Sunday, February 28, 2010

MPM jangan jadi seperti penubuhan Perkasa di peringkat negeri dan parlimen!

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM). Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu. “Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.  “Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM. Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
Komen:
Usaha yang sangat mulia dan wajar disokong oleh setiap umat Melayu/Islam. Suara orang Melayu diperkasakan lagi, kali ini bukan hanya melalui Perkasa tetapi MPM (Majlis Perundingan Melayu). Suara Datuk Ibrahim Ali akan lebih dihormati dan digeruni oleh kawan dan rakan melalui MPM. Tapi Datuk Ibrahim Ali perlu ambil perhatian yang serius khususnya penubuhan Perkasa di peringkat parlimen dan negeri. Perkasa cuba menyatupadukan orang-orang Melayu yang kini berpecah disebabkan ideologi politik yang berbeda. Perkasa boleh juga dijadikan satu ruang penyatuan orang-orang Melayu yang cintakan perjuangan bangsa dan agama tetapi pada masa yang sama tidak berminat politik kepartian baik UMNO mahupun PAS. Perkasa boleh secara jujur dan ikhlas bertindak sama ada membantu UMNO atau sebaliknya menegur UMNO.
Tapi di kawasan parlimen tertentu, jelas penubuhan Perkasa tidak seperti yang diharapkan kita. Ahli-ahli Perkasa tidak di buka kepada setiap orang Melayu. AJK dilantik di kalangan kawan-kawan yang mempunyai agenda tertentu. Pemimpin UMNO yang kalah dalam pertandingan dalam Persidangan Agung yang lalu menjadi Ketua/Pengerusi Perkasa. Dengan itu AJK Perkasa juga adalah ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya kalah dalam Persidangan Agung UMNO yang lalu. Orang Melayu yang tidak berminat menyertai UMNO tidak akan menyertai Perkasa kerana Pengerusi dan AJK Perkasa juga adalah bekas pemimpin-pemimpin UMNO. Oleh itu penubuhan Perkasa tidak kemana, tidak menguatkan penyatuan Melayu sebaliknya menimbulkan perpecahan berterusan politik Melayu dalam UMNO sendiri. UMNO akan hancur kerana ada musuh dalam selimut atau api dalam sekam. Permainan politik seumpama ini mudah diketahui dan terdedah kepada pengetahuan orang ramai.  Oleh itu Perkasa perlu membuka keahlian kepada semua individu Melayu, soal latar belakang politik perlu diketepikan. Membantu menguatkan UMNO dan bukan merosakkan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang dilantik secara demokrasi dalam Persidangan Agung yang lalu. Jika mahu memperalatkan Perkasa untuk mencapai tujuan politik peribadi, pemimpin begini wajar meletak jawatan.



Thursday, February 25, 2010

Tok Guru Nik Aziz pernah kata pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO!!!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah menafikan Islam sebagai agama rasmi apabila menyifatkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini memberi publisiti buruk kepada negara. Presiden Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pemimpin pembangkang berkenaan bukan setakat membuat kenyataan itu tetapi apa sahaja berkaitan undang-undang Islam yang dilaksanakan di negara ini akan ditolak. Seolah-olah menggambarkan Kit Siang mempunyai agenda supaya Perlembagaan negara dipinda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular. Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu Kit Siang tidak mencampuri hal ehwal undang-undang Islam sekiranya tidak arif mengenainya. ''Jika tidak faham hukum syarak dan undang-undang Islam, lebih baik dia diam.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan Kit Siang itu telah mencemar nama baik Islam di negara ini. Menurut Amir, hukuman sebat itu membawa kebaikan kepada umat Islam dari segi moral dan ia tidak terdapat dalam agama lain.
Itulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang orang yang pernah dipeluk oleh Tok Guru Nik Aziz. Apa yang Tok Guru suka sangat kepada Lim Kit Siang kita pun tak tahu? Apa yang istimewanya perjuangan DAP yang Tok Guru suka semua umat Islam tak tahu? Hanya Tok Guru tahu kerana Tok Guru sendiri pernah mengatakan pemimpin DAP lebih memahami Islam daripada pemimpin UMNO. Begitulah rendahnya nilai Islam kepada pemimpin UMNO yang diletakkan oleh Tok Guru sendiri. Sebaliknya Tok Guru menyanjung tinggi perjuangan DAP hingga To Guru tak mahu PAS bertalak dengan DAP. Tok Guru lebih rela mengahwini DAP daripada bersekongkol dengan UMNO. Mungkin PAS yakin bahawa dalam politik Malaysia hari ini bila wujud pakatan pembangkang maka pemimpin PAS boleh mengajar DAP, DAP akan dengar kata pemimpin PAS dan suara pemimpin PAS didengari oleh pemimpin DAP.
Tapi semuanya tidak berlaku. PAS terpaksa mengorbankan prinsip perjuangannya kerana hendak berkawan dengan DAP. Isu kalimah Allah, pemimpin PAS berpendirian sangat sederhana, menyokong penggunaan kalimah Allah dengan bersyarat pula, dan ada pemimpin utama PAS yang menentang keras tapi pandangan rasmi PAS tetap menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Tok Guru Nik Aziz dengan tegas bahawa kerajaan Kelantan tidak megadakan sambutan Maulidu Rasul sejak berpuluh tahun dulu kerana sambutan itu bukan suatu yang disyariatkan oleh agama Islam. Selarilah dengan pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengharamkan perarakan Maulidur Rasul sebagai langkah permulaan menghancurkan Islam di Pulau Pinang. Kata pula, Dr Asri Zainal Abidin juga bersependapat malahan kata beliau umat Islam masih mundur walaupun diadakan perarakan Maulidur Rasul sejak berpuluh tahun dulu. Kata lain, tak payahlah buat perarakan, umat Islam tidak ke mana-mana! Walau bagaimanapun kita yakin tidak semua pandangan ulama ini diterima oleh semua tokoh-tokoh agama dan umat Islam keseluruhannya. Pandangan yang tidak sepatutnya terkeluar dari pemimpin Islam sendiri. Pandangan yang tidak selari dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Kenapakah kita nak suramkan lagi perkembangan syiar Islam di bumi bertuah ini. Kita bukan negara milik Yahudi atau negara-negara yang majoritinya penduduk bukan Islam. Jangan kita korbankan hak keistimewaan yang kita ada kerana hendak jaga hati kawan-kawan politik dalam pakatan.  Walaupun perarakan Maulidur Rasul bukan suatu syariat (kata Tok Guru) tetapi ianya tidak bertentangan dengan Islam malahan lebih baik kita mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, daripada kita umat Islam duduk diam di rumah menonton TV dan sebagainya.
Tapi bila Penasihat DAP Lim Kit Siang menyifatkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini memberi publisiti buruk kepada negara. Apakah pendirian Tok Guru Nik Aziz, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Husam Musa, Mat Sabu dan YB Khalid Samad terhadap penasihat DAP ini? Kenapa kau semua diam? Sila jawab! Jangan hancurkan Islam di bumi Malaysia ini kerana politik sempit untuk merebut kuasa. Kata YB Zul (MP Kulim-PKR) bagi dia Islam yang pertama dan politik kedua. Itulah sebenarnya pejuang tulin! 


Tuesday, February 23, 2010

Bolehkah PERKASA memperkasakan nasib umat Melayu/Islam?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang ditubuhkan oleh YB Datuk Ibrahim Ali telah membuka sayapnya ke negeri-negeri dan kawasan-kawasan Parlimen. Dengan singkatan PERKASA, ianya mudah disebut dan mempunyai makna yang sangat jelas. Tetapi dalam laman webnya tidak terjumpa pun matlamat dan objektif penubuhan Perkasa. Inilah yang agak pelik tetapi benar. Namun begitu, orang ramai dapat memahami peranan Perkasa melalui suara-suara lantang dan berani Presiden Penajanya, YB Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Pasir Mas, Kelantan. Rakyat berminat mengikuti Perkasa kerana ianya bukan badan siasah seperti UMNO, PAS atau PKR. Oleh itu Perkasa boleh dianggap sebagai suatu platform alternatif kepada individu yang tidak berminat dengan parti-parti politik. Ini termasuklah mereka yang tidak suka kepada UMNO, PAS dan PKR tetapi mereka mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Selaku sebuah NGO, Perkasa tidak gentar menegur kerajaan BN ataupun pemimpin UMNO. Lihatlah bagaimana Datuk Ibrahim Ali, tidak takut untuk meninggikan suaranya asalkan tujuannya hanya untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengar khabar, Datuk Ibrahim Ali sanggup mengorbankan elaun wakil rakyatnya pada setiap bulan membantu pengundi-pengundi dalam kawasannya. Dengan itu perkataan 'Perkasa' begitu sinonim dengan nama Datuk Ibrahim Ali.
Rupa-rupanya dalam diam-diam Perkasa DBD telah melaksanakan aktivitinya. Majlis Mesra Penduduk Sungai Rusa Balik Pulau bersama Perkasa Barat Daya telah diadakan pada 21 Februari 2010. Tahniah kehadirannya agak ramai, suatu permulaan yang baik. Kita akan lihat Perkasa Barat Daya turut senada dengan Perkasa Negara memperjuangkan hak ketuanan Melayu/bumiputera dan kedudukan agama Islam khususnya di Pulau Pinang yang semakin terhimpit di bawah kerajaan DAP-PAS-PKR. Kita hendak lihat lebih ramai pemimpin-pemimpin NGOs bersama Perkasa Barat Daya untuk membantu BN menumbangkan pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang. Insyaallah, jika penubuhan Perkasa mempunyai niat yang baik, nasib orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang amnya dan daerah Barat Daya khususnya akan terbela!
Lihat laman web PERKASA NEGARA klik di sini.



Friday, February 19, 2010

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT: GESAAN PEMBANGKANG GUGUR DAKWAAN LIWAT KE DEWAN RAKYAT!

AWANG sarankan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya menggesa Dewan Rakyat mengadakan sidang khas bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan semua kes di mahkamah, bukan sahaja terhad kepada kes liwat Anwar Ibrahim.
Buatlah gesaan supaya gugurkan semua kes yang ada sama ada melibatkan orang besar, orang kecil, orang politik, orang kampung, orang kaya dan sebagainya.
Itulah kaedahnya jika kita tidak lagi mahu menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan di negara sendiri.
Atau, buatlah usul di Dewan Rakyat setiap kali ada gesaan pihak asing seperti mana gesaan 50 ahli Parlimen Australia berhubung kes liwat Anwar. Biar kita menjadi pepatung wayang kulit yang ditarikan oleh orang asing. Biar dunia terhibur dengan lakonan lawak jenaka kita. Lupakan keadilan dan hak asasi seseorang warganegara untuk mencari keadilan.
Pembabitan sekumpulan ahli Parlimen Australia dalam kes mahkamah Anwar dan cara segelintir pemimpin pembangkang memberi reaksi, jelas menunjukkan wujud kecenderungan kita bersedia untuk dijajah semula walaupun kita bernafas di negara merdeka lagi berdaulat.
Awang – Masih waras.

Sumber: Utusan Malaysia 19/2/2010

Thursday, February 18, 2010

Lompat parti berdosa jika keluar parti bagaimana pula Tok Guru?

Lompat parti berdosa kata Tok Guru. Jika pengundi 10,000 orang huuuh! besar dosa tu. Jika parti itu pula yang dibubarkan waah! waah! bertambah besarlah sangat dosa pemimpin-pemimpin parti itu. Tok Guru Nik Aziz tak susah hati kerana wakil rakyat PAS tak akan melompat parti. Dan parti PAS mustahil akan dibubarkan hingga kiamat! Sebabnya wakil-wakil rakyat PAS ada yang telah melafazkan cerai jika mereka melompat parti. Selagi wakil rakyat PAS kekal dalam PAS sampai bila pun parti PAS tak akan dibubarkan. Jika wakil rakyat PAS melompat parti maka mereka akan berdosa kepada pengundi-pengundi dan berdosa lebih besar lagi terutama kepada isteri dan isteri-isteri yang diceraikan oleh mereka.

Berdosa atau tak berdosa ikut keadaan, ikut rasa Tok Guru Nik Aziz. Jika lompat parti dari UMNO kepada PAS sudah pasti berani potong punye tak akan berdosa, kata Tok Guru. Jika wakil rakyat PKR lompat ke parti UMNO maka berdosa besarlah wakil rakyat itu.

Oleh itu wahai wakil-wakil rakyat PKR yang bercadang nak lompat parti, jangan sekali-kali YB lakukan. YB keluarlah parti PKR beramai-ramai dan duduklah diam-diam sebagai wakil rakyat bebas. Jika macam itu mungkin tak berdosa kut? Jika lompat masuk jadi ahli PAS dapat pula pahala berganda-ganda.

Sebenarnya, Tok Guru dah risau sangat pasal memikirkan wakil-wakil rakyat PKR terutamanya dan PAS dok bercakaran sesama sendiri. Tok Guru tersangat-sangatlah bimbang kalau-kalau wakil rakyat ini lompat ke parti lain, UMNO atau Gerakan. Maka fatwa dosa lompat parti terpacullah keluar dari mulut tok guru. Tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Pembangkang keluar parti tetapi menyokong BN sekali gus memusnahkan kerajaan PAS-DAP-PKR di Perak. Tapi Datuk Ibrahim Ali dengan nada tegas menegur Dr. Asri Zainal Abidin yang turut bersetuju bahawa berdosa lompat parti. "Mana ada dalam nas al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama. Lain kali bila buat kenyataan kena berhemah, jangan main sedap cakap saja" katanya kepada Sinar Harian semalam.

Minta tok guru jawab, jika wakil rakyat Islam jadi pemimpin DAP lompat parti dan menjadi ahli UMNO, berdosa tak? Jawapan boleh jadi 'berdosa' sebab Tok Guru pernah kata jadi ahli UMNO tak masuk syurga. Jika 'tak berdosa', nanti ramai pula ahli PAS yang akan keluar menjadi ahli UMNO. Begitulah politik parti Islam yang sangat mengelirukan umat Islam sendiri. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran!!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Guan Eng perbodohkan Melayu, PKR dan PAS boleh tersenyum!

Guan Eng terus menghina mencerca Utusan Malaysia dalam ucapannya di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Majlis Sambutan Tahun Baru Cina sudah jadi pentas politik Guan Eng. Bukan semua Cina sokong DAP, ada Cina yang sokong Gerakan dan MCA. Tapi Guan Eng terlupa dirinya adalah seorang Ketua Menteri. Ucapan seorang Ketua Menteri biarlah lebih tenang dan professional. Jangan gelabah dan marah tak tentu hala. Nak berceramah politik biarlah di atas pentas politik bukan di majlis-majlis jamuan anjuran NGO. Kalau majlis jamuan anjuran DAP atau PAS melantak pi lah. Bagi rakyat Cina seorang dua yang tak sokong DAP akan mengkelan. Telan nasi tak lepas sebab hati digures Guan Eng.
Sikap Guan Eng lebih teruk dari Mat Sapu. Dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PKR negeri Pulau Pinang sekali lagi Guan Eng bukan berucap tapi berceramah politik. Turut hadir DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, dan Timbalannya Mansor Othman boleh tersenyum bila Guan Eng memperbodohkan orang Melayu. Pemimpin PAS yang ada pun nampak suka bila UMNO dikutuk dan BN dicerca. Awal-awal ucapannya Guan Eng sudah mula mengeluarkan kata-kata cacian dan ucapan selamat tahun baru cina hanya disebut pada penghujung ucapan dalam bahasa Hokkien. Senyum lagi dan yang di bawah pentas pula ketawa sambil bertepuk tangan. 
Dengan penuh sindiran dalam ceramahnya, "Nama saya Utusan, fitnah kerja saya. Fitnah dan tohmahan adalah kerja Barisan Nasional (BN) dan Utusan Malaysia sebab mereka sudah  tidak ada modal lain lagi". "Saya nak cakap kat BN, kita bukan bacul, kita lawan tetap lawan sampai habis. Jangan ingat bila buat satu atau dua demontrasi kita sudah takut, saya bukan Koh Tsu Koon".  Inilah ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng di hadapan pemimpin Melayu PKR dan PAS. Koh Tsu Koon tidak pernah berucap merapu seperti Guan Eng walau marah sekalipun. Ada tempat dan masa yang sesuai baru kita bercakap pasal politik. Mungkin ini pengaruh dari ajaran PAS yang berceramah politik tak kira tempat dan masa termasuk surau dan masjid. Beginilah jadinya, dunia hari ini kacau bilau dengan politik sejak Pakatan Pembangkang memenangi beberapa negeri.

Monday, February 15, 2010

LGE - Ketua kerajaan negeri atau ketua parti?

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak berhenti melemparkan tohmahan yang sudah sampai ke tahap mengarut. Zahrain bukan orang kampung boleh diperbodoh-bodohkan oleh Guan Eng. Beliau sudah memikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan keluar PKR. Beliau sudah menghitung, untung-rugi, dosa-pahala dan jatuh-bangunnya sejak bersama PKR. Dari raut muka, DS Anwar Ibrahim sendiri tampak sungguh kecewa sekali tindakan Datuk Seri Zahrain keluar PKR. Kita sangat percaya, tindakan keluar PKR disebabkan kecewanya dengan sikap KM PP, Guan Eng yang diktator, cauvanis dan pemikiran komunis. Pasal projek bukan perkara besar, jika sekarang gagal lain kali boleh cuba lagi.
Guan Eng sama sekali tidak akan tunjuk kesilapan dan kelemahan pentadbirannya. Lihatlah surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat SUK pada 5 Februari 2010 yang membatalkan perarakan Maulidur Rasul menjadi bukti. Surat yang ditandatangani oleh Timbalan SUK (Pengurusan) Datuk Hj. Mohamad Yusuf Wazir bukan surat cinta, bukan surat mohon cuti, bukan surat mohon sumbangan tapi satu pekeliling kerajaan yang dikeluarkan secara rasmi setelah mendapat persetujuan ketua kerajaan negeri, Guan Eng sendiri. Tanpa persetujuan atau pengesahan oleh ketua negeri iaitu Guan Eng sendiri, surat seperti itu tidak akan dikeluarkan sebagai pekeliling kerajaan yang ditandatangani oleh pegawai kanan kerajaan negeri sendiri.  Jika Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya, tidak pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul , tapi adakah pula Datuk Hj. Mohamad Yusuf sendiri yang menaip dan menandatangani surat itu? Pekeliling kerajaan bukan surat main-mainan. Keluar pekeliling ikut rasa nak keluar.  Guan Eng jangan memperbodohkan rakyat. Orang kampung pun hari ini dah ramai mengaji kat  universiti hasil usaha kerajaan BN dahulu.  Sikap hipokrit Guan Eng itu telah menjatuhkan maruah pegawai kerajaannya yang berwibawa. Nampaknya Guan Eng ini hanya layak jadi Setiausaha Agung DAP. Dia terlupa yang dia adalah Ketua Menteri sebuah  negeri yang rakyatnya pelbagai kaum. Memang benarlah dia seorang cauvanis dan diktator serta mengarut.  Inilah sikap sebenar Guan Eng yang sangat dibenci oleh Datuk Seri Zahrain hingga sanggup meninggalkan Pakatan Pembangkang. Walau bagaimanapun pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng sepatutnya mengeluarkan surat pekeliling yang baru memaklumkan bahawa tuan Lim Guan Eng menarik balik arahan membatalkan perarakan itu. Tak payah lah Guan Eng berceramah sana sini beritahu rakyat bahawa UMNO/BN buat fitnah. Malulah sikit Guan Eng itu Ketua Menteri bukan anak menteri. Guan Eng bukan sahaja Setiausaha Agung DAP tapi ketua sebuah kerajaan yang mana rakyatnya ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ada penganut  beragama Islam, Budha, Kristian, Hindu dan sebagainya.
Namun atas semangat pakatan maka Pemuda AMK dan PAS masih cuba nak mempertahankan Guan Eng. Pemuda AMK dan PAS eloklah berjumpa dengan YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim yang mempunyai prinsip perjuangan yang mudah dan jelas difahami oleh rakyat. Malahan YB Zul sendiri mengatakan DAP adalah punca perpecahan dalam Pakatan Pembangkang. Ingatlah kepada pepatah Melayu, "Jika tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang", dan "Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata".

Sunday, February 14, 2010

KOMTAR WALK - ADA MASALAH DI SEBALIK PEMBINAANNYA?

KOMTAR WALK YANG SIAP DIBINA SEPENUHNYA AKHIR TAHUN 2009 KELIHATAN INDAH TETAPI IANYA MENINGGALKAN 1000 KENANGAN KEPADA ORANG ISLAM PULAU PINANG.  TAPAK ITULAH TEMPAT ORANG-ORANG ISLAM MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN DAN TUMPUAN UMAT ISLAM TERUTAMA DALAM BULAN RAMADAN KERANA DI SITULAH SATU-SATUNYA PASAR RAMADAN YANG ADA DI PUSAT BANDAR GEORGETOWN. TAPI SEKARANG SIAPAKAH PEMILIK-PEMILIK GERAI ATAU 'SHOP LOT' YANG ADA DI SITU. JADI BEGITULAH SEMAKIN LENYAP PERNIAGAAN ORANG ISLAM DI PUSAT BANDAR PULAU PINANG.
MELALUI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI, PEMBINAAN 'KOMTAR WALK' ADA MASALAH DARI SEGI KELULUSAN PLAN. JIKA BENAR ADA MASALAH, KERAJAAN NEGERI PERLU MEMBERI PENJELASAN KEPADA ORANG RAMAI! KITA AKAN DENGAR APAKAH KOMEN KETUA MENTERI PULAU PINANG, TUAN LIM GUAN ENG AKAN ISU INI.




Friday, February 12, 2010

Ngeh Koo Ham: MB Perak tak ikhlas tapi KM PP pula macam mana?

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak ikhlas menerima pelawaan pakatan pembangkang untuk bekerjasama. Koo Ham berkata, sekiranya Zambry ikhlas, beliau seharusnya memberi peruntukan kewangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk kebajikan dan membantu rakyat. Zambry berkata, soal tuntutan pakatan pembangkang tidak timbul kerana perkara yang lebih penting adalah untuk rakyat di mana duit harus pergi kepada rakyat. Sama jugalah wang royalti dan wang ehsan di Kelantan, yang paling penting duit sebanyak itu sampai kepada rakyat Kelantan. Dan bukan melalui kerajaan negeri dan seterusnya wakil-wakil rakyat pembangkang dan dibimbangi akan berlaku ketirisan dalam perjalanan untuk sampai kepada rakyat.
Nak tahu apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang? Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil diberi peruntukan oleh kerajaan negeri. Tapi tidak kepada sekolah-sekolah kebangsaan. Kenapa? Bukankah ini merupakan suatu diskriminasi kaum yang berlaku secara terancang. Tapi orang Melayu tidak sedar dan masih gah memuji pentadbiran Lim Guan Eng kerana memberi peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Berapa buah sekolah agama rakyat yang ada di Pulau Pinang jika nak dibandingkan dengan jumlah sekolah cina? Ini bererti ada unsur diskriminasi kaum dalam pentadbiran LGE. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia tetap menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Kerajaan Persekutuan membayar gaji dan elaun kepada semua guru dan staf di SJKC dan SJKT juga menyalurkan peruntukan pembangunan seperti menaiktaraf kelas, tandas, dewan, pagar sekolah dan sebagainya. Ini bermakna SJKC dan SJKT memperolehi dua sumber; yang manyak untung SJKC dan SJKT tapi yang manyak lugi juga sekolah anak-anak Melayu (SK). Jika BN lakukan perkara seumpama ini, maka akan dicananglah oleh penceramah-penceramah politik Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang akan mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat. Sekarang jelas, siapa yang zalim? PAS telah menzalimi anak Melayu/islam kerana membiarkan kerajaannya Pakatan Rakyat yang diketuai DAP melakukan diskriminasi dalam pendidikan anak-anak di sekolah. Namun tidak hairan, penceramah PAS akan mengatakan dalam ceramah -ceramah mereka bahawa " ini semua fitnah belaka daripada BN". Biasalah politik ala PAS yang mengakui memperjuangkan Islam tapi pada masa yang sama percakapannya, perbuatannya dan tindak tanduk politiknya serta perangai politikusnya ada yang langsung tidak mencerminkan perjuangan Islam. Kadang-kadang rakyat Melayu/islam jadi bingung dan keliru dengan kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi PAS  sendiri berkaitan dengan beberapa isu terutama 'kalimah Allah' dan kewujudan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Wednesday, February 10, 2010

Nasib bangsa Melayu di Pulau Mutiara di bawah kerajaan DAP!

Kerajaan negeri perlu menyenaraikan jumlah gerai peniaga Melayu yang dibina oleh kerajaan negeri sepanjang dua tahun pakatan pembangkang memerintah. Orang Melayu Pulau Pinang sudah bosan dengan sikap berdolak dalih Lim Guan Eng dan cuba menunjukkan keikhlasan di pihak kerajaan negeri menangani masalah peniaga orang Melayu. Di seluruh ceruk Pulau Pinang terpampang banner-banner (lihat gambar sebelah) untuk memberitahu kepada rakyat Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri merobohkan gerai peniaga Cina lebih banyak bilangannya daripada peniaga-peniaga Melayu. Lim Guan Eng nak bagi tahu kepada orang Melayu yang dia sayangkan orang Melayu kerana sokongan orang Melayu jugalah dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini. Ketua Menteri Pulau Pinang yang lebih sayangkan orang Melayu dari bangsanya sendiri!
Mai kita sama-sama congak dengan beberapa soalan mudah. Gerai-gerai peniaga Cina yang diroboh lebih banyak sikit daripada gerai-gerai peniaga Melayu berdasarkan statistik di banner itu. Tapi apakah jumlah peniaga Cina sama dengan jumlah peniaga Melayu yang berniaga di bandar atau di luar bandar? Jika 100 buah gerai Melayu diroboh peratusannya sangat tinggi kerana jumlah peniaga Melayu di Pulau Pinang tak ramai. Mungkin 100 buah gerai bagi peniaga Cina terlalu kecil mungkin 0.001% sahaja. Cuba lihat milik siapa syarikat-syarikat berhad, syarikat sdn. bhd, perseorangan (enterprise), perkongsian dan sebagainya yang ada di jalan-jalan dan lorong di bandar dan di kompleks perniagaan? Orang Melayu banyak berniaga di pasar-pasar malam dan itu pun peniaga yang sama bergerak di satu ke satu tempat yang lain. Bila sebuah dua gerai peniaga Melayu diroboh akan memberi kesan yang besar kepada peratusan pemilikan perniagaan orang Melayu di negeri ini. Jangan lihat angka yang kerajaan negeri tunjukkan di banner-banner yang digantung di merata tempat. Angka-angka itu sama seperti nombor ekor. Boleh dimanipulasikan dan tidak memberi gambaran sebenar!
Orang Melayu kebanyakannya tidak ada modal seperti kaum Cina. Jika gerai diroboh musnah seluruh masa depan mereka dalam perniagaan. Ada yang berhijrah ke negeri lain atau balik kampung. Tapi peniaga kaum Cina akan bangun semula gerai jika tidak di tempat itu tapi mereka mampu mencari di tapak yang baru. Kaum Cina pula sanggup menanggung risiko jika diroboh kerana mereka mempunyai modal yang besar. Bolehlah kita mengatakan bahawa jika roboh satu gerai peniaga Cina maka 100 gerai/peniaga baru akan naik. Sebaliknya jika roboh satu gerai Melayu maka 100 tahun lagi gerai yang diroboh itu belum tentu mampu dinaik semula.
Kasihan kepada orang Melayu yang menjadi mangsa oleh kesilapan diri sendiri. Kononnya nak berubah, nak rasa yang baru maka terimalah kerajaan DAP, PKR dan PAS memerintah negeri Pulau Pinang. Sejak negeri diperintah Pakatan Rakyat, macam-macam kejadian, demontrasi jalanan sudah menjadi kebiasaan, tunjuk perasaan tak berkesan, masa BN dikritik hebat masa PR semua boleh buat, tanda-tanda jalan telah dicadangkan menggunakan pelbagai bahasa kononnya kaum lain Cina dan India ada yang tidak tahu Bahasa Malaysia, kuota rumah kos rendah tidak lagi beri kelebihan kepada orang Melayu/bumiputra,  syarat sediakan tapak surau dalam plan projek perumahan sudah tidak ada lagi, Ketua Menteri  LGE merupakan Pengerusi Panel Pemilihan Tender tapi masa BN dulu tak boleh, tak telus nanti pilih kroni tapi masa DAP semuanya boleh belaka, depan belakang semua boleh. Kesian orang Melayu/Islam sebab kita tidak bersatu. Kita terlalu ikut emosi tanpa berfikir sedalam-dalamnya akibatnya kita memilih untuk menderita. Kata PAS pula bangsa Melayu hancur tak apa sebab perjuangan PAS semata-mata untuk Islam. Begitulah ketamakan kuasa politik, pemikiran terpesong, perjuangan tersasar, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Melayu/Islam perlu sedar dan bersatu tanpa kira fahaman politik. Kenapa PAS boleh bersama DAP dan UMNO boleh bersama dengan Gerakan tapi kenapa PAS dan UMNO tak boleh bersama? Fikirlah..





Nizar dan Tok Guru tak boleh terima keputusan mahkamah!


Syukur Alhamdulillah, keputusan Mahkamah Persekutuan secara mutlak 5-0 telah mengiktiraf Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Seluruh rakyat Perak dan pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Nizar dan rakan-rakan seangkatan dan sewaktu dengannya  wajar menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Ingat, keputusan ahli panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan adalah 5-0 bukan 3-2 atau 4-1. Ertinya keputusan tersebut setitik pun tidak memihak kepada DS Nizar. Jangan meneruskan usaha membakar semangat rakyat. Jangan main emosi rakyat untuk bangun menentang keputusan mahkamah. Ada ketika kita menang kita memuji mahkamah. Bila kita kalah kita keji mahkamah. Beginikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh yang baik kepada rakyat. Kenapa pula MB Kedah, YAB Azizan pemimpin PAS Kedah boleh menerima keputusan mahkamah dan beliau pula merayu agar kita menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Inilah contoh pemimpin parti pembangkang yang patut dijadikan idola rakyat. Sebaliknya Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan pula tidak boleh menerima keputusan mahkamah. Sebaliknya pula pandangan Tok Guru Nik Aziz agak pelik dan kerap kali kita dikejutkan dengan kenyataan-kenyataan beliau yang agak keras dan tidak sesuai dengan beliau selaku seorang ulamak yang disegani. Merujuk Utusan Malaysia hari ini, 'Nik Aziz syor tolak keputusan mahkamah'. Beliau menyeru rakyat supaya menolak keputusan mahkamah Persekutuan yang mengisytikarkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beliau berkata, tidak salah bagi rakyat menolak keputuan tersebut kerana sebelum ini keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan penggunaan kalimah Allah ditentang dengan demontrasi di seluruh negara. Begitulah pandangan Tok Guru yang pelik tapi benar. Itulah sebabnya pemimpin UMNO kini sangat berhati-hati untuk mengulas pandangan Tok Guru yang minta supaya UMNO berbaik-baik dengan PAS semula.  Kata PM pandangan Tok Guru sering berubah seperti cuaca. Tidak berniat langsung mahu menghina Tok Guru tetapi sayang kepada Tok Guru kerana kenyataan beliau lebih merupakan seorang politik daripada seorang ulamak.

Sunday, February 7, 2010

PERHIMPUNAN AMAN LEBIH BESAR DI PULAU PINANG!

PULAU PINANG 6 Feb. - Berikutan keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertemu para peserta Perhimpunan Sedaq bagi menerima memorandum tuntutan semalam, satu demonstrasi yang lebih besar akan diadakan pada 16 Februari ini di sini. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, ia dinamakan Perhimpunan Bangkit dan akan melibatkan lebih daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam. "Kerajaan negeri dengan sengaja tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan kami pernah memberi amaran akan bangun lagi dengan Perhimpunan Bangkit jika protes yang dilakukan tidak diendahkan. "Justeru kami telah bersetuju untuk menganjurkan Perhimpunan Bangkit pada cuti Tahun Baru Cina iaitu 16 Februari ini," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Semalam, lebih 3,000 peserta Perhimpunan Sedaq anjuran 30 NGO berkumpul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat Ketua Menteri untuk menyerahkan memorandum kepada Guan Eng. Bagaimanapun, Guan Eng enggan melayan permintaan mereka dan hanya menghantar pembantu khasnya untuk menerima memorandum berkenaan.
Disebabkan kecewa dengan sikap Ketua Menteri itu, mereka bertindak membakar memorandum tersebut dan patung Guan Eng. Jais juga melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan untuk meluluskan undang-undang bagi merobohkan gerai-gerai haram dalam tempoh 24 jam. Menurutnya, kenyataan tersebut memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan bertujuan jahat membuat provokasi kepada orang Melayu yang amat terluka dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini. "Kami juga menyelar dan mempertikai sikap berat sebelah kerajaan negeri untuk 'menghalalkan' peniaga di Batu Feringghi yang 99 peratus daripada mereka berketurunan Cina. "Tindakan ini membuktikan niat sebenar kerajaan negeri yang memang mahu melebihkan peniaga Cina dan menindas peniaga Melayu," ujarnya. Beliau menambah, ia merupakan antara contoh sikap cauvinis yang semakin menonjol dan gagal dilihat oleh pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang.

Sumber: Utusan Malaysia 7 Februari 2010

Saturday, February 6, 2010

Ikut trend keluar parti, PKR mungkin akan dibubarkan

Kisah benar dan memalukan aku selaku ahli parti PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin idola aku, DS Anwar Ibrahim telah didakwa di mahkamah sedang dibicarakan. Kesian juga aku lihat muka dia. Aku nampak dia melambai-lambai tangan kepada penyokong-penyokongnya macam dia tidak bersalah. Tapi aku sungguh musykil sekali, bila dia dicabar untuk bertaubat oleh Saiful tapi dia menolak. Dia cuba menangguhkan perbicaraan beberapa kali. Membuatkan aku bertambah musykil. Walau bagaimanapun kita serahlah kepada mahkamah untuk buat keputusan.
Terfikir lagi aku, betapa ramai pemimpin-pemimpin hebat PKR telah meninggalkan PKR.  Bekas Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan. Manakala bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Osman bertindak meninggalkan parti itu dengan menyertai Pas. Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO adalah bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan. Dalam tahun 2004 yang turut meninggalkan PKR ialah bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha serta Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar sendiri turut kembali menyertai UMNO.
Kemelut dalam PKR tidak berhenti di situ. Dalam bulan Ogos 2008, Wan Azizah bekas ahli Parlimen PKR di Ptg. Pauh terpaksa meletak jawatan ahli parlimen untuk beri laluan kepada suaminya, DS Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya kononnya. Dengan itu suatu pilihanraya kecil terpaksa diadakan maka jutaan wang rakyat habis kerana mengadakan pilihanraya oleh SPR. Itu belum masuk perbelanjaan kempen pilihanraya oleh parti-parti yang bertanding. Bayangkan mungkin puluhan jutaan ringgit dibelanjakan untuk DS Anwar Ibrahim ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas DS Najib Abd.Razak. Tapi tiada pun ahli parlimen dari BN teringin nak lompat parti. 
Bagaikan kepimpinan melalui tauladan yang dimulakan sendiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008, langkah itu dijejaki oleh ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada Februari tahun lalu. Sekadar keluar parti hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak rebah tersungkur kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral. Dan satu lagi pilihanraya terpaksa diadakan. Lagi jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan.
Pada April tahun lalu, tiba pula giliran ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk mengosongkan kerusinya. Beliau yang disiasat kerana dakwaan rasuah membuat alasan mahu melanjutkan pelajaran. Suatu pilihanraya kecil juga diadakan yang membolehkan Dr. Mansor Othman menjadi KM 1 Pulau Pinang.

Sewaktu 'pesta' meletak jawatan berlaku di kalangan wakil rakyat PKR, lain pula dengan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang tidak berbuat demikian walaupun menerima tekanan akibat penyebaran gambar bogelnya di Internet.Tren keluar parti semakin menjadi bila rasa tak puas hati dengan perlantikan Azmin mengetuai PKR Sabah mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR yang diterajui 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Bermula dengan PKR Sabah apabila Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Christina Liew hinggalah yang terbaru ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bertindak meninggalkan PKR. Begitulah tindakan keluar parti suatu yang lumrah dalam PKR sedangkan usia parti terlalu muda. Semalam kira-kira 200 ahli Angkatan Muda Keadilan dari Sik telah keluar parti. Nampaknya usia PKR tidak lama. Kenapa aku harus tunggu menjadi ahli parti PKR? Kenapa Setiausaha Sulitnya, rakan karibnya, ketua pemudanya, naib presidennya, setiausaha PKRnya telah meninggalkan DS Anwar Ibrahim? Tepuk dada tanya minda.



Friday, February 5, 2010

Orang Melayu Pulau Pinang 'mengamuk' di Komtar Pulau Pinang!!!!!!!!


Orang Melayu Pulau Pinang mulai 'mengamuk' hari ini. Mereka berhimpun di luar masjid Simpang Enam, Komtar selepas solat Jumaat kemudian berarak ke Komtar hadapan Maybank. Sebelum itu Datuk Ibrahim Ali, Pengerusi Perkasa Kebangsaan telah memberi ucapan semangat kepada orang ramai dari sebuah lori kecil. Beliau mengajak orang Melayu bersatu menentang kezaliman Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri yang cauvanis dan berselindung disebalik kucingnya (CAT) dan "Amal makruf nahi mungkar". Perhimpunan secara aman ini dianjurkan oleh SEDAQ, pertubuhan-pertubuhan Melayu yang prihatin membela nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang. Walaupun tidak ramai seperti yang diharapkan, namun kehadiran pada petang ini amat memberangsangkan. Amaran keras dari penceramah-penceramah telah mengegarkan Komtar. Mereka membakar patung Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai tanda protes dan marahnya orang Melayu kepadanya. "Kita tidak marah kepada kaum Cina kerana kita mahu hidup aman damai tetapi kita marah kepada Lim Guan Eng membakar hati orang Melayu Pulau Pinang hari ini. Lim Guan Eng perlu meletak jawatan. LGE perlu berundur. LGE dan suku sakat dalam politiknya perlu ditumbangkan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Pemerintahan LGE atau DAP lebih teruk daripada BN. Oleh itu kita mengajak semua bangsa Melayu termasuk Cina dan India yang cintakan keamanan untuk bersatu dalam pilihanraya yang akan datang untuk menumbangkan DAP." begitulah laungan yang dapat kita dengar. Perhimpunan yang lebih besar mungkin akan diadakan jika LGE tidak berubah. GPMS, Perkasa dan Sedaq perlu merancang hari yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan yang akan datang bukan hari bekerja seperti hari ini.  Bersatulah Melayu tanpa mengira fahaman politik demi membela nasib bangsa Melayu yang semakin tertindas dan ditindas di bawah pentadbiran Lim Guan Eng. Tahniah GPMS, SEDAQ dan PERKASA yang berjaya menganjurkan perhimpunan ini

Wednesday, February 3, 2010

Kes roboh: Kerajaan Negeri PP masih menyalahkan UMNO/BN????

Kurang asam betul, sikap kerajaan negeri diketuai Guan Eng. Perangai hodoh betul, setiap kali masalah dalam kerajaan negeri, UMNO/BN juga yang dipersalahkan. Cerminlah diri sendiri tu. Jika wakil rakyat PKR sendiri yang berani mencabar dan berlaku kurang ajar kat Ketua Menteri mana boleh persalahkan wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat DAP yang keluar parti tubuh parti PCM mana boleh tuduh angkara pemimpin UMNO. Hai, sikit-sikit UMNO apa pasal ni. Gerai-gerai orang Melayu yang diroboh baru-baru ini juga dituduh punca dari UMNO/BN. Jika semua daripada UMNO, bagaimana pula jika Guan Eng letak jawatan Ketua Menteri dan semua exco Pakatan Rakyat letak jawatan, biar wakil rakyat BN termasuk UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP pula yang memerintah. Rakyat hari ini dah buka mata dan tidak buta hati, mereka dah celek dan mereka dah rasa jelik dengan perangai buruk Ketua Menteri PP yang berasal dari Melaka. 
Terbaru, kerajaan negeri menuduh UMNO sengaja menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai-gerai di kawasan larangan sehingga memaksa agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas merobohkannya.
Pemimpin UMNO dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun menyifatkannya sebagai ‘tuduhan gila’ kerana gerai-gerai yang dirobohkan kerajaan negeri sudah beroperasi selama bertahun-tahun.
Ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Penang Harmoni di sini malam tadi, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendakwa UMNO sebagai dalang memburuk-burukkan imej kerajaan negeri dalam isu meroboh gerai-gerai haram di Pulau Pinang. Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu mendakwa UMNO sengaja suruh peniaga-peniaga dirikan premis di tempat-tempat sekitar Balik Pulau supaya bila kita (kerajaan negeri) roboh nampak kita kejam,” katanya ketika berceramah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Pas di sini malam tadi.
Wahai TKM1, Dr. Mansor Othman,  YB Tuan ada Dr. , ada tercetak Islam di kad pengenalan diri. Kenapa YB nak ikut perangai seperti Guan Eng? Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh orang, tentu YB Tn Dr. tahu. Tapi YB Tn Dr. berceramah di khalayak ramai cuba menimbulkan kebencian orang ramai kepada UMNO, isu meroboh gerai dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah pentadbiran/kuasa kerajaan negeri tapi UMNO juga dipersalahkan. Apakah orang UMNO yang suruh buat gerai dan orang UMNO yang buat aduan?  Cuba YB Tn Dr. turun ke bawah, cuba mai jalan-jalan ke gerai-gerai yang baru dibina di sebelah Ptg. Damar Laut, Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh hinggalah Balik Pulau. Kebanyakan pemiliknya adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti YB Tn Dr. sendiri, PKR dan PAS. Sejak pentadbiran kerajaan PR ambil alih, gerai-gerai tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. YB Tn Dr. jangan buat tuduhan melulu. Oleh kerana YB Tn Dr. punyai latar belakang pendidikan yang tinggi jangan jadi bodoh kecuali sengaja atau dengan niat mahu memperburukkan UMNO/BN. Peniaga-peniaga kecil di bahu-bahu jalan beranggapan parti pemerintah DAP, PKR dan PAS dengan gabungan sebagai Pakatan Rakyat amat prihatin dengan nasib mereka rakyat yang susah. Mereka masih ingat manifesto PAS, DAP dan PKR semuanya berjanji nak membela nasib rakyat. Rakyat susah dibantu. Mereka tidak akan merampas harta rakyat. Mereka yakin kerajaan negeri PP yang baru ini lebih baik daripada kerajaan BN. Tapi rupa-rupanya silap, lebih teruk lagi daripada pemerintahan BN. Hingga wakil rakyat sendiri dah hilang sabar! Bergaduh sesama sendiri.

Tuesday, February 2, 2010

Guan Eng tak perlu berdolak dalih lagi, Datuk Zahrain ada bukti.

Saya ada bukti," tegas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengenai kritikan kerasnya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terpaksa menghadap Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu kelmarin.

Bagi mempertahankan kritikannya terhadap Guan Eng, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, beliau akan menyerahkan bukti-bukti itu kepada Lembaga Disiplin PKR.

Saya mempunyai banyak bukti untuk menguatkan kenyataan saya bahawa Guan Eng adalah seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Saya bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"