Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak berhenti melemparkan tohmahan yang sudah sampai ke tahap mengarut. Zahrain bukan orang kampung boleh diperbodoh-bodohkan oleh Guan Eng. Beliau sudah memikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan keluar PKR. Beliau sudah menghitung, untung-rugi, dosa-pahala dan jatuh-bangunnya sejak bersama PKR. Dari raut muka, DS Anwar Ibrahim sendiri tampak sungguh kecewa sekali tindakan Datuk Seri Zahrain keluar PKR. Kita sangat percaya, tindakan keluar PKR disebabkan kecewanya dengan sikap KM PP, Guan Eng yang diktator, cauvanis dan pemikiran komunis. Pasal projek bukan perkara besar, jika sekarang gagal lain kali boleh cuba lagi.
Guan Eng sama sekali tidak akan tunjuk kesilapan dan kelemahan pentadbirannya. Lihatlah surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat SUK pada 5 Februari 2010 yang membatalkan perarakan Maulidur Rasul menjadi bukti. Surat yang ditandatangani oleh Timbalan SUK (Pengurusan) Datuk Hj. Mohamad Yusuf Wazir bukan surat cinta, bukan surat mohon cuti, bukan surat mohon sumbangan tapi satu pekeliling kerajaan yang dikeluarkan secara rasmi setelah mendapat persetujuan ketua kerajaan negeri, Guan Eng sendiri. Tanpa persetujuan atau pengesahan oleh ketua negeri iaitu Guan Eng sendiri, surat seperti itu tidak akan dikeluarkan sebagai pekeliling kerajaan yang ditandatangani oleh pegawai kanan kerajaan negeri sendiri. Jika Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya, tidak pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul , tapi adakah pula Datuk Hj. Mohamad Yusuf sendiri yang menaip dan menandatangani surat itu? Pekeliling kerajaan bukan surat main-mainan. Keluar pekeliling ikut rasa nak keluar. Guan Eng jangan memperbodohkan rakyat. Orang kampung pun hari ini dah ramai mengaji kat universiti hasil usaha kerajaan BN dahulu. Sikap hipokrit Guan Eng itu telah menjatuhkan maruah pegawai kerajaannya yang berwibawa. Nampaknya Guan Eng ini hanya layak jadi Setiausaha Agung DAP. Dia terlupa yang dia adalah Ketua Menteri sebuah negeri yang rakyatnya pelbagai kaum. Memang benarlah dia seorang cauvanis dan diktator serta mengarut. Inilah sikap sebenar Guan Eng yang sangat dibenci oleh Datuk Seri Zahrain hingga sanggup meninggalkan Pakatan Pembangkang. Walau bagaimanapun pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng sepatutnya mengeluarkan surat pekeliling yang baru memaklumkan bahawa tuan Lim Guan Eng menarik balik arahan membatalkan perarakan itu. Tak payah lah Guan Eng berceramah sana sini beritahu rakyat bahawa UMNO/BN buat fitnah. Malulah sikit Guan Eng itu Ketua Menteri bukan anak menteri. Guan Eng bukan sahaja Setiausaha Agung DAP tapi ketua sebuah kerajaan yang mana rakyatnya ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ada penganut beragama Islam, Budha, Kristian, Hindu dan sebagainya.
Namun atas semangat pakatan maka Pemuda AMK dan PAS masih cuba nak mempertahankan Guan Eng. Pemuda AMK dan PAS eloklah berjumpa dengan YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim yang mempunyai prinsip perjuangan yang mudah dan jelas difahami oleh rakyat. Malahan YB Zul sendiri mengatakan DAP adalah punca perpecahan dalam Pakatan Pembangkang. Ingatlah kepada pepatah Melayu, "Jika tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang", dan "Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata".
1 comment:
Anwar tak berdaya utk melindungi anak buah sendiri sbb bimbang Karpal taknak jadi peguambelanya.
Post a Comment