Saturday, July 24, 2010

Pas, UMNO perlu fahami keutamaan

Kerjasama dan seterusnya perpaduan antara UMNO-Pas menjadi harapan kebanyakan intelektual pada hari ini. Cuma terdapat pelbagai halangan yang perlu direntangi bersama demi mencapai matlamat yang mulia ini. Sifat ketaksuban dan keegoan menjadi penghalang utama di samping tekanan-tekanan dalaman dan luaran yang perlu dititikberatkan juga. Sekretariat iLMU (Ulama Muda UMNO) melihat kerjasama UMNO-Pas merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.

Untuk menyatakan hanya Pas yang mendukung Islam adalah dakwaan yang kurang tepat kerana jika diteliti dasar UMNO secara adilnya, kita juga mendapati bahawa parti ini turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. Begitu juga dakwaan yang menyatakan bahawa hanya UMNO memperjuangkan bangsa Melayu juga tidak tepat kerana secara adilnya Pas juga berusaha ke arah perpaduan masyarakat Melayu.

Bagaimanapun, apa yang perlu dititikberatkan oleh kedua-dua belah pihak adalah memahami keutamaan. Secara umumnya dilihat UMNO mengutamakan perjuangan memartabatkan bangsa, manakala Pas dilihat mengutamakan agama. Jika diteliti secara adil, apakah yang lebih utama dari kedua-dua perkara tersebut? Sudah tentu agama yang perlu diutamakan. Tetapi, jika keutamaan diberikan kepada agama, adakah ternafi usaha memartabatkan bangsa? Jawapannya adalah tidak. Kerana telah didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan artikel 160 (2) bahawa Melayu, antaranya bererti seorang yang menganuti agama Islam. Maka, usaha-usaha ini perlu diseiringkan kerana perlembagaan telah menggambarkan orang Melayu adalah beragama Islam. Jadi perjuangan memartabatkan agama juga bererti perjuangan memartabatkan bangsa. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing.

Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan beberapa tokoh ilmuan di negara ini seperti, Tan Sri Harussani dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar UMNO dan Pas berbincang sebagai langkah kepada perpaduan, sepatutnya disokong penuh dan dipandang serius oleh semua pihak. Cuma apa yang menyedihkan, apabila harapan perpaduan UMNO-Pas cuba direalisasikan, mengapa ada pihak yang bersuara sumbang menafikan kejayaan perpaduan ini. Adakah kita cuba menafikan ketentuan Allah tanpa sebarang usaha dan tawakkal? Mungkin ada yang bersuara: Pengalaman lalu membuktikan bahawa UMNO-Pas tidak mungkin bersatu. Sangkaan seperti ini sebenarnya jauh tersasar.        

Sewajarnya kita melihat ke hadapan, bukan semata-mata menjadikan kenangan lalu sebagai penutup bagi segala kebaikan. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat”. (riwayat al-Tirmidzi). Jika Allah menerima taubat hamba-Nya yang membunuh 100 orang seperti yang dikisahkan di dalam Shahih al-Bukhari, mengapa tidak kita sebagai manusia memaafkan saudara kita? Mungkin ada yang berkata, mereka ini tidak ikhlas untuk bersatu. Siapa kita untuk mengetahui hati-hati manusia? Bahkan kita tidak dijadikan untuk merobek hati-hati manusia. Kerana itu, Rasulullah SAW pernah menegur Usamah bin Zaid apabila membunuh seorang kafir yang telah melafazkan kalimah syahadah (mengucap) dengan alasan tidak ikhlas. Kata Nabi: Mengapa tidak dibelah sahaja jantungnya? (riwyat Muslim). Maksudnya, dilihat apakah dia benar-benar ikhlas atau tidak. Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan.

Firman Allah SWT: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (surah al-Maidah: 2)

Untuk bangsa dan agama lain di bumi tercinta ini, janganlah anda rasa tertekan atau terpinggir dengan usaha murni penyatuan umat Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa jika sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku; tidak kepada umat Islam dan tidak juga kepada yang bukan Islam. Islam adalah agama rahmat yang menjaga hak-hak alam ini. Sebagaimana firman Allah: “Tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk alam ini.” (surah al-Anbiyak:107).

Walau berbeza bangsa, agama dan negara, Islam tidak pernah menggadaikan hak-hak asasi manusia. Oleh itu, Islam membenci sebarang kerosakan yang dilakukan di atas muka bumi, sama ada terrorism, vandalism, pembuangan anak, pencabulan hak dan segala bentuk kemiskinan iman dan a:khlak. Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan.

:Hayatilah firman Allah SWT: :“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat siksa yang berat.” (surah Ali Imran: 104-105).

* Fathul Bari Mat Jahaya
Timbalan Pengerusi
Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)

7 comments:

anti hipokrit said...

PAS memberi keutamaan utk Anwar Ibrahim jadi PM. Itu saja. Jika mereka menguatamakn perpaduan ummah, usaha menyatupadukan UMNO dan PAS dah lama berlaku..

Anonymous said...

cube bagi dalil atau hadis ttg keutamaan utk perjuangkan bangsa???
nabi besabda, umat mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yg sama 2 kali...

cukuplah dulu PAS dan UMNO bergabung, kemudian UMNO pecahbelahkan PAS sampai terbahagi kpd 3 dewan, ulama, pemuda dan muslimat....

Anonymous said...

saye setuju dgn penyatuan ini....
mcm dlm artikel ni ckp, sekiranya umat2 islam benar2 menghayati islam, maka penindasan tidak akan berlaku...

tapi saye hanye setuju kalau UMNO betul2 menghayati islam, perjuangkan pemerintahan islam kat negare ni!!!

jadikan al-Qur'an dan Sunnah sbg rujukan utk memerintah, bukannye barat...

kalau selagi UMNO x ubah dasar pemerintahan, perjuangkan islam, bkan nye melayu....make saye rase xde faedahnye bersatu kalau UMNO sendiri x cakna dgn pemerintahan islam....yakni merujuk kpd al-qur'an dan sunnah...

wallahualam...

anti hipokrit said...

Salam kpd wahai Anon2 di atas,
Dlm perlembagaan umno, perjuangan utk bangsa dan agama seiring. kedua-duanya penting. Hari ini, Msia berjaya menjadi negara Islam contoh. Di sini bermulanya, secara beransur-ansur amalan sistem kewangan islam termasuklah sistem perbankan islam, takaful dan al-rahnu (pajak gadai Islam). Kerajaan Pusat telah mengambil alih beberapa buah sekolah agama rakyat dan dikenali sebagai SABK dan diberi bantuan gaji dan elaun guru, buku teks dll. Kelas Kafa ditambah guru jadi 1:10 ertinya sepuluh murid seorang guru Kafa, elaun guru ditambah. Penerapan nilai-nilai Islam dalm pentadbiran kerajaan sudah lama bermula dan sekarang sistem peundangan islam/syariah dgn mewujudkan hakim mahkamah syariah. Projek2 perumahan dimestikan menyediakan satu lot utk tapak surau malangnya setelah kerajaan negeri diambil alih oleh ketrajaan DAP-PAS-PKR, tapak surau dimansuhkan oleh kerajaan negeri. Itulah kekuatan kerajaan PR yg PAS turut bersubahat menghapuskan kemudahan solat (surau) utk penghuni Islam generasi yg akan dtg. PAS berceramah sana sini berdegar2, pecah gendang telinga, di Ktan, habuk pun tarak yg dibuat utk Islam. Hanya Islam pada nama partinya shj. Pengikut2 PAS dibuta hatikan spy mereka taksub dgn PAS. Rasuah pemimpin Pas tidak ada, itu sedekah..halal. Pemimpin Pas berkereta besar tak apa, itu anugerah Allah swt. Pemimpin Pas boleh mencarut tak apa kerana Allah swt pun mencarut. Pas bersubahat dgn DAP tak ape sebab itu adalah dakwah Islamiah...UMNO buat semua salah.. dulu salah dan hari ini pun salah. seolah pemimpin Umno itu sangat jahil. Ulamak Muda menyertai Umno dikatakan mereka 'terkena'. Tapi sy yakin pemimpin PAS dan penyokong PAS sudah sedar...sudah lihat sendiri lakonan dunia oleh pemimpin PAS tertentu di atas muka bumi Allah swt. Nah! hari ini jelas semakin ramai golongan ulamak menyata sokongan usaha yg dibuat oleh pemimpin Umno sendiri dari pemimpin PAS yg asyik menyalahi org lain hingga membawa perpecahan dlm umat Islam. Janganlah bersengketa kerana hal-hal remeh temeh. Harap Umno jangan terlalu menunduk, Umno tidak lemah sebaliknya semakin kuat. Jika PAS menolak perpaduan dgn Umno sebaliknya rela bersama DAP, ertinya PAS sedia menerima bala dari Allah swt, tunggu dan lihat. Wallahu alam.

Anonymous said...

wahai anti hipokrit...

ade hadis dan dalil yg mengatekan islam perlu memperjuangkan bangse???

nabi dulu pun boleh ajak kaum2 kafir, yahudi hidup dalam negara Madinah...hidup dalm keadaan aman harmoni, bawah payung islam, pemerintahan islam....nabi xde perjuangkan bangse arab je, bahkan nabi seru para sahabat utk sebarkan islam kat seluruh muke bumi ni...

ni sy ade bace,

islam ade 4 juzu', yaitu, ibadah, muamalat, munakahat, dan jinayah...

yg bank islam, gadaian ar-rahnu tu semua muamalat, oke, alhamdulillah, dah ade...

ibadat, program2 agame pun makin bnyk ade, tu pun sy nmpk PAS je bnyk buat, tp kerajaan ade jgak lah buat, pemimpin dtg sbg perasmi, oke lah tu kan, ade jgak...

munakahat,perkahwinan dlm islam...pun oke jugak dah ade....
mahakamah syariah sgt arif ttg pelaksanaan nikah kawin cerai dlm islam ni, oke lah tu, da ade jgak...

tapi, jinayah??? hukum hudud, hukuman terhadap pesalah berdasarkan islam....
xde pun, bukan kate belum tibe masenye, usahe dr pihak kerajaan pun x nmpk langsung...

ulama' muktabar telah berfatwa bahawe sesiape yg meninggalkan satu juzu' dr 4 juzu'ini hukumnya adalah berlaku syirik...
sebab ape???hudud tu bukan nye PAS pnye, hudud tu bkan nye tuan guru nik aziz pnye, hudud tu ALLAH yang punya!!!

Anonymous said...

pemimpin pun x pakai tudung, x tutup aurat, asas dalam islam pun x applikasikan, maseh lagi nak ngaku kite negare islam contoh, malu lah!!!
sedih tgk org melayu skrg, berhujah x menggunakan hadis atau dalil pun...ikut logik akal je...
sape tah yg hipokrit nye???

penah dgr ceramah pas x???cube pegi sekali sekala, diorg walaupun entam kerajaan, tp gune hadis, dalil....
mcm isu judi baru2 ni, dah jelas terang lagi nyate dlm Qur'an kate haram, maknenye berdosa....itulah hujah yg digunakan, berdasarkan Qur'an....
bukannye org PAS yg kate, ALLAH yg kate...

mcm mane org kelantan x taksub dgn PAS, sbb Pas sentiase rujuk al-Qur'an dan sunnah, bukan sebahgian sebahgian sahaje....

kalau UMNO nak tarik org kelantan, ubah dasar pemerintahan tu terus....org kelantan x taksub dgn PAS tp sebenarnye dgn islam....

Anonymous said...

kt kne ingt gak satu perkara..dalam al-Quran suh kt 'Amar Ma'aruf Nahi Munkar'..Alhamdulillah dalam negara kt ni rmai sgt yg cuba untuk melarang saudara Islam yg lain untuk tidak melakukan kemunkaran..Alhamdulillah kt bg teguran kat kesilapan kerajaan dan bkn kerajaan..tp kt lupa kepada amanah ALLAH s.w.t yg pertama iaitu mengajak kepada kebaikan..tuka dakwah..klu kt kutuk2 org,tegur dengan tak berhikmah,adakah mudah utk kt mengajak seseorang tu utk melakukan kebaikan..tentula tak kan..mungkin muzakarah antara UMNO dan PAS boleh mengubah Malaysia menjadi satu negara Islam terunggul di dunia..

Lgsatu,btul Baginda Nabi s.a.w tak pernah memperjuangkan bangsa,tp Baginda Nabi xpenah jgk mengajar kt utk memecah belahkan sesama kt..Baginda Nabi suruh kt bersatupadu..bknnya berpecah kerana perbezaan ideologi..klu pas rasa umno salah memperjuangkan kebangsaan,tegurla secara berhikmah,gunakan cara dan peribadi Baginda Nabi..gunakan muzakarah ni sbg medium untuk berdakwah..
kt jgk kne ingt,kt ni lahir2 Islam,bknnya lahir2 UMNO or Pas..kt ni bersaudara..parti ni duniawi je..boleh jd rahmat,boleh jd bala..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"