Thursday, February 25, 2010

Tok Guru Nik Aziz pernah kata pemimpin DAP lebih faham Islam daripada pemimpin UMNO!!!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah menafikan Islam sebagai agama rasmi apabila menyifatkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini memberi publisiti buruk kepada negara. Presiden Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pemimpin pembangkang berkenaan bukan setakat membuat kenyataan itu tetapi apa sahaja berkaitan undang-undang Islam yang dilaksanakan di negara ini akan ditolak. Seolah-olah menggambarkan Kit Siang mempunyai agenda supaya Perlembagaan negara dipinda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular. Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu Kit Siang tidak mencampuri hal ehwal undang-undang Islam sekiranya tidak arif mengenainya. ''Jika tidak faham hukum syarak dan undang-undang Islam, lebih baik dia diam.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan Kit Siang itu telah mencemar nama baik Islam di negara ini. Menurut Amir, hukuman sebat itu membawa kebaikan kepada umat Islam dari segi moral dan ia tidak terdapat dalam agama lain.
Itulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang orang yang pernah dipeluk oleh Tok Guru Nik Aziz. Apa yang Tok Guru suka sangat kepada Lim Kit Siang kita pun tak tahu? Apa yang istimewanya perjuangan DAP yang Tok Guru suka semua umat Islam tak tahu? Hanya Tok Guru tahu kerana Tok Guru sendiri pernah mengatakan pemimpin DAP lebih memahami Islam daripada pemimpin UMNO. Begitulah rendahnya nilai Islam kepada pemimpin UMNO yang diletakkan oleh Tok Guru sendiri. Sebaliknya Tok Guru menyanjung tinggi perjuangan DAP hingga To Guru tak mahu PAS bertalak dengan DAP. Tok Guru lebih rela mengahwini DAP daripada bersekongkol dengan UMNO. Mungkin PAS yakin bahawa dalam politik Malaysia hari ini bila wujud pakatan pembangkang maka pemimpin PAS boleh mengajar DAP, DAP akan dengar kata pemimpin PAS dan suara pemimpin PAS didengari oleh pemimpin DAP.
Tapi semuanya tidak berlaku. PAS terpaksa mengorbankan prinsip perjuangannya kerana hendak berkawan dengan DAP. Isu kalimah Allah, pemimpin PAS berpendirian sangat sederhana, menyokong penggunaan kalimah Allah dengan bersyarat pula, dan ada pemimpin utama PAS yang menentang keras tapi pandangan rasmi PAS tetap menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Tok Guru Nik Aziz dengan tegas bahawa kerajaan Kelantan tidak megadakan sambutan Maulidu Rasul sejak berpuluh tahun dulu kerana sambutan itu bukan suatu yang disyariatkan oleh agama Islam. Selarilah dengan pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengharamkan perarakan Maulidur Rasul sebagai langkah permulaan menghancurkan Islam di Pulau Pinang. Kata pula, Dr Asri Zainal Abidin juga bersependapat malahan kata beliau umat Islam masih mundur walaupun diadakan perarakan Maulidur Rasul sejak berpuluh tahun dulu. Kata lain, tak payahlah buat perarakan, umat Islam tidak ke mana-mana! Walau bagaimanapun kita yakin tidak semua pandangan ulama ini diterima oleh semua tokoh-tokoh agama dan umat Islam keseluruhannya. Pandangan yang tidak sepatutnya terkeluar dari pemimpin Islam sendiri. Pandangan yang tidak selari dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Kenapakah kita nak suramkan lagi perkembangan syiar Islam di bumi bertuah ini. Kita bukan negara milik Yahudi atau negara-negara yang majoritinya penduduk bukan Islam. Jangan kita korbankan hak keistimewaan yang kita ada kerana hendak jaga hati kawan-kawan politik dalam pakatan.  Walaupun perarakan Maulidur Rasul bukan suatu syariat (kata Tok Guru) tetapi ianya tidak bertentangan dengan Islam malahan lebih baik kita mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, daripada kita umat Islam duduk diam di rumah menonton TV dan sebagainya.
Tapi bila Penasihat DAP Lim Kit Siang menyifatkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini memberi publisiti buruk kepada negara. Apakah pendirian Tok Guru Nik Aziz, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Husam Musa, Mat Sabu dan YB Khalid Samad terhadap penasihat DAP ini? Kenapa kau semua diam? Sila jawab! Jangan hancurkan Islam di bumi Malaysia ini kerana politik sempit untuk merebut kuasa. Kata YB Zul (MP Kulim-PKR) bagi dia Islam yang pertama dan politik kedua. Itulah sebenarnya pejuang tulin! 


1 comment:

anti hipokrit said...

PAS sebenarnya pengikut setia DAP. DAP yang dapat mengajar pemimpin PAS. Lihatlah di PP sendiri. Sedih, sungguh sedih! Melayu akan hilang di PP. Bila Melayu hilang, Islam akan berkembang di PP? Ketuk kepala tanya minda.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"