Lompat parti berdosa kata Tok Guru. Jika pengundi 10,000 orang huuuh! besar dosa tu. Jika parti itu pula yang dibubarkan waah! waah! bertambah besarlah sangat dosa pemimpin-pemimpin parti itu. Tok Guru Nik Aziz tak susah hati kerana wakil rakyat PAS tak akan melompat parti. Dan parti PAS mustahil akan dibubarkan hingga kiamat! Sebabnya wakil-wakil rakyat PAS ada yang telah melafazkan cerai jika mereka melompat parti. Selagi wakil rakyat PAS kekal dalam PAS sampai bila pun parti PAS tak akan dibubarkan. Jika wakil rakyat PAS melompat parti maka mereka akan berdosa kepada pengundi-pengundi dan berdosa lebih besar lagi terutama kepada isteri dan isteri-isteri yang diceraikan oleh mereka.
Berdosa atau tak berdosa ikut keadaan, ikut rasa Tok Guru Nik Aziz. Jika lompat parti dari UMNO kepada PAS sudah pasti berani potong punye tak akan berdosa, kata Tok Guru. Jika wakil rakyat PKR lompat ke parti UMNO maka berdosa besarlah wakil rakyat itu.
Oleh itu wahai wakil-wakil rakyat PKR yang bercadang nak lompat parti, jangan sekali-kali YB lakukan. YB keluarlah parti PKR beramai-ramai dan duduklah diam-diam sebagai wakil rakyat bebas. Jika macam itu mungkin tak berdosa kut? Jika lompat masuk jadi ahli PAS dapat pula pahala berganda-ganda.
Sebenarnya, Tok Guru dah risau sangat pasal memikirkan wakil-wakil rakyat PKR terutamanya dan PAS dok bercakaran sesama sendiri. Tok Guru tersangat-sangatlah bimbang kalau-kalau wakil rakyat ini lompat ke parti lain, UMNO atau Gerakan. Maka fatwa dosa lompat parti terpacullah keluar dari mulut tok guru. Tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Pembangkang keluar parti tetapi menyokong BN sekali gus memusnahkan kerajaan PAS-DAP-PKR di Perak. Tapi Datuk Ibrahim Ali dengan nada tegas menegur Dr. Asri Zainal Abidin yang turut bersetuju bahawa berdosa lompat parti. "Mana ada dalam nas al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama. Lain kali bila buat kenyataan kena berhemah, jangan main sedap cakap saja" katanya kepada Sinar Harian semalam.
Minta tok guru jawab, jika wakil rakyat Islam jadi pemimpin DAP lompat parti dan menjadi ahli UMNO, berdosa tak? Jawapan boleh jadi 'berdosa' sebab Tok Guru pernah kata jadi ahli UMNO tak masuk syurga. Jika 'tak berdosa', nanti ramai pula ahli PAS yang akan keluar menjadi ahli UMNO. Begitulah politik parti Islam yang sangat mengelirukan umat Islam sendiri. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran!!!!!
5 comments:
PAs tak tentu hala selagi tok guru ada. Pemimpin PAS patut nasihat dia letak jawatan, kesian kat dia. PAS tetap menang pilihanraya jika Tok guru tak ada. Dia dah tua, kesian dia, politik sakit kepala dia. bagilah kat org muda pas pulak.
kalau bekerjasama dgn bukan Islam.. jadi kafir.
tapi tu dulu la
sekarang ni, kerjasama dgn bukan Islam dapat pahala.. siap buat banner ucap selamat tahun baru cina lagi..
dah halal la pulak
dulu aku tengok pas sebagai parti alternatif kpd UMNO
tapi sekarang dah tak dah.. makin cacamerba pulak aku tengok pas ni..
so kepada pas..
kalau kalian tak berubah, nescaya kalian akan rebah..
nik aziz harus bertaubat
PAS itu sebenarnya baik perjuangnnya. Pemimpinnya yg menjadikan parti itu kacau bilau. Mereka biar Tok Guru pening kepala. Tokm Guru pernah kata kat Che Det nak tongkat langit, habis2 tok guru yang sebenarnya nak tongkat langit. Tn Guru Hj Hadi tolonglah pujuk TGNA berundur. Lagi lama dia ada pengikut2 PAS jadi haru biru.

Post a Comment