Monday, June 22, 2009

PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT- TOLAK UMNO!!

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.
Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.
Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Komen:
Harapan majoriti orang Melayu untuk melihat PAS dan UMNO bersatu kini musnah. Pemimpin PAS ternyata lebih yakin bahawa Islam lebih subur dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. Apakah kenyataan ini benar? Pemimpin PAS rela melihat orang-orang Melayu terus berpecah sesama sendiri. Oleh kerana pemimpin PAS mahu melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang maka mereka sanggup melihat Melayu berpecah. Oleh kerana Islam itu adil kepada semua kaum/bangsa maka pemimpin PAS bersetuju bahawa Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan TS Muhyiddin Yasin. Yang aku takut, 'yang dikejor tak dapat yang dikendung keciciran'. Apakah PAS terlalu yakin bahawa majoriti orang-orang Melayu akan meninggalkan UMNO? Jika PAS masih kelihatan 'lemah' dan menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat, tidak mungkin orang Melayu akan meninggalkan UMNO. Namun semua pihak sangat kecewa, bila harapan untuk melihat UMNO dan PAS bersama dalam Pakatan Rakyat tidak berhasil. Pertubuhan-pertubuhan sukarela, NGOs berteraskan Islam dan Melayu turut merasa kecewa. Apakah pandangan ulama-ulama PAS dan ulama-ulama UMNO serta mufti-mufti dalam isu ini di mana pemimpin PAS telah memutuskan tidak mahu bersama UMNO dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat?

5 comments:

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

PESARA KERAJAAAN said...

MASYA ALLAH KENAPALAH PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM YANG DIPIMPIN ULAMA SUDAH JADI BEGINI. SAYA BAGAI TAK PERCAYA PAS MENOLAKNYA..MUNGKIN INILAH TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN????

Ir. UMNO 50an said...

SUDAH KU KATA DLM POSTING YG LEPAS WAHAI PAK TAM & PEMBACA SEKELIAN, BAHAWA PAS TIDAK AKAN BERGABUNG DGN UMNO,SELAGI UMNO TIDAK IKHLAS KPD PAS DLM TINDAK TANDUK NYA..... CAKAP SAJA DARI UMNO,SIAPA PUN BOLEH BUAT...DARI NAJIB KE MAHYUDDIN KE AHLI UMNO DR.M!!!!TAPI MANA DIA ACTION NYA???? SHOW ME THE MONEY!!!!!!MUNGKIN UMNO KENA TUNJUKKAN KESUNGGUHAN DGN TIDAK TERUS MENINDAS MELAYU PAS DAN MELAYAN SEBAHGIAN KEHENDAK PAS!!!YG UTAMA,CONTOHNYA, PENYERAPAN LEBIH BANYAK NILAI2 ISLAM DLM HIDUP MASYARAKAT MELAYU.. DENGAR KATA CERAMAH UGAMA DI JOHOR DI CONTROL OLEH AJK UMNO TAK SEBEBAS DI SELANGOR,KL,PERAK ATAU KEDAH....NGAPA GITU???APA UMNO TAKUT DARI CERAMAH2 INI AKAN KELUAR KEBENARAN,HATTA PATUT DI BENDUNG???KENAPA TAKUT KPD KEBENARAN DAN BAYANG2???BUKAN KAH KITA ORG MELAYU DIAJAR BERANI KERANA BENAR????JADI KENA KITA FIKIR PERKARA INI.,!!!! KELANTAN SKRG MINTA WANG ROYALTI MINYAK RM SATU(1) BILLION. KALAU KERAJAAN PUSAT TERAJU UMNO, BENAR BENAR IKHLAS,BAGI AJE ,ITU PUN KIRA HAK ORG MELAYU DIKELANTAN JUGA, TAK KIRA MELAYU PAS ATAU UMNO,TAK KIRA ANAK CUCU IBRAHIM ALI KE ATAU TOK GURU NIK AZIZ...!!, YG PENTINGNYA REZKI KPD MELAYU ISLAM!!!!!!JGN LAH UMNO NAK BERMAIN POLITIK ATAS ISU ROYALTI KELANTAN NI DAN JGN LAH KEJAM!!!! NAMPAKNYA UMNO,LEBIH BOLEH BERURUSAN DGN ORG KAPIR SIAM DARI MELAYU ISLAM... JADI TAK HAIRAN LAH KALAU PAS INGIN BERURUSAN DLM PAKATAN MASA KINI,MANA LAH TAU,SAMBIL BERGABUNG DLM PAKATAN,PAS BOLIH BERTALBIAH DAN BERDAKWAH KPD DAP!!! SESUATU YG UMNO TIDAK BERJAYA BUAT DGN MCA,MIC ATAU GERAKAN SELAMA 50 TAHUN...BETUL TAK???JADI JGN SALAHKAN PAS TAPI SALAHKANLAH UMNO!!!!JIKA SKRG NI PAS-UMNO TAK BOLEH BERGABUNG DAN BERSATU PADU!!!

GURU KAMPUNG AJE said...

WAHAI IR UMNO 50AN,
AWAK UMNO PALSU MENYELINAP SEOLAH2 AHLI UMNO. AWK SEBENARNYA BUKAN AHLI DAN BUKAN BEKAS AHLI UMNO. CARA AWAK BERCAKAP CARA PEMIKIRAN PAS YANG KETAKSUBAN. AWK MELIHAT KELEMAHAN UMNO SECARA TIDAK ADIL. APAKAH AWAK SEDAR BAHAWA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN BANTUAN PENDIDIKAN TERMASUKLAH BANTUAN KUMPULAN WANG PELAJAR MISKIN, SBT, BIASISWA, RMT DAN PSS NEGERI KELANTAN YANG TERBANYAK KERANA RAMAI ORANG2 MELAYU YANG MISKIN. NEGERI2 LAIN DI BAWAH PEMERINTAHAN BN TIDAK SEBANYAK ITU. UNIVERSITI DAN LAPANGAN TERBANG, MRSM DAN PELBAGAI LAGI PROJEK DISALURKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN KE NEGERI KELANTAN. TAPI ORANG KELANTAN TERMASUK PEMIMPINNYA TG NIK AZIZ TERMASUK SDR JUGA TAK TAHU KENANG BUDI.
UMNO TELAH TERBUKTI SETAKAT INI WALAUPUN DICERCA DAN DIHINA TAPI YANG DICERCAI DAN DIHINAI INILAH YANG TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA MELAYU DAN ISLAM DAPAT DIBELA DI NEGARA INI. SEHINGGA PAS TUMPANG SEMANGKUK BERSAMA DAP DAN PKR MENDAKWA BAHAWA UMNO ADALAH 'RACIST'. JIKA UMNO TIDAK MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM SIAPA LAGI NAK MEMPERTAHANKAN? APAKAH DAP DAN PAKR AKAN MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU. HOOOHH! JAUH LANGIT DARI BUMI. APAKAH PAS NAK MEMPERTAHANKAN ISLAM? DAP BERDEHEM PAS DAH TERKANCING GIGI KATA ORANG. IDEA KERAJAAN PERPADUAN DARI TG HAJI HADI, TAPI DIPUTAR BELITKAN JADI PULA UMNO YANG JAHAT! BEGINIKAHKAH PEMIMPIN ISLAM? APAKAH DAP ITU LEBIH ISLAM DARIPADA UMNO DAN APAKAH PKR ITU LEBIH ISLAM DARI UMNO? APAKAH SUMBANGAN DAP SELAMA INI KPD ISLAM DI MALAYSIA? DAN APAKAH SUMBANGAN PKR SETAKAT INI KPD BANGSA MELAYU SETAKAT INI?
USAHLAH SDR MAINKAN PASAL KEIKHLASAN PEMIMPIN UMNO? KALAU PEMIMPIN UMNO TAK IKHLAS ADA JUGA PEMIMPIN PAS YANG TAK IKHLAS. JIKA ADA PEMIMPIN UMNO YANG JAHAT BEGITU JUGA DENGAN PEMIMPIN PAS. UMNO DAN PAS ADALAH PARTI SIASAH BUKAN AGAMA. JIKA PEMIMPIN UMNO JAHAT DAN TAK ISLAM, KENAPA BANYAK SURAU DAN MASJID DAPAT DIBINA? ORANG PAS PUN BOLEH NAIK PANGKAT DAN MALAHAN ADA YANG BEKERJA PULAK DALAM JABATAN PERDANA MENTERI. TAK DIBUANG PUN AHLI PAS SEBAB MEREKA ADALAH KAWAN-KAWAN SEBANGSA DAN SEAGAMA. KENAPA BANTUAN BANYAK DIBERIKAN KEPADA KELANTAN KERANA MEREKA ADALAH SEBANGSA DAN SEGAMA. OLEH ITU UMNO KELIHATAN SEPERTI SANGAT PERKAUMAN TAPI JIKA TIDAK UMNO APAKAH PAS BOLEH DIHARAPKAN? JIKA KERAJAAN PERPADUAN IDEA PRESIDEN PAS DITOLAK APAKAH CADANGAN PENUBUHAN KERAJAAN ISLAM AKAN DITERIMA OLEH DAP?
SDR JANGAN EMOSIONAL DALM HAL INI. JANGAN SOAL KEIKHLASAN UMNO SEJAK TAHUN 1960AN NAK DIBAWA KE MASA INI. KENAPA AWAK TAK PERTIKAIKAN KENAPA PAS HARI INI BOLEH BERPELUK CIUM DGN PEMIMPIN DAP (PARTI YG JELAS MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM!!!) TAPI KENAPA DGN UMNO TAK BOLEH? APAKAH UMNO LEBIH ANTI ISLAMNYA DARIPADA DAP? APAKAH DENDAM KESUMAT SANGAT MENEBAL DALAM SANUBARI TOK-TOK GURU PAS? APAKAH UMNO BERSAMA MCA DAN MIC ADALAH KAFIRRR? TAPI PAS BERSAMA DAP DAN PKR TIDAK PULA KAFIRrrrrrRRR? APAKAH HUKUM KAFIR TIDAK KEPADA PAS KERANA PEMIMPIN PAS ITU MAKSUM? SAYA DAPATI UMNO SEMAKIN TAMPAK KEJUJURAN UNTUK BERSATU DEMI ISLAM DAN BANGSA MELAYU MANAKALA PAS MULAI TAMPAK GELONG DAN MAHU MENGGADAIKAN BANGSA DAN AGAMA.

Ir.UMNO 50an said...

Guru Kg jgn lah emotional..!!!Saya ni dah ahli UMNO sejak 1979 lagi,tapi pd tahun ini,saya nak go NGO(NON GOVERNMENT ORGANISATION) Pendirian saya NON-PARTISAN, bermakna saya campur dgn semua orang,tak kira dari parti mana mereka sokong.Jiran saya,org kuat UMNO,PKR dan dimesjid saya bercampur dgn ahli2 PAS.Sambil bincang2 biznis dikedai mamak tengok bola,saya campur&bincang pasal banyak topik,termasuk topik politik dgn ahli2 MCA,Gerakan atau MIC,PPP dan sebagainya.Jadi adalah TIDAK BENAR tuduhan Guru Kg,yg saya taksub hanya kpd PAS..Saya rasa Guru Kg lah jenis yg Taksub & beremotional…Dlm tahun 1997,saya ada mengikut Dr. M keluar negeri untuk rombongan perdagangan luar negeri.Saya memang dari sekolah menengah lagi berminat dgn style Dr.M tetapi apabila terbubarnya UMNO pd tahun 1988,saya rasa perubahan struktur politik Melayu telah berlaku dan PERPADUAN Melayu telah mula tercalar didalam UMNO sendiri….kerana ketika itu UMNO telah dibubarkan dan UMNO BARU ditubuhkan.Jadi kalau ikut peraturan ROS,Registrar of Society,UMNO(B) baru lah 21tahun hanya 10 tahun terdahulu dari PKR!!!Parti2 yg lama adalah PAS,MCA,MIC dan DAP. Apabila UMNO masuk keSabah tahun 1990an,UMNO telah membuka pintu kepada semua Bumiputera disana tak kira dari ugama apa,asalkan Bumiputera….Hakikatnya UMNO telah menjadi UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION.,sebab ahli nya bukan 100% MELAYU!!!!!Jadi,impian atau cadangan Datuk Onn Jaafar(atuk kpd Datuk Hishamudin Hussein)telah menjadi KENYATAAN pada 1990an.Guru kg sebagai seorang pendidik sepatutnya mengambil pengajaran dari FAKTA2 SEJARAH…kerana peristiwa telah berlaku dan apa yg telah berlaku kpd PAS dari tindak tanduk UMNO……Jadi Tidak salahlah kalau saya merungkaikan fakta2 sejarah ini untuk pengetahuan dan ilmu kpd Guru kg….dan kpd pembaca posting ini yg lain..Memang betul,kita sepatutnya berterima kasih kpd UMNO diatas pembangunan fizikal dan infrastruktur tetapi apa guna kalau sekolah baru dan gah tapi pencapaian pelajar2nya tidak kesampaian???Ada kah itu salah guru2sekolah pulak??Begitu juga dgn mesjid..tak guna ada mesjid besar tapi saf nya sebaris,itu pun kadang2 tak penuh….Jangan lah apabila ini semua ditegur,jadi kemarahan dan tidak mau menerima hakikat.Apa yg saya tegurkan adalah sikap tak mau melihat kelemahan dantidak mau MUHASABAH DIRI serta tak mengkaji SWOT Analysis..Apabila UMNO &BN dah kalah dlm PRU13,tahun 2012/2013,nanti baru tau, ibarat SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH….

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"