...kate si iblis...
agak2 iblis ni mcm PAS ke UMNO???

Anonymous said...

saye seorang yg ikut jugak lah blog nih...
saye perhatikan encik/cik "anti hipokrit" sgt lantang dlm memberi komen2 dr beliau, tapi bile ade encik/cik anon2 yg reply blk hujah anti hipokrit dgn gune fakta2 agame, terus terdiam, x reply blk pun, bile kluar post baru, baru nak reply...dah terkelu lidah ke???kalau dah sedar bagus lah ye...sedar siape yg benar....
huhu....

anti hipokrit said...

Anon di atas:
Apa sebab2 yg menghalalkan PAS bersahabat dgn DAP dan menolak UMNO?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"