Wednesday, June 24, 2009

KECEWA KERAJAAN PERPADUAN DITOLAK!!!!

Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu.

“Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

“Mereka (Pas) tidak fikir tentang agenda orang Melayu atau Islam. Saya lihat Pas kini sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam yang dihormati, tetapi hanya mahu berpolitik lebih daripada perjuangan asalnya.

“Lebih aneh, mereka menyalahkan UMNO pula kerana cuba mengeksploitasi isu ini. Setahu saya, cadangan ini datang daripada mereka (Pas). Ini ibarat ‘hujan naik ke langit’ pula,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun yang turut kesal dengan kegagalan kerajaan perpaduan itu berkata, keadaan orang Melayu kini tidak boleh dibanggakan sangat.

Katanya, kaum itu perlu berbuat sesuatu untuk bersatu bagi mencapai kemajuan dalam segala aspek.

“Tetapi, apabila ada usaha seperti ini yang boleh memberi makna besar kepada perpaduan orang Melayu, ada pula yang seperti mahu ia tidak dilaksanakan,’’ katanya.

Katanya lagi, ini menunjukkan bahawa Pas terus tunduk dengan arahan dan kata-kata DAP yang sesekali tidak akan membenarkan orang Melayu bersatu-padu.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad pula berkata, sikap Pas yang berdolak-dalik dalam isu tersebut amat dikesali kerana ia merugikan orang Melayu sendiri.

“GPMS yakin rakyat telah jelas dan faham tentang permainan politik Pas sejak dulu lagi. Kita percaya rakyat akan menolak sebarang cadangan daripada Pas lagi selepas ini walaupun atas nama agama dan kaum Melayu,” jelasnya.

Ketua Umum, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula berkata, penolakan idea itu bertentangan dengan aspirasi rakyat yang telah lama menikmati hasil perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, ia dibuat di peringkat pemimpin politik sahaja tanpa mendengar pandangan akar umbi.

“Pakatan pembangkang selama ini mencanangkan mereka mewakili rakyat, tapi kenapa dalam hal ini mereka tidak mendengar suara rakyat terlebih dahulu,’’ katanya.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan Pas lebih mementingkan politik pilihan raya berbanding politik kepentingan ummah.

“Pada masa ini, Pas hanyalah parti ketiga dalam pakatan pembangkang. Jangan anggap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan beri peranan utama kepadanya apabila menang kelak, insaflah bahawa kepentingan ummah mengatasi segala-galanya,’’ katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kegagalan idea kerajaan perpaduan berpunca daripada penolakan PKR dan DAP.

Katanya, beliau yakin jauh di sudut hati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahukan idea itu direalisasikan demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Namun, akhirnya dia sedar kekuatan Pas tiada, jadi dia terpaksa ikut arus yang deras dalam pakatan pembangkang.

“Apa pun Pas tidak mahu mengakui mereka mengikut arus deras itu dan sebaliknya lantang menuduh UMNO,” katanya.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), KS. Balakrisnan berkata, pakatan pembangkang dilihat agak goyah apabila isu berkaitan kerajaan perpaduan dibangkitkan.

Katanya, pihak pakatan mungkin takut atau bimbang sekiranya gabungan Pas dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan, kuasa politik dan sokongan masyarakat Islam kepada mereka akan terhakis.

Sumber: Utusan Malaysia 24 Jun 2009

8 comments:

Zorro A-Team said...

Apo nak di kato?? UMNO kena lah terima hakikat,buat skrg PAS dah tak nok doh.Ckp lah apo apo,semuanya dah tak guno...bolih cubo lagi 2010,takgitu noh???

BUSU said...

UMNO PERLU TERUSKAN MEMBELA NASIB BANGSA MELAYU BIARPUN JADI PEMBANGKANG SUATU HARI NANTI... PARTI YANG DIDAKWA SEBAGAI ISLAM TAK BOLEH DIHARAPKAN LAGI IBARAT KATA ' CAKAP TAK SERUPA BIKIN'.

Faiz Zent said...

melayu xkemana...mati pun Allah xtanya mu bangse ape..tapi tanye mu agama ape...adoi...

Ir. UMNO 50an said...

Assalamualaikum;BERKENAAN PERPADUAN DIANTARA ORG ORG MELAYU ISLAM.... APAKAH ARAHTUJU & KEIKHLASAN SEBENARNYA NIAT PERPADUAN ITU??? ADAKAH UNTUK SURVIVAL UMNO DIMASA MENDATANG??? ATAU UMNO TAKUT KEHILANGAN KUASA DALAM PEMERINTAHAN????DAN SEKIRANYA INI TERJADI,MAKA RAMAILAH YG AKAN HILANG KEPENTINGAN MASING2...MAKA AKAN TERJADI SATU PRECEDENT DI MANA RAKYAT TAK AKAN TAKUT UNTUK MENUKAR KERAJAAN KPD YG LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT DARI DIRI SENDIRI...!!!!! REALITI MASIH TIDAK DITERIMA &”STATE OF DENIAL”SESETENGAH GOLONGAN UMNO DAN MULA LAH MEREKA MENAKUT NAKUTKAN ORG MELAYU DGN DAKYAH HURU HARA ORG MELAYU AKAN TERPINGGIR MEREKA DIMASA AKAN DATANG.
BUKANKAH ORG MELAYU SUDAH NAIK ROKET PERGI KEANGKASA(BKN DAP PUNYA TAPI MILIK RUSSIA!!),ORG MELAYU DAH MENERAJUI KELILING DUNIA 500THN DULU(WALAUPUN FERDINAND MAGELLAN YG DPT NAMA!!)&MELAKA DULU MAJU DIBAWAH KERAJAAN MELAYU?? TAKKAN NAK BINCANG PERPADUAN PUN TAK BOLEH…!!!
##SATU NASIHAT:UMNO KENALAH TUNJUK BUKTI2KEIKHLASAN TERHADAP PERPADUAN INI. UMNO KENA UTAMAKAN PEMBANGUNAN SPIRITUAL ISLAM SEBANYAK MUNGKIN, KURANGKAN PROGRAM2 HIBURAN YG MENONJOLKAN SECULARISMA...KALAU KERAJAAN PAS KELANTAN MINTA BAYARAN EHSAN(ROYALTI)MINYAK SEBANYAK RM1 BILLION,BAGIKAN,TUNJUKKAN KEIKHLASAN...JGN DOUBLE STANDARD, KEPADA KERAJAAN TERENGGANU,BAGI TPI PD KELANTAN,MCM2 ALASAN...!!! KALAU ADA RANCANGAN2 PEMBANGUNAN UNTUK KELANTAN,BAGI DGN IKHLAS,JGN ACAH ACAH...YG DPT REZEKI ORG MELAYU JUGA,TAK BEGITU?????? BARULAH KEIKHLASAN INI AKAN MENUJU KE ARAH PERPADUAN DALAM ERTI YG SEBENARNYA....KADANG2 KITA SEDIH MELIHAT ORANG KITA SENDIRI DITINDAS HAK MEREKA,BUKAN KAH KITA SAMA2 ISLAM DAN SAMA2 MELAYU??? BUKA LAH MATA DAN MINDA KITA,NI NEGERI KITE...
KALAU TAK JADILAH MCM DUA PUAK DI MADINAH,YG BERMUSUHAN SELAMA 200 TAHUN (KADANG2 SBB HAL KECIL SAJA),HINGGA LAH NABI MUHAMMAD SAW YG MENYATUKAN MEREKA...& INGAT KITA TAK ADA LAGI RASUL UNTUK MEMBANTU MENGAMANKN KITA;YG ADA CUMA QURAN DAN SUNNAH RASUL SAJA SEBAGAI RUJUKAN KITA!!!

Ir UMNO 50an said...

##SATU NASIHAT: UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll... 3)Ada sebahgian rakyat yg ingin melihat terjadinya sistem 2 parti atau 2 coalition di Malaysia;BN vs PR,mcm di USA,UK, AUSTRALIA dan kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org kita perintah;dan PR, MIM juga perintah!! ...4)Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin ada masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....
##SATU NASIHAT:UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA....2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
AMACAM?? NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN,CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!!JADI CAMNE?? NAK KENA LAKSANAKAN LAH SEGERA PERUBAHAN2 SAPERTI YG DICADANGKAN DIATAS....BETUL TAK???

Anonymous said...

PAS cakap tak serupa bikin.
Resmi lalang mengikut angin.
Pandai bicara tak tahu kota.
Ada hati tapi buta.
Tak kenal mana kaca,mana permata.
Kelak nanti habis putih mata.

Zorro A-Team said...

WAHAI KUMBANG BAIK TERBANG,
JIKA TAK MAU DIMAKAN MAMBANG,
MAMBANG MCA,MIC,MAMBANG UMNO,
TAK LAMA LAGI,BN AKAN PUNAH RONOH,

PESARA KERAJAAAN said...

KITA AKAN LIHAT JIKA AWK JUGA MIM (PUNYA NAK JAGI HATI ORNG BUKAN MELAYU) TAPI DAP BERCAKAP PERKAUMAN, ORG MIM TAK PERASAN. MIM SAMA MIM BERCAKAP PASAL MIM ADA YANG MARAH.. CA BERCAKAP PASAL CA, ORG CA SENDIRI PUJI SEBAGAI HERO. ORG MIM PAS DAN PKR TAK BERANI KATA APA PUN SEBAB NAK JAGA HATI CA. TAKUT NANTI CA BALIK KE NEGRI DEPA KUT. ORANG CA NAK HAPUS DEB PUN TAK APA. KERANA MIM SENDRI BAGI MUKA KAT CA. BILA MIM JADI KURANG AJAR MACAM BEKAS MB PERAK, JADI CA JADI 10X LAGI KURANG AJAR. MIM PAS DAN PKR BOLEH SENYUM DENGAR PEMIMPIN CA KRITIK HAK KEISTIMEWAAN ORG MIM SENDIRI. TAPI TAK APALAH, MIM PAS DAN PKR DAH MERASAKAN SEMUA MIM DI MSIA DAH KAYA2 BELAKA KUT. YANG SUSAH DI MSIA NI ADALAH CA. JADI BIARLAH CA BERCAKAP PASAL NASIB CA DI MSIA, BEGITUKAHHH WAHAI MIM-MIM PAS DAN PKR KALIAN?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"