Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad menegaskan bahawa tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan. "Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka. "Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini. "Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.
Komen:
Melalui Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini dengan jelas telah menampakkan golongan ulama dalam PAS bernada lebih lembut dan selari dengan tuntutan Islam kecuali Tok Guru Nik Aziz yang masih berdegil. Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi yang pernah mengeluar fatwa UMNO sebagai kafir kerana bersekongkol dengan bukan Islam kini telah mulai menunjukkan kepimpinan ulamak Islam yang sebenarnya. Tidak lagi bertindak memusuhi dan mengkafir sesama sebangsa dan seagama. Jika UMNO dikafirkan, hati dan perasaan orang UMNO diguris bagaimana dapat PAS menjaga hati orang-orang bukan Islam seperti Cina dan India yang mulai menyokong PAS. Tetapi harus ingat golongan muda dalam PAS jangan terlalu ghairah untuk memusuhi UMNO. Mungkin kerana golongan muda PAS amat yakin dengan wujudnya KPP (Kelab Penyokong PAS), maka PAS akan menjadi parti alternatif kepada bangsa Melayu dan orang Islam. PAS perlu sedar bahawa politik kaum bukan Melayu (Cina dan India) boleh mudah berubah. Politik mereka tidak seperti politik orang Melayu PAS mahupun UMNO. Contohnya, golongan manakah yang sanggup tidur atas jalan raya demi untuk membela kerajaan negeri Perak yang diperintah oleh DAP? Bukan UMNO yang menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malahan Malaysia telah dianggap sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar. Tapi kenapa pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh diberi peluk cium oleh pemimpin-pemimpin PAS? Apakah pemimpin DAP sebenarnya yang memperjuangkan Islam selama ini. Apakah kerana pemimpin DAP maka masjid-masjid dan surau-surau ada di merata-rata negeri dan ceruk tempat di Malaysia ini? Jangan PAS menafikan bahawa kenikmatan umat Islam kecapi hari ini, kesenangan sebahagian besar orang-orang Melayu beragama Islam pada hari ini adalah hasil gigih perjuangan pemimpin UMNO sejak sebelum merdeka lagi. Golongan muda dalam PAS dan juga atas pagar jangan lupa sejarah. PAS belum nampak lagi hasil perjuangannya untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Kemenangan besar PRU12 telah menjadi PAS dalam keghairahan. PAS untuk semua. Untuk itu maka PAS terpaksa mengubahsuai prinsip perjuangan asalnya kerana menjaga hati pengundi-pengundi bukan Islam. Slogan "Kami Sokong Hudud", "Membangun Bersama Islam", "Bersama Kepimpinan Ulama" dan sebagainya sudah tiada lagi. Kini slogan agak liberal dengan "Pas for all". Oleh kerana itu golongan muda dalam PAS (bukan ulamak) mulai ghairah dan menunjukkan penentangan yang kuat terhadap UMNO. Golongan ini menganggap bahawa UMNO adalah musuh dalam politik, dunia dan akhirat. Mereka lebih mempercayai kawan-kawan pakatan mereka dari DAP dan PKR. Suatu hari nanti, golongan muda dalam PAS akan lebih mengerti siapakah sebenarnya "musuh dalam selimut" dan "gunting dalam lipatan".

4 comments:
Fikiran Sempit --inikah 1malaysia yang diwar-warkan oleh PM --nampak kucar kacirkan semua bangsa dan membawa kesangsian antara satu sama lain ---bilanya Umno nak tukar -lepas masuk neraka kah
Wahai anon di atas, apa kau cakap ni haa. Jawablah komen bloger jangan cakap fikiran sempit. Kalau kau fikiran luas melaut kau berilah komen yang baik. Nak hukum neraka, bukan kerja kau. Kau pun belum tentu masuk syurga.
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
Minta maaf cakap,tapi saya rasa UMNO sekarang bukan lagi "United MALAY NATIONAL ORGANISATION" tapi dah jadi "UNITED MALAYSIAN National Organisation"sejak UMNO masuk Sabah,dimana Bumiputera tak kira UGAMA bolih masuk UMNO...makna nya UMNO skrg bukan lagi untuk Melayu Islam,tapi untuk Bumiputera(mcm kadazan,cina sabah dsb)yang makan babi pun bolih lah masuk UMNO!!!!Jadi ketulinan ISLAM dlm UMNO taklah 100%,menjadikan UMNO sama mcm Gerakan,PPP,PKR,DAP dsb.So UMNO KENA BINCANG DGN PKR bukan dgn PAS dimana isu2 UGAMA ISLAM ada kaitan....Betul tak???
Post a Comment