Monday, July 19, 2010

Orang Melayu perlu sokong UMNO dan tolak PAS jika mahu selamatkan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!

Pas tetap dengan pendirian tegasnya. PAS tetap menolak kerjasama politik dengan UMNO kecuali dasar UMNO berubah dari bangsa Melayu kepada Islam., kata Nik Aziz. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas. walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.
Para ulamak tua dan muda , para cendikawan Melayu, para mufti dan bekas mufti, ustaz-ustaz, serta pemimpin-pemimpin NGOs Melayu dan Islam perlu memikirkan satu jalan yang terbaik setelah pemimpin-pemimpin PAS senada dan seirama menolak kerjasama dengan UMNO. Mereka lebih rela bersama dengan DAP dan PKR walaupun mereka mengetahui secara jelas bahawa mereka sokong DAP dan PKR bukan kerana dasar perjuangan mereka sebaliknya kerana mereka adalah pakatan yang mahu mengambil alih Putarajaya dalam PRU13 akan datang. Itu jawapan sebenarnya kenapa Tok-Tok Guru pimpinan PAS seperti Nik Aziz, Tuan Ibrahim dan Cikgu Mustapha, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah menolak usaha kerjasama UMNO-PAS oleh sesiapa saja walaupun Mufti Perak, TS Harussani Zakaria telah menyatakan kesediaan menjadi orang tengah. Malahan sesiapa yang mahu campurtangan (usaha membawa kerjasama UMNO dan PAS) akan dikritik hebat.
Oleh itu sesetengah pihak dalam politik tidak hairan dengan penolakan kerjasama UMNO-PAS oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain. Mereka ulamak politik yang membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik kepartian. Pemimpin PAS bukan tidak tahu bahawa dasar perjuangan DAP dan PKR tetapi mereka lebih rela bersama DAP dan PKR walaupun Melayu dan Islam akan berpecah dua atau tiga. Matlamat pemimpin PAS mahu jadi PM dan Menteri-Menteri kerana itu sebenarnya dasar dan perjuangan PAS. Dalam jangka pendek ini, Pakatan Rakyat yakin mereka akan memenangi PRU akan datang.
Para Mufti, Cendiakwan dan Ulamak, pemimpin-pemimpin NGOs Melayu dan Islam perlu memilih UMNO supaya orang-orang Melayu dan Islam akan bertambah kuat melalui kepimpinan UMNO yang lebih terbuka dan berwawasan sifatnya. UMNO sudah berubah ke arah yang lebih baik, telus dan mendekati rakyat setelah DS Najib menjadi PM. Jika dasar UMNO salah, kenapa ada ulamak yang menyokong UMNO. Jika PAS boleh menerima dasar perjuangan DAP, kenapa pula PAS tidak boleh menerima dasar perjuangan UMNO? Jika UMNO didakwa sebagai kafir kerana bersubahat dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC maka bagaimana pula PAS yang bersubahat dengan DAP yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam? Itulah politik PAS yang suka memutar-belitkan cerita dan fatwa demi untuk keuntungan politik. PAS perlu dilupakan supaya pemimpin-pemimpin PAS insaf dan sedar bahawa rakyat Melayu/Islam tidak menyokong mereka yang jelas menolak usaha merapatkan hubungan persaudaraan sesama sebangsa dan seagama. Pemimpn-pemimpin PAS masih berpandangan bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS semakin bertambah. Lupakah mereka kebelakangan ini keputusan-keputusan PRK DUN dan Parlimen seperti di  Manek Urai, Kelantan, Bagan Pinang Negeri Sembilan serta Parlimen Hulu Selangor, pengundi-pengundi Melayu tidak lagi memihak kepada pembangkang walaupun yang bertanding itu calon PAS. Mufti Perak dan pemimpin-pemimpin NGO Melayu dan Islam, ada juga ulamak-ulamak PAS sendiri turut kecewa dengan kenyataan pemimpin PAS yang sanggup menolak usaha penyatuan bangsa Melayu dan Islam. Itulah yang diperintah oleh Allah swt. Dan itulah yang perlu diberi keutamaan oleh pemimpin-pemimpin Islam termasuklah UMNO sendiri ketika hak ketuanan Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan semakin dicabar dan dihina oleh pihak lain. Beringat-ingatlah sebelum nasi jadi bubur. Berhati-hatilah jangan dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Pepatah Melayu ada berpesan, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Orang Melayu perlu sedar dan insaf dengan apa yang telah dan sedang berlaku di Perak semasa pemerintahan PR, Selangor dan di Pulau Pinang kini.

10 comments:

Anonymous said...

Tanda awal akhir zaman.

Jeepers Creepers said...

memang tak perlu bersama pas.sebaliknya orang islam didalam pas harus keluar dari pas dan masuk umno.biarkan nik aziz dan kelab penyokong pas saja yang tinggal.

kasim said...

Kepada yang dok mengahrap PAS akan bersatu dengna UMNO tu lebih eloklah jangan dok berangan, Sebab kalau kita amati betul2 PAS sebenarnya bukan nak memerintah tapi lebih kepada untuk menundukkan UMNO saja. PAS tak fikirkan samada tindaknnya akan menyebabkan MELAYU tersungkur atau tidak.. Jadi Kalau orang melayu betul-betul sayangkan tanahair ini lebih baik kita bersatu di bawah satu payung yang sedia ada, Tiada manusia atau hamba Allah yang perfect. Jadi janglah kita terikut2 dengna dakyah pembangkang nak menjatuhkan UMNO. Mereka bukan nak jatuhkan BN tapi sebenarnya nak jatuhkan UMNO. Kena faham betul2.

kasim said...

Tak perlu bersama PAS, Nik ajis ni niatnya hanya satu, asalkan UMNO kalah itu saja, JAdi tak payahlah dok dengar tukang karut tu bercakap.. lidah bercabang. Hari ni cakap lain esok lain. Hadi Awang pula memang jadi PUPet saj dalam PAS. Tak beranai sanggah apa yg TGNA cakap....
Harun Din pun terdiam dengan TGNA ni. Jadi TGNA ni sedang dalam dunianya yang tersendiri merasakan dialah orang paling berkuasa sekarang dalam PAS. Biarkan dia sendiri dengan penyokong PAS yang memang dah di belit kepala hotak mereka tu.

kasim said...

Orang PAS ni lebih sayangkan guan eng dari orang melayu/islam yang berjemaah bersama mereka> sebab bagi PAS Khalifah UMAR ABD Eng lebih islamik dari orang melayu islam.

Anonymous said...

Saya sokong Sdr Kasim...lupakan PAS.

Anonymous said...

TGNA tu mane boleh lwn UMNO, die tiap2 mlm qiyamullail je...
die sebok fikir pasal Islam je,
UMNO utamekan orang melayu, baru betul...
TGNA tu ikut care Nabi je, sebarkan Islam kat seluruh kaum, dok buang mase crite pasal islam kat guan eng, sampai die boleh jadikan khlifah Umar sg contoh,buat ape????

UMNO la pejuang sebenar, Islam utk melayu je la kan....pemimpin MCA dgr islam pun takut, baru betul kan....hidup UMNO!!!

kite dah zaman millineum, xyah ikut Qur'an dan sunnah dah...kite ikut care Amerika....
kite patut utamekan kemajuan ekonomi lebih drpd pembentukan moral anak2 muda melayu....
kalau diorang jadi rosak akhlak, pemimpin seterusnya lah yg nak pikir cmne nak selesaikan...
kite enjoy je la kan???

jom ramai2 join UMNO, tinggalkan PAS....

anti hipokrit said...

Anony 3:15pm macam perli saje. Baguslah sokong Umno walau dalam bentuk sindiran. Sebenarnya itulah yg sepatutnya sebab PAS sudah bercelaru. Kenapa Ulamak2 muda dan tua, mufti2 dan bekas mufti bangkit hari ini kerana mereka melihat perjuangan PAS sudah tersasar. Mereka yakin Umno masih relevan dan terus konsisten dlm perjuangan dan mempertahankan hak bangsa Melayu dan agama Islam..

Anonymous said...

hahah, jadi anti hipokrit setuju lah yg UMNO ni dah lupekan harakah islamiyah yg sebenar???
dah xnak dah gune care2 islam dlm pemerintahan secare total yg merangkumi 4 aspek, muamalat, munakahat, ibadah dan jinayah????
hrmmm, memang berjaye hasil tarbiyah UMNO ni...

faziz ar said...

artikel ini ditulis diatas remis bahawa orang melayu itu semuanya islam...juga orang melayu berpecah...
pad saya itu meleset sama sekali...
bukan semua orang melayu paham islam dan mahu menunaikan suruhan islam...
melayu tidak berpecah malah terus bersatu dalam pakatan...bawah UMNOI BN negara kian bankrap...harga hidup terus meningkat...media asyik menyebaerkan fitnah keburukan negeri pakatan sahaja...mana keikhlasan mahu bersatu?..tidak nampak langsung...kalau disambut penyatuan perangkap UMNO ini maka PAS akan dikatkan parti mungkir janji...apakah islam membenarkan mungkir janji...lagipun apa perlunya bersama UMNO yang dipimpin oleh mereka yang penuh dengan skandal yng tak pernah mahu dijelaskn....pembunuhan altantuya...atas sebab apa? UPCO, Scorpene....Pelabuhan Kelang dn lain-lain...judu bola yang mhu dihalalkan...nasib baik ada tekanan rakyat dari pemabangkang..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"