Wednesday, June 10, 2009

KENAPA PKR DAN DAP MENENTANG HABIS-HABISAN CADANGAN PRESIDEN PAS?

DS Haji Abdul Hadi mengutarakan idea penubuhan kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu. Bagaimanapun PKR dan DAP tidak bersetuju dengan idea Abdul Hadi terhadap pembentukan kerajaan perpaduan itu yang dilihat hanya akan melemahkan pakatan pembangkang sendiri. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.
Tambah Rais, penghargaan harus diberikan kepada Abdul Hadi di atas keterbukaan dan pandangannya untuk melihat suasana politik negara yang baik pada masa depan. Katanya, pujian tinggi juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memandang idea itu dengan penuh keterbukaan. "Kita hargai usaha Abdul Hadi itu dan kita juga mengagumi Najib dan Muhyiddin kerana keterbukaan mereka menerima idea tersebut. "Kita yakin usaha itu akan dibincangkan dalam masa terdekat," ujarnya.
Komen:
Ahli-ahli dan penyokong PAS perlu memahami bahawa idea mewujudkan kerajaan perpaduan bukan datangnya dari pemimpin UMNO sebaliknya dari Presiden PAS sendiri. DS Hj Abdul Hadi, Presiden PAS sekali lagi mengulangi hasratnya untuk melihat akan wujud suatu hari nanti kerajaan perpaduan yang boleh memberikan kebaikan kepada negara. Mesti ada maksud yang tersurat dan tersirat hingga Presiden PAS berani mengeluarkan pandangan yang jelas mendapat tentangan dari dalam dan luar PAS. Pandangan Presiden PAS mendapat sokongan kebanyakan dari golongan ulama dalam PAS sendiri kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Golongan edrogan (pro Anwar), pemimpin pemuda PAS (bukan ulama) dan Kelab Penyokong PAS pula adalah golongan yang menentang dari dalam PAS. Manakala PKR dan DAP sudah diduga tidak akan membiarkan PAS bersekongkol dengan UMNO kerana mereka mahu PAS sebagai parti utama orang Melayu dalam Pakatan Rakyat.
Pemimpin Ulama PAS secara terbuka atau tidak, sudah memahami bahawa kepentingan orang Islam dan orang Melayu semakin tergugat sejak politik orang Melayu berpecah. Mereka sedar bahawa perjuangan PAS sebagai sebuah parti Islam semakin tersasar dari perjuangan asalnya. PAS kelihatan tidak bermaya dalam Pakatan Rakyat terutama di Pulau Pinang, Selangor dan Perak (semasa pemerintahan PR). Suara wakil rakyat PAS tidak dihiraukan dalam kerajaan PR. Manifesto PAS untuk mengharamkan pusat-pusat hiburan dan tempat-tempat perjudian tidak berlaku malahan lebih teruk lagi daripada pemerintahan BN. Pemimpin profesional dalam PAS terlalu terbuka sikapnya hanya untuk kepentingan politik parti bukan kerana Islam. Mereka sanggup berceramah dalam gereja dan menyokong pihak gereja menggunakan perkataan "Allah" sebagai mengganti perkataan "God". Mereka berdiam diri bila Raja Melayu dicabar oleh tokoh politik merupakan pemimpin dalam PR. Bila Islam dicabar hanya segelintir pemimpin PAS yang berani kehadapan. PAS sebagai parti Islam kelihatan tidak konsisten dalam perjuangan Islamnya. Slogan atau manifesto PAS sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan politik semasa. Slogan "Kami Sokong Hudud" yang dilaung-laungkan suatu masa dulu telah dipadamkan. Begitu juga slogan "Membangun Bersama Islam" sudah tidak ada lagi. Kini "PAS for all" pula menjadi slogan PAS yang jelas mencerminkan bahawa PAS untuk semua bangsa. Oleh itu nada dan gaya pengucapan pemimpin PAS sendiri agak lebih terbuka daripada pemimpin UMNO. Pemimpin PAS telah pun bersedia menerima YAB Mohd Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mereka juga boleh menerima bahawa Timbalan PM mesti ada kaum Cina dan India jika Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi sebaliknya apakah PAS mampu mempertahankan kepentingan Islam dalam pemerintahan kerajaan PR? Apakah PAS tahu dan sedar bahawa ahli parlimen Islam lebih sedikit jumlahnya dari ahli parlimen bukan Islam jika DAP, PKR dan PAS berkuasa? Apakah jika situasi begini, PAS boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam? Jika Islam Hadhari dalam pemerintahan kerajaan BN dipersenda-sendakan, Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh pun tidak diiktirafkan oleh pemimpin PAS sendiri tetapi negara Islam bagaimanakah yang PAS mahukan yang boleh pemimpin DAP sokong? Apakah PAS mahu tubuh sebuah negara Islam selepas Karpal Singh mati? Kenapa PAS mencari jalan sukar untuk membela nasib bangsa dan agama Islam? Apakah UMNO terus dikafirkan dan DAP cuba nak diislamkan oleh PAS? Golongan ulama dalam PAS perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perpecahan di kalangan orang-orang Islam di Malaysia hari ini. Orang-orang Islam berpecah dua dan tiga. Pemimpin UMNO dihina dan difitnah. Mereka sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa pemimpin UMNO menolak al-Quran dan Islam. Kenyataan politik dari pemimpin-pemimpin PAS yang keterlaluan amat merbahaya kepada umat Islam sendiri. Parti UMNO digambarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sebagai yang terlalu jijik, disamakan dengan Yahudi dan kejam terhadap rakyat. Apakah tuduhan-tuduhan ini ada asasnya? Tetapi dari Yahudikah maka ribuan masjid dan surau terbina semasa pemerintahan BN? Dari Yahudikah maka sistem kewangan Islam, takaful dan pajak gadai Islam telah mampu menyaingi sistem kewangan konvensional di Malaysia? Ada negara-negara OIC menjadikan Malaysia sebagai rujukan dalam pengamalan sistem perbankan Islam di negara-negara mereka. Apakah semua yang berlaku ini hasil perjuangan PAS selama ini? Lihatlah apakah yang mampu dibuat oleh kerajaan PAS di Kelantan sudah lebih 2 dekad berlalu? Kadar pengangguran di kalangan penduduk di Kelantan yang tertinggi. Kadar jenayah, penagih dadah dan masalah sosial juga masih tinggi. Kadang-kadang terperanjat kita bila kes-kes rogol anak, buang anak, khalwat dan sebagainya masih terus berlaku di negeri jolokan "Serambi Mekah". Bukan tujuan hendak merendah-merendah kemampuan pemerintahan PAS di Kelantan. Sekadar membuka minda penyokong-penyokong fanatik PAS. Oleh itu ingatlah PAS dan UMNO adalah sama sahaja. Kedua-duanya adalah parti politik sama seperti PKR dan DAP. Cuma dasar perjuangan UMNO dan PAS hampir ada persamaannya. Tetapi yang sangat ketara, perjuangan PAS dan DAP serta PKR sangat jauh berbeda! Oleh itu kenapa cadangan DS Haji Abdul Hadi perlu ditolak mentah?


5 comments:

hasellusiby said...

salam...

tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................

Anonymous said...

UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA.2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH,AMACAM??NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN??LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN,CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!!JADI CAMNE?? NAK KENA LAKSANAKAN LAH SEGERA PERUBAHAN2 SAPERTI YG DICADANGKAN DIATAS....BETUL TAK???

ADUKA PENDEKAR said...

KENAPA PKR&DAP TENTANG HABIS-HABISAN??KERANA nk tentukan PAKATAN RAKYAT masih ujud sehingga PRU 13 nnti...jadi UMNO kenalah MUHASAH DIRI untuk menentukan rakyat sentiasa didahului dan JGN diabaikan...bukan setakat cakap2 retorik aje.DULU LAIN SKRG LAIN.. Rakyat tak takut & tak BODOH.. Rakyat mau banyak PERUBAHAN & PEMBAHARUAN saperti 1)Alam sekitar yg sentiasa bersih & cantik,bukan mcm skrg,banyak sampah sarap merata2)ekonomi org melayu yg lebih baik 3)bantuan kpd semua org peniaga melayu,bukan kpd ahli UMNO aje yg byk buat blunder projek2(80% terbengkalai) 4)Tukar 80% pemimpin UMNO skrg kpd yg muda,buat mcm "UMNO idol contest",pilih dari 3.2juta ahli UMNO..!!

ANNA MONTANA said...

Setuju dgn Aduka Pendekar.UMNO kena MUHASABAH DIRI untuk survival &TUKAR majoriti pemimpin mereka across the board supaya digantikan dgn pemimpin2 MUDA...yg dah veteran tu,bagilah can kat org muda,jgn halang2 demi menjaga kepentingan masing2...KENA SAYANG UMNO>>!!!jadi "coach politik" cukup lah..mcm coach bola,World Cup,semua team coach mrk,>50tahun.. PEMAIN MRK SEMUA MUDA MUDA..baru lah KEYAKINAN RAKYAT pd kepimipinan UMNO akan kembali....

Anonymous said...

Dah la Rais Yatim,menteri baaraai bodoh mcm kaldai,pulau batu putih bgi kat Singapore,batu tengelam timbul kau ambil bagi kat rakyat Malaysia.manusia paling bodoh dlm dunia,menteri2 di lantik oleh umno.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"