Sunday, June 14, 2009

APAKAH PAS MAMPU MENGGANTIKAN UMNO DALAM PAKATAN RAKYAT?

Pas perlu bersemuka dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) jika benar-benar serius mahu berbincang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah menurut beliau, kewujudan pandangan berbeza di kalangan anggota pakatan pembangkang berhubung cadangan itu menjadikan ia masih kabur dan memerlukan penjelasan daripada mereka.
Komen:
Idea DS Hj Abdul Hadi, Presiden PAS mewujudkan kerajaan perpaduan amat baik untuk negara khususnya orang-orang Melayu dan Islam. DS Hj Abdul Hadi sebenarnya berpandangan jauh dan bimbang dengan perpecahan umat Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Beliau sedar bahawa PAS tidak semampu UMNO untuk membela nasib bangsa Melayu dan Islam dalam Pakatan Rakyat. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara dan bukan Presiden PAS yang akan jadi PM seperti Presiden UMNO dalam BN. Yang pasti DS Anwar Ibrahim akan jadi PM dan Lim Kit Siang akan menjadi TPM Malaysia. Ini pasti akan berlaku kerana wakil rakyat Melayu adalah minoriti dalam parlimen Pakatan Rakyat dan sudah pasti wakil rakyat bukan Islam yang lebih ramai menganggotai kabinet kerajaan Pakatan Rakyat. Lihatlah apa yang berlaku di Perak semasa kerajaan PR memerintah. Sungguhpun MB adalah Ir. Mohd Nizar dari PAS tetapi exco kerajaan negerinya dikuasai oleh bukan Islam dari DAP dan PKR. Jika MB PAS berkuasa kenapa kerajaan negeri Perak telah meluluskan hak milik 999 tahun kepada penduduk Kg. Baru yang 100% adalah kaum Cina.
Dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 baru-baru ini, ada perwakilan PAS sendiri lantang menegur bahawa PAS telah lari dari perjuangan asalnya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Slogan PAS sentiasa berubah atau tidak konsisten. Slogan "Membangun bersama Islam", "Kami Sokong Hudud," "Kepimpinan Bersama Ulama" dan sebagainya telah dipadamkan dan digantikan dengan "PAS Untuk Semua". Dengan itu, PAS kelihatan 'lebih baik' dari UMNO oleh pengundi bukan Melayu dan Islam. Pemimpin PAS tidak bercakap lagi pasal nak hapuskan pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, jualan arak dan tempat-tempat perjudian. Pemimpin PAS juga menyokong cadangan bekas Pemimpin Komunis, Chin Peng kembali ke Malaysia. Pemimpin PAS berdiam diri dengan isu Karpal Singh mahu menyaman Raja Perak. Pemimpin dan ahli PAS jugalah yang sanggup tidur di atas jalan menghalang kereta Raja Nadrin memasuki istana Kuala Kangsar semasa majlis perlantikan MB Perak yang baru. Pemimpin dan penyokong PAS bersungguh-sungguh mahu kerajaan Perak diperintah oleh DAP yang jelas menentang perjuangan Islam.
UMNO pula kelihatan 'racist'. Sebenarnya UMNO konsisten dalam menyatakan perjuangannya berteraskan kepada perlembagaan persekutuan. Kerana pemerintahan BN dan UMNO yang menjadi tunjangnya maka Islam subur di negara Malaysia ini. Anak-anak Melayu dalam bidang profesional yang menjadi doktor, jurutera, peguam dan arkitek telah bertambah. Melalui kerajaan BN, maka ramai ahli-ahli korporat Melayu dalam bidang perbankan, perdagangan dan perindustrian telah dapat dilahirkan. Sistem kewangan Islam termasuklah takaful dan pajak gadai Islam telah mampu menyaingi sistem kewangan konvensional. Beberapa negara Islam di dunia telah menjadikan Malaysia sebagai rujukan dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam di negara mereka. Inilah hasil perjuangan UMNO dalam kerajaan BN. Tetapi apakah PAS mampu menyaingi UMNO jika PAS bukan parti utama dalam Pakatan Rakyat. Apakah pemimpin PAS, Tuan Guru Hj. Hadi sanggup melihat bangsa Melayu yang beragama Islam semakin lemah. Apakah PAS mahu terus beretorik dengan pelbagai slogan. Punca Melayu berpecah kerana pemimpin PAS sendiri pernah mengeluarkan hukum kafir kepada orang UMNO, tidak sah mengimamkan orang UMNO dan haram memakan binatang sembelihan orang UMNO.
Apakah pemimpin PAS hari ini tidak merasa bersalah apabila masih ada penyokong-penyokong fanatik masih menghina ahli-ahli UMNO dan hingga sanggup menghukum ahli-ahli UMNO sebagai ahli neraka? Apakah hukumnya bila pemimpin PAS sanggup bersekongkol dan berpeluk cium dengan pemimpin DAP yang terang-terang menentang penubuhan kerajaan Islam? Apakah PAS boleh menolak usaha muzakarah dengan UMNO kerana dibantah oleh DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat? Orang-orang Melayu sama ada UMNO dan PAS perlu mengutamakan usaha mengukuhkan perpaduan Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini sebelum 'nasi dah jadi bubur'.

7 comments:

ADUKA PENDEKAR said...

PAS ADALAH PECAHAN UMNO TAHUN 50AN DULU ATAS DASAR UGAMA ISLAM.SATU GOLONGAN NAK PENYERAPAN NILAI2 ISLAM MANAKALA YG LAIN NAK "OPEN". DAN UMNO TERUS OPEN BILA UMNO KE SABAH,DIMANA BUMIPUTERA BOLIH MASUK UMNO TANPA KIRA UGAMA. JADI SECARA TEKNIKAL UMNO SKRG IALAH PARTI "UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION"..SO WHY NOT TUKAR NAMA UMNO SUPAYA LEBIH 1 MALAYSIA?? JADI UNTUK KERJASAMA PAS-UMNO NI BOLIH KE? KERANA ISU2 UGAMA MASIH JADI INTIPATI UTAMA YG PERLU DIHALUSI & DIBINCANG OLIH KEDUA2 PEMIMPIN PARTI..

ANNA MONTANA said...

Setuju dgn ADUKA PENDEKAR tentang isu2 ugama.Tapi UMNO perlu sedar bahawa perjalanan parti akan tergugat dgn mekanism & polisi2 UMNO yg perlu dirombak dari masa ke semasa,bukan bila ada krisis atau nak mengIYAkan cakap pemimpin saja.Perjuangan UMNO perlu diteruskan & dimantapkan selalu!! Jika tidak,minta maaf cakap,UMNO akan mula pupus selepas PRU13 nnti! Pelik tetapi mungkin jadi benar!Tengok aje menjelang PRU12; siapa sangka selepas kemenangan besar BN PRU11,bolih kalah 5 negeri dan wilayah persekutuan? Nak kira masa tu BN(8) vs PR(6) dari 14 negeri Malaysia;skrg BN(9) vs PR(5)SEBELUM PRU12 BN(14) vs PR (0)..TAPI PRU13 nanti mcm mana?? 2012 atau 2013 tidak jauh lagi,& gawat ekonomi pun masih belum dapat diatasi dgn sepenuhnya.

Unknown said...

UMNO tertekan kerana beberapa sebab. Sebab dalamannya satu hal di samping tekanan luar dari dalam BN sendiri dan parti2 pembangkang. Tekanan parti2 pembangkang berteraskan Islam seperti PAS dan PKR telah menyebabkan UMNO terpaksa mengubah sedikit dasar perjuangannya. Namun UMNO masih kuat lagi cuma kekalahan beberapa negeri disebabkan kekalahan teruk parti2 komponen dalam BN seperti Gerakan, MCA dan MIC. UMNO masih kuat di Perak tapi PAS dan PKR menyebabkan suatu ketika DAP memerintah Perak. UMNO lebih konsisten dalam perjuangannya. PAS kelihatan berubah2 ikut keadaan. DS Hj Hadi sudah nampak bahawa PAS tidak mampu meneruskan perjuangan jika bersama Pakatan Rakyat. UMNO sekurang2nya dah mampu melakukan dan membuktikan Melayu dan Islam bertambah baik dan hidup subur di bumi bertuah ini. Demi masa depan bangsa dan agama, PAS dan UMNO mesti bersama dan tak semestinya dibubarkan jadi satu parti. Apa yang sedang berlaku hari ini kerana kedudukan politik org Melayu yang semakin lemah. Sedangkan Melayu masih terkebelakang dalam banyak aspek. Apakah bangsa Melayu akan setaraf dengan kaum lain khususnya bangsa Cina jika negara Malaysia diperintah oleh DAP dan PKR? Tak mungkin dan luar biasa lihatlah Singapore, di mana kedudukan orang Melayu Singapore hari ini?

ANNA MONTANA said...

Pak Tam nampaknya masih "in the state of denial"bila mengatakan UMNO masih kuat,cuma kekalahan beberapa negeri..DARI BN(14)vs PR(0)ke BN(9)vs PR(5)!!!TAK MUSTAHIL,next PRU 13(thn 2012/2013),BN(5)vs PR(9)?? Baru2 ini aje kabarnya 78%org Cina nak MCA keluar BN,MIC&PPP kecoh undi India,Gerakan pun kecoh,jadi DIMANA LETAKNYA KEKUATAN UMNO??UMNO sendiri mungkin menang 40-50 kerusi aje PRU13,jadi bolih terbayang tak UMNO parti pembangkang di DEWAN RAKYAT, walaupun di 4 DEWAN DUN,sudah jadi kenyataan??Hakikatnya UMNO KENA BUAT ROMBAKAN YG SERIUS!!!THIS IS SERIOUS,NO DENIAL..kalau tak HABIS!!!UMNO NEEDS 80%OVERHAUL!!ACROSS THE BOARD...!!!!!!!!!

ANNA MONTANA said...

Kes S'pore lain sikit Pak Tam ooii, disana 75%cina,20%melayu... 75% control >90% ekonomi,tapi diMalaysia,65%mim dan bumi, baru nak cadang 30% ekonomi,semua melenting!!Kenapa tak senyap2 laksana kan cadangan 50% untuk mim?? tapi BUAT lah BETUL BETUL, JANGAN bagi pd kuncu2 yg tak tau buat biznis!!!!!!!!SIAPA SALAH?? PEMIMPIN MIM sendiri!!!!!!!JANGAN DISALAHKN ORANG MELAYU!!!!Lihat contoh,dasar pelajaran: selepas 13 Mei 1969,satu dasar digubal tahun 1970 untuk membanyakkan orabg2 melayu dalam bidang pelajaran & professional, dan kita berJAYA mengeluarkan ramai professional; doktor,jurutera,akauntan dsb, hinggakan dalam tahun 2008,ramai graduan yg masih MENGGANGUR!!!!!!

ANNA MONTANA said...

MAKNA NYA MELAYU BOLIH BERJAYA!!!! tapi kita masih memerlukan pemimpin MIM,tak kira dari BN atau PR asalkan bolih membawa KEJAYAAN kpd org kita sampai bila bila....

Akal Pen jeng said...

Ease off sikit kat Pak Tam tu Anna Montana. Nanti pitam pulak orang tua tu...Pak Tam cuma nak nyata kan Ketuanan Melayu yg dah jadi "Kempunan Melayu" sejak 8.3.2008 kot!!!!!!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"